Rumah Sewa Addin&Fina...
8:10 pagi
Addin bergegas menghidupkan enjin keretanya, aduh kenapalah harini boleh bangun lambat? Ni mesti sebab aku sampai lewat sini semalam. Aduh Addin, Addin. Ni lagi satu pehal pulak enjin ni dari tadi tak reti-reti nak hidup? "Adui sayang, jangan buat hal dengan mummy boleh tak? mummy dah lewat ni." Bebelnya sendiri.
"Fina! Cepatlah keluar. Kau tengok kereta ni tak nak hidup. Dah lewat ni." Pekiknya dari luar. Fina mula memunculkan dirinya sambil memakai anting-anting.
"Tak hidup kenapa pula? Semalam okay je Arfan bawak." Balas Fina. Addin mencebik sambil mencuba untuk menghidupkan enjin keretanya berkali-kali.
"Entah lah. Tiba-tiba je. Kau boleh tak call sape-sape. Arfan ke sape-sape lah." Kata Addin kalut jam ditangan kanannya ditatap, dah pukul 8:20 pula dah! Fina menggapai telefonnya di dalam beg kuliahnya lalu nama 'Mr. Hot' didail.
"Hello, Mr. Hot. Dah gerak ke? kereta kitaorang rosaklah. Boleh datang ambik tak? kitaorang dah lewat lah."Kata Fina setelah panggilannya disambut oleh Arfan.
"Addin! awak naik dengan saya." Afif yang entah dari mana datangnya tiba-tiba mencelah. Addin dan Fina berpaling ke arahnya. Sebenarnya memang niatnya untuk menjemput Addin ke kolej pagi ni. Kebetulan pula keretanya rosak.
"Mr. Hot, Awak datang ambik saya. Afif ambik Addin." Kata Fina lalu mematikan panggilannya.
Mr. Hot? siapa pulak Mr. Hot ni? Ah, lantak dia lah. pakwe dia kut. Detik hati Afif. Lalu dia membuat isyarat kepada Addin untuk masuk ke dalam audinya. Raybannya disarungkan kolar polonya dibetulkan. Kacak baqhang!!!!!
"Fin, aku gerak dulu okay. Nanti kau kunci pintu, kunci kau kasi aku kat kolej. bye beb!" Addin melangkah masuk ke dalam kereta milik Afif sambil menyarungkan Rayban kesayangannya. "Bye sayang, nanti mummy baiki sayang okay." Katanya perlahan namun masih dapat didengari Afif. hahaha dengan keretapun bermummy. Hahaha kelakar lah awek aku ni. Afif tersenyum sendiri.
"Apa sengih-sengih?" Soal Addin tidak puas hati.
"Apa? Tak, kereta awak tu panggil awak mummy ke?" Soal Afif ketawanya tidak dapat ditahan lagi. Kelakar. Addin menjeling pantas lengan lelaki itu dicubit kecil. Kuangjo! Nasib baik pakwe aku. Kalau musuh aku dah lama aku bunuh-bunuh.
"Biarlah. Kereta saya. Tak nak jalan lagi ke Cik Abang ku sayang? Cik Adik ni dah lewat sangat dah ni nak prepare untuk present." Jawab Addin seperti kanak-kanak. Manja. Hati Afif serta-merta lembut, Cair!!
"Okay mummy, dah puas ke ucap selamat tinggal dekat kereta tu? Dah bagi makan ke pagi-pagi ni, karang lapar dia haa meragam pulak." Perli Afif membuatkan lengannya sekali lagi menjadi mangsa cubitan Addin membuatkan dia mengadu kesakitan. spesies ketam ke apa dia ni? Namun perasaan sayang pada gadis ini lain dari perempuan yang lain. Kenapa aku tak boleh marahkan dia? padahal aku paling benci bila ada perempuan berani mencubit aku. Afif, kau dah jatuh cinta ke ni? Addin, why you so special to me.? Arghh sengsaranya kalau aku tak cintakan kau!
Kolej Kuala Langat...
Addin&Afif POV...
Afif memberhentikan keretanya di hadapan kolej itu lalu melangkah keluar dari kereta untuk membuka pintu kepada Addin. Mata yang memerhatikannya tidak dipeduli. Dah biasa diperhatikan, lagi-lagi perempuan. Dah muak!
Pintu kereta ditutup setelah Addin keluar dari kereta. "Taknak ucap selamat tinggal dekat daddy ke? Daddy pun nak jugak dapat ucapan dari mummy macam kereta tadi tu." Canda Afif sambil membuat muka manjanya. Entah kenapa dia mahu buat begitu dengan Addin padahal benda tu nak buat dekat perempuan lain? Haram!
