KYTG-11

67 4 0
                                    

Cafe Smiley Orchid..

Irzaa POV...

Irzaa menghempas pintu keretanya dengan kuat. Dadanya naik turun menahan marah sungguh hatinya sakit melihat lelaki yang sayangkan dia dulu sudah bahagia dengan orang lain. Rosak plan aku ! Irzaa mendengus kasar.

Dia melangkah masuk ke dalam cafe tersebut dengan geram. Pantas dia duduk di sebuah meja yang terdapat di satu sudut cafe tersebut. "Cappucino please" Pesannya kepada seorang pelayan disitu. "Thanks"

Dia memandang ke luar mungkin boleh menyejukkan hatinya sedikit. Namun ayat Afif tadi masih berlegar-legar dalam benaknya. "Aku tak perlukan kasih sayang kau.!" .

Dia memejamkan matanya lalu mengeluh lama. "Kau dah berubah Airul. Ingatkan still tunggu aku. But, siapa yang ubah kau sampai jadi dingin macam ni dengan aku ? Mana Airul yang selalu ikut telunjuk aku ?"

Padang sawah...

Addin & Afif POV...

Addin melepaskan keluhan selepas mendengar cerita Afif. Rupanya disebalik kedinginan lelaki ini tersimpan 99 kedukaan. Eh duka ke kalau putus cinta ? Ah lantaklah.

"Jom balik" Cadang Addin. Afif sedari tadi hanya menundukkan kepalanya ke tanah pantas mengangkat kepalanya. Addin tersenyum tawar.

Afif tergamam. Cantik jugak sebenarnya Addin ni kenapa aku tak nampak selama ini ? Tu la kau Afif, tahu nak cari pasal je dengan dia. Hah! Sudah. Kau kenapa Afif.. Jangan jangan..

"Jom. Boleh jalan tak ?" Afif lantas bangun dan cuba untuk membantu Addin berdiri. Addin mengadu kesakitan. "Perlahan-lahan" Lembut suaranya membuatkan Addin berasa senang. Afif mengiringi Addin untuk ke keretanya perlahan-lahan.

Dalam kereta..

Macam biasa. Sunyi je. Masing-masing layan perasaan sendiri. Eh tak bosan ke ?

"Addin" Afif mula bersuara.

"Hmm" Ringkas jawab Addin. Matanya masih tertumpu pada pandangan sawah padi dari tingkap kereta.

Afif diam. Lama. "Err.."

Addin mencebik. Haa ni aku tak suka ni nak cakap tapi lambat. "Apa?"

"Can we be friend?" Afif bertanya. Aduh jatuh ego kau Fif. Addin hanya diam. "Tak nak takpe saya tak paksa."

"Okay boleh." Jawab Addin tersenyum senang lagipun dia rasa suka berkawan dengan Afif walaupun mamat sewel ni suka cari pasal tapi aku tahu dia baik.

"Firstly, my name is Nik Afif Hairul. Stay di KL. Kadang-kadang I jadi model baju Polo. And you?" Afif memperkenalkan dirinya.

"Addin. Nur Addin Hainis. Student di Kolej Kuala Langat. Course Photographer." Balasnya lembut. Afif hanya mengangguk faham. 

"Addin Hainis.. hmm cantik nama awak. selalunya orang panggil awak apa selain Addin. sebab Addin ni macam ganas sikit. mana tak ganas suka cari gaduh dengan saya. ye tak?" Canda Afif membuatkan Addin menjeling. ceh! sempat perli aku mamat harimau ni. 

"Addin aje. saya tak suka orang panggil nama saya yang lain selain Addin. Faham Encik Afif Hairul a.k.a Harimau!" Balas Addin geram. hah! satu kosong. 

Afif hanya diam. eh jap! Apa dia panggil aku tadi? Harimau? wah sedap hati mak bapak tiri belah nenek moyang dia aje. "Whateverlaa Puan Addin Hainis a.k.a Miss Bising!" Afif tersenyum meleret. ingat dia sorang je ke boleh bagi gelaran kat aku? dia pun ada gelaran lah. sorry sayang. Sekali lagi satu sama.

