Butik Irna...
"Assalamualaikum.." Raisya menekan loceng butik kakak angkatnya. Bibirnya mengukir senyum melihat susuk tubuh yang dirasakan mahu dipeluk kemas. Air matanya tak dapat ditahan.
"Waalaikumusalam. Raisya.. Masuklah." Sambut Irna mesra.
"Kak.." Raisya mencium tangan Irna pantas tubuh itu dipeluk. Kemas. Irna terkesima.
"Kenapa ni? Mana Izul? " Soal Irna risau. Gaduh ke?
Raisya diam. Dia mengeluh panjang. Irna mengusap belakangnya agar sedikit tenang.
"Kenapa ni? Bagitahu akak" Tanya Irna lembut sambil menyapu air mata Raisya dipipi.
"Isya jumpa dia..." Jawab Raisya ringkas. Hatinya sebak.
"Jumpa siapa?" Soal Irna ingin tahu. Jumpa siapa?? Alaaa.. Bgthu laa cepat...
"Ainis" Jawab Raisya sepatah. Irna kaku. Ainis?? Addin Hainis?
"Addin Hainis? Jumpa kat mana?" Irna ingin tahu. Ya Allah, dah lama aku cari adikku tu Ya Allah.
"Mall. Semalam. Kak, Isya rindu dia sangat." Adu Raisya. Air matanya deras mengalir. Irna simpati.
"Ada nombor dia ?" Raisya menggeleng.
"Dia dah lain kak.. Dia bukan Ainis. Dia bukan Ainis yang Isya kenal dulu. Dia marah Isya semalam sebab panggil dia Ainis. Dia Addin." Jelas Raisya. Irna mengurut dadanya.
"Ya Allah.. Kenapa Ainis macam tu?" Bicara Irna sendiri. Raisya diam.
"Tak tahu. Dia lain kak." Kata Raisya. Irna mengeluh. Aku kena cari Ainis.
Irhal& Nabil POV...
Enjin kereta dimatikan lalu dia melangkah keluar dari kereta. Dia melangkah laju menuju ke arah Nabil yang sedang duduk di sebuah meja yang agak jauh dari orang.
"Ada apa nak jumpa aku?" Soalnya sambil menarik kerusi berhadapan Nabil.
"Ni kawan aku. Izzul" Nabil memperkenalkan Izzul. Irhal hanya senyum senget.
"Bro" Sapanya ringkas. Sengaja lagak sombong ditunjuk. Izzul hanya mengangguk.
"So, hal apa yang kau kata penting sangat tu?" Soalnya lagi sambil meletakkan iphonenya di atas meja. Izzul hanya diam. Aduh seramnya dia ni.
"Camni.. Aku dengar Afif makin selesa sekarang. Aku tak boleh laa Hal!" Jelas Nabil tidak puas hati.
Izzul kaku. Afif?! Macam pernah dengar je nama tu. Bukan ke pakwe Ainis? Mungkin Afif lain. Positif..
"Afif mana kau ni? " Irhal sengaja buat soalan bodoh. Malas dia pikir pasal Afif tu buat aku baran je la! Nabil menjeling.
"Afif Hairul la" Izzul kaget. Yes! Betul la.. Afif pakwe Addin tu. Aku dapat nombor dia kut semalam. Aduh..
Irhal tergelak. "Leks laa.. Kau nak baran pehal? Aku tahu laa plan aku." Jawab Irhal ringkas. Nabil mendengus.
"Sakit laa gila aku tengok dia! And now, makin bahagia nampak dengan Si Addin tu." balas Nabil. Irhal terkejut . Addin..
"Mana kau tahu perempuan tu nama Addin?" soalnya ingin tahu. Nabil tersenyum. Izzul hanya diam.
"Aku tanya, mana kau tahu nama dia?!" Tengking Irhal sedikit kuat membuatkan bahu Izzul terangkat. Sudah !
"Nur Addin Hainis? Budak Kolej Kuala Langat tu? Dia budak course photographer tu. Aku dah siasat laa siapa perempuan yang selalu berkepit dengan dia tu la." Jelas Nabil.
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...