Kolej Kuala Langat..
2:35 petang..Afif menatap jam tangan G-shock ditangan kirinya, sudah pukul 2:35 mana Addin ni, biasanya 2:30 dah habis kelas. Alaa.. Rayban yang di pakainya dibuang lalu disangkut di leher kemejanya sambil mengenyitkan matanya pada beberapa orang pelajar perempuan kolej itu.
Salah seorang dari gadis-gadis itu berjalan menghampiri Afif yang sendang bersandar pada pintu audinya. "Hai.." Sapa gadis itu.
"Hai.." Balas Afif mesra. Alamak minah, asal kau datang sini, karang awek aku nampak habislah nanti aku kena cubit ketam dia tu.
"Handsomelah awak. Apa nama?" Tanya gadis itu gedik. Ya Allah lipstick, kena cium biawak ke?
"Just call me King." Jawab Afif poyo. King? Haktuih. Hahahaha kingkong sakit otak agaknya. Gadis itu menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman lalu salaman itu disambut oleh tangan lain. ADDIN!
"Hai, Zaikha.. Buat apa kat sini?" Tegur Addin membuatkan Afif dan Zaikha terkedu. Sejak bila dia ni muncul kat sini? Zaikha mencebik. Kacau lah !
"Ada masalah dengan kau ke? Aku nak kenal dengan dia ni. Kau kenapa?" Soal Zaikha kurang ajar. Addin memejamkan matanya tanda geram. Sabar !
Addin tersenyum. "Ouh, nak kenal dengan lelaki ni? Apa yang kau nak tahu pasal dia?" Afif menggosok-gosok belakang lehernya. Aih, king membisu? Pantas jelingan maut dihadiahkan kepada Afif apabila Afif melihat mukanya.
"Apa yang kau tahu pasal dia? Kau bagitahu aku." Jawab Zaikha sinis. Addin ketawa. Kau cabar aku? Okay.. Tangan Afif dipaut membuatkan mata Zaikha terbuntang.
"Sayang, I nak you yang bagitahu jentik-jentik ni." Kata Addin sedikit mengada-ngada sengaja dia buat-buat gedik niat nak perli Zaikha a.k.a jentik-jentik kena cium biawak ni. Pantas Afif menyarungkan kembali Raybannya lalu membuat muka poyo.
"So, you Zaikha? Ok Zaikha.. This is Addin Hainis. You mesti kenal kan? And dia kesayangan saya. That's it. Sekian.. Dah jom sayang, tutti fruiti.." Afif menerang membuatkan Zaikha mati kata. What? Addin boleh dapat parka handsome nak mati ni? Wadefish!
Addin tersenyum. Puas hati? Padan muka kau! Hahaha.. Dia melangkah memasuki kereta milik Afif sempat lagi melambaikan tangannya ke arah Zaikha tanda selamat tinggal.
Dalam kereta...
Afif hanya diam membisu takut nak bersuara karang Miss bising ni membebel haa matilah kau. Baik aku diam sebelum mak nenek ni bukak mulut.
Addin menepuk lengan Afif perlahan. Panas betul. Eh Mr.Harimau ni. Okay takpe Addin, sabar sabar. Lelaki memang macam tu. Gatai.
"Yes mummy. " Afif cuba untuk bercanda.
"Don't you dare to call me mummy kalau taknak tengok audi you ni tidur kat bengkel malam ni." Ugut Addin. Afif ketawa. Pandai dia bergurau. Haa merajuk ke tu? Nampak tak Cik Addin Hainis kita tengah merajuk tu.
"Tadi you kata, nak pergi tutti fruiti kan? Jom. Janji mesti ditepati." Sambung Addin lagi. Afif hanya tersenyum. "Okay mummy opss salah."
"Merajuk ke tu? " Afif mengajukan soalan yang tidak patut disoal. Takde motif memang sah-sah Addin tengah merajuk tu.
"Mana ada. Rindukan Fordy kat rumah." Kata Addin lembut. "Dah tau aku marah ni. Tanya lagi soalan tak bertamadun tu pehal" Bebelnya perlahan namun masih dapat didengari oleh Afif. Halaa comel la kau ni Ddin!
Aeon mall..
Tutti Fruiti...Addin duduk di sebuah meja yang terletak di suatu sudut yang agak jauh dari orang. Rimas. Afif yang sedang menyediakan ais krim yang dipesan olehnya dilihat. Padan muka! Aku denda. Hahaha.
Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Fina padanya dulu. Fina pernah cerita padanya tentang sepupunya yang suka cari gaduh dengannya. Apa namanya? Hafiz? Azrul? Aduh apa ek.. Haa! "Hairul"
"Yes? Kenapa awak sebut nama saya? Rindu ke?" Sampuk Afif yang baru sahaja menarik kerusi untuk duduk. Muka Addin terkejut. Bagilah salam!
