KYTG-16

48 4 0
                                    

Rumah Sewa Fina..

Addin meletakkan dua mug milo di atas meja kopi di ruang tamu. Fina yang asyik menatap handphonenya dilihat kejap. Angau! Tersengih-sengih dah macam kera baru tumbuh gigi.

"Cik Fina, milo." Tegur Addin membuatkan Fina menganggukkan kepalanya. Mujurlah Addin tumpang duduk sini ada jugaklah yang tolong buatkan air. Hahaha..

Addin mencebik. Baik aku ajak sofa ni minum dari ajak minah angau ni. Dia mencapai mugnya lalu dirapatkan kebibirnya. Fina tidak dipedulikan, tengok tv lagi syiok! Alat kawalan jauh dicapai lalu punat ditekan mencari siaran yang boleh menghilangkan bosannya.

"Addin, nak tanya something boleh?" Fina mematikan phonenya lalu bersuara. Addin hanya menjongketkan keningnya.

"Apa?"

Fina menggosok-gosok dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu. Masalah negara agaknya. Eh aku bukan ahli politik nak pikir pasal negara. "Kenapa kau terima Af..."

Belum sempat Fina menghabiskan ayatnya Addin terlebih dahulu memotong. "Afif?"

"Camni, kau tau kan aku susah nak terima lelaki lepas aku broken dulu tu. Aku tak tahu kenapa, bila Afif ajak aku couple, hati aku kata, terima dia. So, aku terima je la. Tak salahkan aku buka pintu hati aku.?" Jelas Addin membuatkan Fina membisu.

"Kau dah move on ke ni?" Soal Fina. Bukan dia tak tahu sahabatnya ni dah tutup pintu hati dia serapat mungkin dari terima mana-mana lelaki lepas broken dengan Azizul dulu. Addin mengangguk perlahan.

"Okay.. Soalan kau aku dah jawab. Sekarang ni aku punya giliran." Addin menukar topik malas dia mahu ingat kembali lelaki yang buat dia tertutup pintu hati dulu.

"Haritu, kau ada citer dekat aku pasal sorang cousin kau yang nama Hairul tak silap aku. Amacam ek dia sekarang, kau dah lama tak citer pasal dia." Soal Addin membuatkan Fina ketawa. Apa? Soalan aku ni kelakar ke ?

"Oi makcik. Apa nama pakwe kau?" Soal Fina masih dalam sisa tawanya. Addin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Nik Afif Hairul. Kenapa?" Jawab Addin blur.

"Cuba kau pikir dengan logik. Afif HAIRUL dengan cousin aku yang nama Hairul tu." Fina ketawa. Apa punya blur kawan aku ni.

"Laa, ada je orang yang nama sama." Addin masih menafikan.

Fina ketawa lagi. "Nur Addin Hainis, Nik Afif Hairul dengan Hairul tu orang yang samalah! Ke kau lupa yang Afif dengan aku ni sepupu?" Fina menepuk dahinya. Addin malu. Hahaha.. Ok sis malu.

"Okay faham-faham."

"Tapi kan Ddin,  cuba kau pikir,  nama kau Nur Addin Hainis,  nama Afif pulak,  Nik Afif Hairul. N. A. H. Wah macam jodoh je wey. Alahai tak lama nanti makan nasi minyaklah aku." Sakat Fina. Pantas lengannya dicubit Addin membuatkan Fina mengadu sakit.

"Eee kau ni Nurafina Arisya!  Geramnya aku! "

Throwback 2tahun lepas...

Johor..
Ainsya Kopitiam...

Putus cinta soal biasa
Sedihnya jangan lama-lama
Nanti kau bisa mati rasa
Tegarkan hatimu dan melangkahlah..

Suatu saat nanti kan kau dapatkan
Pujaan hati yang kau dambakan
Ini semua telah tuhan rencanakan
Jadi jangan bersedih lagi..

Addin duduk di sebuah meja yang terletak agak jauh dari orang sambil menyedut apple juice yang dipesannya.

"Ada apa nak jumpa? Macamlah tak jumpa kat kolej tadi" Katanya pada seorang lelaki yang duduk dimeja yang sama.

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now