Addin mencebik mukanya mula merona merah kerana banyak mata yang memerhatikan adegan acah-acah sweet Afif tu pantas pipi Afif ditampar kecil. GATAL!!
"Awak jangan nak mengada eh. Malu lah! dah la saya nak masuk. Dah lambat ni." Pamit Addin Afif ni makin dilayan makin mengada, dah lah tak habis-habis nak perli aku.
"Okaylah, take care mummy, nanti petang daddy jemput mummy okay. Hahahaha." Canda Afif lagi.
Addin menjelirkan lidahnya lalu melangkah masuk ke dalam kolej itu.
Afif segera masuk ke dalam kereta setelah susuk milik Addin hilang dari pandangannya. Now! jom kita pergi jumpa Raiqal.
Dalam kelas...
Bahu Addin dicuit kecil oleh Fina. Entah sejak bila Si Fina ni tiba dia pun tak tahu. Tula berangan lagi kau Addin, bukan setakat berangan ni. Dah campur dengan angau ! Angau kat siapa ? Afif ?! Hahaha sama-sama angau ! Player angau ?
"Apa Fin? " Soalnya. Fina smirk.
"Best ke Mr. Harimau hantar kolej harini ?" Sakat Fina membuatkan muka Addin mula merona merah. Malu !
"Ha'aa best, kalau aku tahu yang Prof. takde harini, takdelah aku kalut gila macam pagi tadi. Kau tahukan aku kena present assignment aku harini. Dah lah Fordy aku buat hal dengan aku." Bebel Addin panjang membuatkan Fina menutup telinganya, dia dah start dah mak nenek dia.
"Kau tau tak Addin, memang patutlah Afif bagi kau nama Miss Bising. Hakikatnya kau memang bising." Balas Fina. Baik aku chat dengan Arfan lagi bagus dari dengar mak nenek ni bebel. Menyesal pulak aku sakat dia tadi. Haktuih..
"Fin, jom cafe. Laparlah. " Ajak Addin. Perutnya mula berlagu rancak kerana tadi dia tidak sempat bersarapan disebabkan kalut yang takde baiknya tu. Cehh..... Bebelnya sendiri.
"Jom"
De' Mirulina Cafe..
Afif mengetuk-ngetuk hujung kunci keretanya di atas meja. Raiqal dihadapannya dilihat. "Kau kenal Irhal Asdan? " Soalnya.
Raiqal diam membisu. Lama mereka berdiam. Kau Raiqal jangan sampai aku jerkah kau dekat sini! Hatinya mula panas. "Bro! Aku tanya ni."
"Kenal." Jawabnya sepatah. Afif merenungnya tajam. Aku agak dah, mesti kerja mamat ni yang bagitahu Irhal pasal aku.
"Macam mana kau kenal dia?" Soalnya lagi. Kali ni sedikit tenang.
"Aku terjumpa dia dekat Starbucks haritu. Dia tanya aku pasal kau. Bila aku tanya dia, dia siapa, dia kata dia kawan lama kau and dia nak jumpa kau sebab dah lama dah lepak dengan kau." Jelas Raiqal jujur. Dia tahu perangai Afif Hairul. Afif hanya mengangguk.
"Okay takpe. Kali ni aku maafkan kau. Lain kali jangan bagitahu orang pasal aku. Semua tu trick mereka je la nak cari pasal dengan aku. Aku maafkan kau sebab kau aku dah anggap macam adik aku. Dah, tak payah takut dengan aku, aku tak marah kau pun." Balas Afif tenang dia tahu bukan salah Raiqal. Jam ditangan ditatap kejap, baru pukul 12.30 ,adoi lama lagi nak pukul 2:30.. Nak jumpa mummy. Hahaha..
"Okayla Qal, aku gerak dulu. Aku ada photoshoot.. Chau! " Pamit Afif sengaja diberi alasan untuk beredar dari situ. Sebenarnya dia mahu ke kolej Addin. Kali ni aku kena hati-hati. Addin dalam bahaya. Irhal! Siap kau kalau aku tahu kau apa-apakan Addin aku!
Tbc......
Hye reader.. Nah, ni last author update, chpter strusnya lepas author habis trial okay. Typo itu mohon diabaikan pendek sikit kan chpter ni? Sokayla next chapter panjang.. bye.. ENJOY!!
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...