"Mana ada saya sebut nama awak. Perasan. Mana ais krim saya?" Addin mengelak. Mukanya merona merah. Afif menghulurkan cawan ais krim milik Addin sambil mengenyitkan matanya ke arah Addin. Bertambah-tambahlah malu Addin ni. Kali ni pakej sekali dengan cair.
"Awak, pukul 5 saya nak pergi kat tingkat atas kejap tau. Nak cari kasut." Kata Addin sambil memakan ais krimnya. Afif hanya mengangguk. Lalu masing-masing diam melayan ais krim masing-masing..
Irzaa&Afif POV...
Hatinya panas melihat Addin duduk disebelah Afif. Sangat rapat! Siap main suap-suap lagi. Kenapa dulu Afif tak macam ni pun dengan aku? Kenapa? Jealous nya!
Pantas kakinya melangkah masuk terus menuju ke arah Afif dan Addin lalu meja mereka ditepuk membuatkan Addin dan Afif mendongakkan kepalanya melihat tungau mana pulak yang kacau aku nak date ni? Halah!!
"Kau! Kau nak apa?! " Marah Afif.
"Airul.. Kenapa you dah lain?" Tanya Irzaa. Addin dihadapannya dijeling geram. Ikutkan hati nak je aku tolak perempuan ni. Perampas!
"Lain apa?! " Soal Afif. Mukanya mula merah menahan geram.
"Ni mesti sebab perempuan ni kan, you dah lain. Please Airul. I nak you balik." Rayu Irzaa.
"Eh pompuan! Berapa kali aku nak ulang, Airul kau dah mati. Ni Afif! A F I F ! kau tak reti bahasa ke?" Jerkah Afif sedikit kuat. Tangan Addin digenggam kuat meminta kesabaran. Irzaa panas melihat tangan Afif memegang tangan Addin lalu pantas cawan ais krim milik Addin digapai lalu dibaling ke arah Addin. Addin terkesima. What?!
Afif terkejut dengan tindakan Irzaa membuatkan amarahnya meletus kali ni. Mata-mata yang memerhatikan mereka tidak dipeduli. Kalau nak gaduh dengan aku , aku tak kesah ni sampai Addin kena curah dengan ais krim ni pehal?
"Eh pompuan! Kau dengar sini baik-baik. Ni kali pertama dan terakhir aku tengok muka kau. Kau jangan nak biadap dengan aku kat sini. Kau dengar baik-baik kalau boleh hadamkan sekali. Aku tak sayang kau dan aku takkan balik pada kau! Kau merayu lah keluar air mata darah sekalipun aku peduli apa? Satu lagi, kau yang buat aku berubah Nuramirzaa Anisa ! Bukan Addin. Kau takde hak nak benci Addin .Kau jangan buat aku bagitahu kau apa yang kau tak tahu. Ke kau memang nak aku bagitahu kau? Okay aku bagitahu. Kau jangan ingat aku tak tahu kau curang dengan aku tiga tahun lepas. Kau nak aku bagitahu masa, hari, dengan siapa kau jumpa? Maaf, aku tak nak bagitahu kau. Bukan apa, takut nanti muka kau ni kau nak sorok mana pulak kan? Ramai kut orang kat sini." Afif melepaskan semua marahnya sekali gus apa yang dia simpan selama ni. Tangan Addin digenggam kemas.
"No, you sayang I! " Irzaa masih menafikan membuatkan Afif mengentap bibirnya. Eh pompuan ni aku terajang kang!
"Kau cabar aku?!" Afif geram lalu dia memalingkan badannya ke arah orang yang berada di situ. "Dengar sini! Aku, nak korang semua yang ada kat sini jadi saksi aku. Boleh?! Okay, dengar baik-baik terutama kau Irzaa! Ni, Nur Addin Hainis gadis yang aku sayang dan takkan ada ganti. And yang kat sana tu, Irzaa pengacau relay kami. Korang rasa apa yang korang buat?" Afif memekik.
"Wey, pompuan, baliklah, malu siot! Kalau aku jadi kau, aku takkan cari dia ni lagi. Sebab kau masa lalu dia." Pekik salah seorang lelaki disitu.
"Kau takde life ke nak kacau relay orang? Jangan jadi murah sangat sis! Dah memang kau yang curang kan? " Pekik lagi seorang lelaki. Afif hanya diam sambil kening kanannya dijongketkan ke atas. Addin hanya diam sambil membersihkan sisa aiskrim yang terkena bajunya. Irzaa malu lalu beredar dari situ. Siap kau!
"Thanks bro" Afif memekik lalu menarik tangan Addin untuk keluar dari cafe itu. Nak pergi mana lagi kalau tak pergi beli baju. Bodohlah pompuan tu.
Addin mencebik. Tak pasal-pasal aku mandi aiskrim hari ni. Apalah nasib aku.
Tbc.......
Hai korang. Sorry pendek sikit chapter ni.. Author tgh trial . Idea sengket. Huhuhu chpter 16 coming soon...
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...