KYTG-10

66 5 1
                                    

Kl..
Starbucks...

Asap rokok terakhir dihembus ke udara kemudian puntung rokok dilempar ke tanah lalu dipijak. Bahu Nabil ditepuk perlahan sambil menyedut green tea yang dipesannya. "Kau ada jumpa Afif ?"

Nabil berpaling. "Tak de lah pula..kenapa?" Soalnya kembali. Irhal tersenyum.

"Taklah, saje je tanya. Lupakan . Kejap aku nak buat call." Jawab Irhal mengelak dari Nabil syak apa-apa pantas dia berlalu dari situ.

Nama 'Haziq' di dail. "Hello bro." Jawab Irhal setelah panggilannya disambut dari pemilik nama.

"Jumpa. Tempat biasa. Kejap lagi aku sampai. Aku ada hal nak tanya kau. Chau" Panggilan dimatikan lalu dia kembali ke meja Nabil. Kunci kereta dicapai.

"Gerak dah ?" Soal Nabil aneh.

"Aku ada hal. Chau"

Klinik..
Addin & Afif POV..

Pintu bilik rawatan dikuak luas. Afif memapah keluar Addin perlahan-lahan kemudian dibawa ke kerusi menunggu tadi. Addin duduk manakala Afif sudah berdiri di kaunter untuk membuat pembayaran.. Tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit dari belakang pantas Addin menoleh.

"Suami?" Tanya gadis yang kelihatan seksi itu. Bibir! Masya Allah kena cium kerbau ke? Merahnya ! Kalau Lembu tengok pun lari tau. Eh, yang dia tanya soalan KBAT ni kenapa?

Addin menggeleng sambil senyum. "Errr... Buk...." Belum sempat Addin menjawab pertanyaan KBAT dari gadis itu Afif terlebih dahulu memotong.

"Yes. Dia isteri aku! Ayang! Jom balik." Potong Afif laju. Ada getar marah dalam suaranya. Addin takut. Pantas tangan Addin digenggam. Lidahnya kelu.

"Airul..." Jawab Irzaa terkejut. Rindunya aku kat dia !

Afif menjeling tajam. "Kau nak apa Irzaa?! " Sungguh dia benci gadis ini !

"Look, I'm sorry for everything. I sayangkan you Airul." Kata Irzaa sebak. Sudah bertahun dia mencari Afif akhirnya jumpa! Tapi ni bukan Airul yang dulu. Ni Afif. Mana Airul?

"Stop call me Airul , Listen carefully. Aku bukan Airul yang kau kenal dulu.  Aku Afif!  Faham?  AFIF! and sorry aku tak perlukan perasaan sayang daripada kau pun sebab aku dah ada wife aku untuk beri aku kasih sayang. !" Jawab Afif bengang sambil meletakkan tangannya di atas bahu Addin.  Sungguh dia marah kali ni kenapa mesti aku jumpa kau Irzaa?

Air mata Irzaa jatuh saat melihat kedinginan Afif. Sungguh dia terkejut dengan perubahan lelaki yang dia sayang dulu. And now dia dah ada pengganti. Hancur..

"Airul.... I nak min..... " belum sempat Irzaa menghabiskan kata-katanya Afif terlebih dahulu sudah pergi meninggalkan dia. Pedih rasanya melihat cara Afif ambil berat tentang gadis yang bernama Addin.Cemburu! Benci!

Dalam kereta Afif...

Afif memandu kereta dengan laju. Hatinya marah! Dadanya naik turun menahan geram. Sesekali dia memukul stereng keretanya kuat. Addin hanya diam kerana takut.

"Afif.." Addin bersuara takut. Namun tiada sahutan dari Afif.

"Afif..." panggilnya sekali lagi.

"Kau nak apa?!! Afif, Afif ! Kau sengaja nak buat aku hangin ke apa?! " Jerkah Afif membuatkan bahu Addin terhenjut ke atas kerana terkejut. Serta-merta air matanya jatuh.

Addin diam membiarkan marah Afif reda. Silap timelah kau Addin nak tegur dia. Tapi.. Aku just nak sejukkan marah dia je.. Alaaaaa. Addin bicara sendiri dalam hati.

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now