Mudahnya kau membuang perasaan dan meninggalkan cinta yang
kita bina walau ku setiaAku yang masih mencintai harus ku rela kau pergi
Tak ingin lagi diriku terus disakitiMusnah musnahlah segalanya
Cinta yang telah kita bina
Dirimu yang terus terus ku cintaAkan ku selalu ku berdoa
Agar kau sentiasa bahagia
Meriah kasih yang engkau impikan
Bersamanya...8:50 pagi...
Ting...
Telefon Addin berdeting menghentikan Addin yang sedang menyikat rambutnya pantas handphonennya digapai lalu automatik bibirnya mengukir senyuman. Mana taknya, kesayangan chat..
Mr. Harimau : Morning Ayang.. Pergi kolej jangan nakal-nakal tau. nanti kita lunch sama-sama ok.
Miss Bising : okay.. Take care tau..
Telefon dimatikan lalu dia menggapai beg yang disangkut di belakang pintu. Jom gerak! Bebel pulak si Minah tu kat bawah nanti.
"Jom la, dah lewat ni" Kata Fina sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Addin mencebik.
"Yela, jom. Bukakkan pagar please. Aku nak pakai kasut. Takpe, pintu aku kunci." jawab Addin sambil menekan suis keretanya. Fina mengangguk.
"Kau kelas pukul berapa? " Soalnya sambil membuka pintu kereta belah memandu.
"9 setengah." Jawab Fina ringkas.
"Halah, baru pukul sembilan. Lambat lagi. Kalut kemananya. " Kata Addin sambil menghidupkan enjin kereta. Fina tersengih.
"Lunch nanti aku keluar dengan Arfan. Kau ?"
"Afif" Addin menyarungkan Raybannya dan memulakan pemanduannya. Fina hanya diam dan membuka radio. Pagi-pagi Best layan JoHaRa Pagi ERA.
Johor...
Raisya&Azizul POV...
Pon... Pon... Pon...
Hon sengaja ditekan berkali-kali niat mahu mengacau Raisya. Suka tengok Raisya bila marah. Comel. Dia tersenyum sendiri bila melihat muka kalut kesayangannya itu.
Tiba-tiba dia teringatkan Addin. Dulu dia suka kacau Addin. Suka bila Addin bebel. Tapi sekarang tak ada lagi dah. Ainis , Izul rindu.
Pintu kereta dihempas kuat oleh Raisya membuatkan Azizul berpaling. "Amboi, pagi-pagi dah muncung ni kenapa?" Soalnya tanpa rasa bersalah.
"Awak tu masalah saya." Marah Raisya membuatkan Azizul ketawa. Aduh comel. Sama je macam Ainis.
"Aloloo sorry sayang. Kita nak jalan jauh ni. No more muncung itik ni. Senyumlah" pujuk Azizul. Lama-lama Raisya tersenyum. Azizul tahu Raisya akan lembut dengannya.
"Okay. Jom gerak. Kita breakfast dulu ok" Kata Azizul sambil memakai tali pinggang. Raisya hanya mengangguk. Lalu dia memulakan pemanduannya.
"Sekarang pukul 9 setengah pagi. Rasanya petang sampailah. Malam ni kita jalan-jalan ok. " Cadang Raisya. Kali ni Azizul pula mengangguk. Kenalah ikut. Karang merajuk pulak dia ni. Aku yang susah..
"Anything for you dear"
"Okay, saya nak call Kak Irna." kata Raisya lalu nama 'kak Irna' didail.
"Hello kak. Isya dengan Izul dah gerak ni. Ha'aa baru je gerak. Petang sikit sampailah. Kak, Isya tumpang tau. Izul tumpang rumah kawan dia." Kata Raisya setelah panggilannya disambut.
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...