Fina POV..

Fina mengerling jam didinding kayu rumah itu beberapa kali. Eh dah petang ni takkan pergi klinik sampai petang?  Kaki patah ke seliuh? . Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam benaknya.  Risau.  Arfan yang sedari tadi hanya memerhati Fina kehulu-hilir di hadapannya. Naik pening.

"Lambatnya. Orang risau ni." Bebel Fina mencebik.

"Nenek, await depa dak balik lagi ni?" Soalnya lagi. Sungguh dia tidak boleh duduk diam.

"Sat lagi balik la depa tu. Hang ni acu duk diam tak boleh kaa? Naik pening nenek tengok." Balas Nek Mah panjang. Fina duduk disebelah Arfan sambil mendakap dirinya.
Bunyi deruman enjin kereta milik Afif kedengaran membuatkan semua menoleh ke arah mereka terutamanya Fina dan Arfan.

"Balik dah tu." Kata Nek Mah tenang. Fina berdiri lalu melangkah ke arah pintu.

"Assalamualaikum" Kata Afif dan Addin serentak. Afif memimpin Addin perlahan-lahan lalu pantas dibantu Fina.

"Waalaikumusalam. Masuk cepat." Kata Irma.

Afif & Arfan POV..

"Macam mana bro? Patah ke seliuh?" Tanya Arfan risau bercampur ingin tahu. Afif melihat Addin yang sudah duduk di atas kerusi kayu yang terdapat di sebelah Nek Mah.

"Seliuh. Tahu tak aku jumpa siapa kat sana tadi?"

"Siapa?" Balas Arfan.

Afif menarik tangan Arfan supaya mereka berada sedikit jauh dari yang lain. Sempat dia menoleh ke arah Addin sambil melangkah. Arfan hanya menurut.

"Irzaa.. Aku jumpa perempuan tu!" Kata Afif berbisik. Arfan terkejut. What! Irzaa?

"Apa jadi?" Soal Arfan.

"Masa aku nampak dia kat klinik tu dia cuit bahu Addin.Aku tak tahu apa dia tanya kat Addin. Aku terus potong diaorang punya sembang aku cakap yang Addin ni bini aku and aku tak perlu kan maaf dia. Entah aku tak ingat." Cerita Afif panjang. Arfan hanya mengangguk.

"Aku tak rasa dia akan berdiam diri bro. Lagi-lagi bila dia tahu yang Addin tu ada dengan kau masa tu. Mesti dia akan kenakan Addin." Jawab Arfan sambil menjeling ke arah ruang tamu takut-takut ada yang mencuri dengar.

"Kalau dia berani sentuh Addin aku. Aku akan pastikan dia taknak jejakkan kaki kat Malaysia ni lagi." Kata Afif geram. Kalau berani buatlah..kau tak kenal lagi aku siapa la Irzaa !

"Addin aku? Apa maksud kau 'aku' tu.  Haaa .." Soal Arfan membuat Afif cuak.

"Apa? Mana ada apa-apa" nafi Afif sambil menggosok- gosok belakang lehernya. Aku salah cakap ke?

"Okay takpe.  Lama betul kau pergi klinik. Ke kau melencong? " soal Arfan lagi.

"Aku lepak dengan Addin kat sawah. Aku bagitahu dia siapa Irzaa ni. Sebab aku rasa dia patut tahu siapa Irzaa ni. Kan perempuan tu sendiri yang munculkan diri dia depan Addin. Tak salah kan?" Kata Afif sambil melangkah ke peti sejuk.

Arfan mengangguk tanda faham. Afif berkongsi cerita dengan Addin? Biar betul. Tak pernah lagi aku tengok Afif Hairul berkongsi kisah lalu dia dengan perempuan lain termasuklah sepupunya. Istimewa Addin ni.

Tbc....

Haa jumpa lagi readers semua.. Kytg -11 ni xdelah panjng sangat macam chapter lain.. Author nk jumpa trial spm dah minggu depan. Doakan author terbaik okay.. Sayang semua....

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now