KYTG-13

58 5 0
                                    

R&R Gurun...

"Hai awak. Buat apa tu?" Tanya seorang lelaki agak kacak. Addin menjeling lalu melangkah masuk ke dalam kereta dengan pantas. Niatnya untuk menegangkan urat saraf terbantut setelah beberapa lelaki menganggunya. Sibuk je lah! 

"Wah sombongnya." Katanya lagi namun tidak dipedulikan Addin. Addin mencebik setelah pintu kereta dihempas kuat. Fina yang sedang tersengih depan skrin handphonenya dijeling. Pantas tangan putih gadis itu ditampar kuat membuatkan Fina mengadu kesakitan.

"Apahal?" Soalnya sedikit geram.

"Dah bagitahu Arfan ke? " Soalan dibalas soalan. 

"Dah. Aku siap cakap lagi kat Arfan yang ada mamat nak ngurat kau. kenapa kau tak layan? handsome kut. " Canda Fina membuatkan lengannya sekali lagi ditampar sedikit kuat.

"Agak-agaklah kau nak layan pun. Aku tak kenal and taknak kenal pun. Sekian terima kasih. Lambat lagi ke diaorang nak sampai?" Kata Addin sambil menyarungkan Raybannya. Matanya yang terselindung disebalik Raybannya itu dilihat ke arah dua lelaki yang mengganggunya tadi. Salah seorang dari lelaki itu mengenyitkan matanya ke arah Addin lalu pantas cermin kereta diangkat. "euwww" Fina ketawa kuat. 

"Kejap lagi diaorang sampai." Putus Fina membuatkan Addin sedikit lega.

Irhal POV..

Dia tersenyum kejap melihat muka cuak gadis itu. Suka dia mengusik. Tak cukup handsome ke aku ni? Rasanya dah perfect. Aku ada Audi lagi. Takkan reject lagi kut? 

Pandangannya ke arah gadis itu beralih setelah Nabil memanggilnya. Aduh kacaulah mamat ni. "Apa?"

"Order la! apa lagi. Takkan nak duduk je." Balas Nabil. 

"Kau order benda yang sama macam kau." Putus Irhal malas nak memikirkan apa yang dia nak pesan. Pandangannya dialihkan semula ke arah kereta milik gadis yang diusiknya tadi. Cun kut. Macamlah aku tak tahu yang tu Addin. Nur Addin Hainis.! Kejap lagi mesti Afif sampai. Hahaha tak sabar! Pandangannya tak lepas dari memandang ke arah kereta milik Addin.

Addin&Afif POV...

Addin mencebik, aku tahulah kau ada mata, tak perlu kut kau tengok aku sepanjang masa. Seram la gila! 

"Fin! kau tengok mamat tu.. Dari tadi tengok arah ni. Tak selesa lah aku macam ni. Aku ubah parking eh. " Adu Addin. Sungguh dia tidak selesa dengan situasi ni. 

Baru saja dia mahu mengubah parkingnya kereta milik Afif tiba disitu membuatkan Addin berasa sungguh lega tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Rindu sebenarnya kan? Baik mengaku...... Ayokkk... (Apa author ni?)

Addin mematikan enjin keretanya lalu keluar dari perut kereta dan melangkah menuju ke arah Afif dan Arfan . "Haa sampai pun Mr. Harimau!" Katanya gembira.

Afif tersenyum melihat Addin okay. "Apa Mr. Harimau? Haa mana lelaki yang kacau awak tu? Kata kuat! tapi hakikatnya manja." Balas Afif sinis namun masih niat bergurau. Addin menjeling geram lalu menghalakan telunjukknya ke arah Irhal dan Nabil yang sedang makan.  Seyumannya mati setelah melihat dua lelaki itu. Nabil???!! Siapa lelaki depannya itu? Macam kenal.

Bahu Arfan ditepuk membuatkan Arfan dan Fina berhenti berbual. "ha?! apa?" 

"Nabil.. dia dengan siapa tu? aku macam kenal la." Jelas Afif sambil otaknya masih cuba untuk mentafsir muka yang pernah dilihatnya sebelum ini. Arfan turut memandang ke arah yang dimaksudkan Afif.

"Apa?! Dia ni?" Arfan kaget. Sungguh dia mengenali lelaki itu. Irhal!

"Siapa?" Soal Afif masih keliru. Addin dan Fina masing-masing hanya diam. 

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now