Malam Race..
Rumah sewa Afina..
Addin menyarungkan jaket kulit berwarna hitam lalu dizip hingga ke dada beri ruang sedikit pada leher. Rambut diikat gaya 'ponytail'. "Apa pun jadi tetap keraskan hati kau Addin Hainis. Aku tahu kau kuat" Pesannya sendiri pada diri.
Kereta milik Afif tiba di hadapan pintu pagar rumah sewanya. Addin mengeluh setelah melihat susuk tubuh Afif yang melangkah keluar dari kereta.
"Fina mana? " Soal Afif. Addin diam lalu menunjukkan telunjuknya ke dalam rumah.
Afif mengangguk faham. "Fin! Nak gerak dah ni!" Pekik Addin.
"Kejap! Tunggu Arfan! " Balas Fina dari dalam rumah. Afif mencebik.
"Fina dengan Arfan ikut? Macam mana diaorang boleh tahu pasal ni? " Soal Afif ingin tahu. Wajah selamba Addin dipandang namun pantas Addin memalingkan mukanya.
"Awak marah saya? " Soal Afif lagi. Dia tahu Addin dingin dengannya kini.
"Siapa tak marah bro kalau orang yang dia sayang buat dia macam sampah" Sampuk Arfan entah dari mana. Afif terkedu dengan kata-kata Arfan.
"Fan, kau ikut?" Soal Afif. Arfan mengangguk.
"Aku rasa aku dengan Fina patut ikut. Kalau apa-apa jadi at least kitorang ada." Balas Arfan. Afif mengangguk. Macam tak yakin dengan aku je.
Fina mengunci pintu rumahnya lalu mengikat tali kasut. Addin bangun lalu membetulkan jaketnya. "Ada apa-apa nak tanya lagi? Kalau takde rasanya kita boleh gerak dah. Kang lewat pulak" Balas Addin sinis. Afif terdiam.
Addin menjeling. Sorry Fif , hati saya sakit. Desis hatinya lalu dia melangkah menuju ke arah kereta milik Afif diikuti Afif. Fina pula menaiki kereta milik Arfan.
Dalam kereta..
Addin & Afif POV..
Addin diam membisu. Sesekali terdengar bunyi keluhan dilepaskan. Afif tak sedap hati dengan cara Addin ketika ini.
"Addin" Panggilnya. Namun tiada sahutan.
"Awak" Panggilnya lagi.
"Hm" Jawab Addin malas. "Apa?"
"Marahkan saya ke?" Soal Afif. Addin menjeling. Bodoh punya soalan. Kau ingat apa yang kau buat ni mudah untuk aku maafkan ke? Memang tak lah.
"Tak, kenapa?" Soal Addin kembali. Soalan tak bertamadun lagi buat apa ditanya. Sah sah aku marah. Kata bodoh kang marah. Hakikat memang bongok.
"Look, saya takkan benarkan Irhal ambik awak dari saya." Jelas Afif tapi masih lagi tak dapat diterima Addin. Alasan dia tak kukuh wey!
"Enough Afif. Can you just focus on your driving? I'm not in the good mood. " Sampuk Addin. Tolong la jangan buat aku marah. Afif diam.
Irhal & Afif POV...
Dia menyandarkan dirinya di bumper depan kereta sambil menghembuskan asap rokok ke udara. Jam tangan ditatap teliti. "Bil! " Panggilnya.
"Pe? " Soal Nabil. Irhal tersenyum.
"Look at there. Our champion already here. " Jawab Irhal sambil menunjuk ke arah kereta Afif dari jauh.
"Oh. Get ready Irhal" Jawab Nabil sambil menepuk bahu Irhal.
"Of course sayang" Balas Irhal lalu melemparkan puntung rokok ke tanah. Dia melangkah sedikit ke hadapan sebaik sahaja kereta milik Afif semakin dekat menghampiri. "Oh look, who in the car." Katanya sambil mengenyitkan mata ke arah Addin.
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...