KYTG-28

27 2 0
                                    

Rumah sewa Afina..

Hatiku hanyalah mainanmu,
Cintaku hanyalah selinganmu,

Kau simpan dia selama ini,
Sakit sungguh sakit hatiku,

Bukan lagi aku yang kau cinta,
Bukan lagi aku yg kau sayang,

Ada yang lain dibelakangmu,
Hati ini sungguh terluka.

Addin mematikan enjin keretanya lalu dia menyapu air mata. Lagu "pacar selingan" yang bergema di radio menambahkan lagi sakit hatinya. Time ni jugaklah lagu tu nak keluar. Perli aku ke apa? Desis hatinya.

Lama dia merenung stereng keretanya itu. Air matanya jatuh bila teringat kembali kemesraan Afif dengan Irza. Sakit? Yes aku sakit tengok mereka.

"Kenapa awak sama je macam Azizul, Afif?" Bicaranya sendiri.

"Tapi tak apa.. Mungkin saya cepat sangat melenting tadi. Its okay Afif." Sambungnya lagi. Mungkin dia yang tersalah sangka dengan apa yang dilihatnya tadi.

Pintu kereta dibuka lalu dia keluar dan melangkah menuju ke rumahnya. Aku penat. Nak rehat.

Hospital..

Fina POV..

Pintu wad dikuak lalu dia melangkah keluar dari wad.  Matanya meliar ke setiap penjuru hospital itu. "Mana Addin ni? " kepalanya yang tidak gatal digaru.

Langkah disusun ke arah Afif yang kehulu kehilir dengan muka yang macam dilanda masalah negara. Kalah perdana menteri Malaysia. Langkahnya mati setelah melihat susuk tubuh disebelah Afif.

"Dia buat apa kat sini?" Soalnya sendiri. Matanya tertumpu pada tubuh Irza yang mengenakan baju yang ala ala tak cukup kain. Apa? Miskin sangat ke Malaysia ni sampai rakyat dia pakai kain tak cukup? Heish!

"Afif?!" Sergahnya membuatkan Afif berhenti melangkah. Nada suaranya masih dikawal agar tidak menganggu ketenteraman di hospital ini.

"Apa?" Soal Afif acah selamba walaupun dalam hatinya seperti gempa bumi.

"Dia buat apa kat sini? And mana Addin?" Soalnya sambil menjeling ke arah Irza.

"Addin... Di.. Dia.." Jawab Afif gagap.

"Dia balik" Sampuk Irza membuatkan Afif dan Fina tertumpu ke arahnya serentak.

"Sebab?" Soalnya lagi. Irza mencebik. Perlu ke tengok aku macam aku baru lepas bunuh orang. Aku jawab je.

"Sebab.. Dia tengok aku dengan Irza" Jawab Afif selamba namun punyai nada rasa bersalah. Fina mati kata. What the?!

"Nampak kau dengan perempuan ni? Apa masalah kau ni Afif?" Kata Fina berang.

"Dia yang mula dulu la !" Balas Afif. Fina mendengus.

"Tak, aku tak faham kenapa mesti kau tiba-tiba buat dia macam ni.  Kenapa eh Afif Hairul? Apa dia buat dekat kau sampai kau buat dia macam ni? Patutlah semalam dia kata kau macam dingin dengan dia. Rupanya ni. Bingo!" Lepas Fina dengan marah. Sudah dua hari dia perhatikan cara Afif layan Addin namun didiamkan diri. Afif hanya diam.

"Fin.. Aku boleh jelaskan" Pinta Afif. Fina menggeleng tidak mahu dengar apa-apa penjelasan dari Afif.

"Aku nak pergi cari Addin. Ingat Afif, Oneday kau akan menyesal dingin dengan dia. Masa tu aku harap Addin Hainis masih milik kau. Kalau kau tak sayang dia, lepas. Jangan nak buat dia macam baju yang bila kau nak, kau pakai and bila kau rasa baju tu dah bosan kau boleh sesuka hati tukar lain. Kau takkan faham apa yang dia lalui." Kata Fina lalu dia melangkah meninggalkan Afif yang diselubungi rasa bersalah.

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now