Enjin kereta dimatikan. Sorakkan dari luar membuatkan Afif berasa bangga! Afif melangkah keluar dari kereta Honda Civic. Dia tersenyum sinis terhadap Nabil. Rokok digapai dari poket. Kunci kereta dibaling ke arah sahabatnya. Dia melangkah menuju ke arah Nabil. Lantas bahu lelaki itu ditepuk menambahkan lagi api di dalam hati Nabil. Matanya merenung tajam ke arah Afif namun tidak terkesan walau sedikit pun oleh Afif malah itu membuatkan dia galak ketawa.
"Bil, aku dah cakap kan, jangan cabar aku. Tengok siapa yang kalah? Kau ke aku? Hahahahaha" Sinis suaranya masih dengan sisa tawanya. Ini ke yang dikatakan Champion? Alah, champion mende kalau dengan aku pun terpele'ot.
Tangannya dikepal menahan geram. "Baik! Hari ni hari kau, esok lusa hari aku!" ikutkan hati mahu saja dia menumbuk muka kacak Afif ni. Namun ditahannya.
"So, kalah kalah dah, mana 5ribu aku?" Afif melemparkan rokoknya selepas menghembuskan asap yang terakhir. Tangan dihulur ke arah Nabil dengan selamba.
Nabil mengambil satu sampul lalu dihempas di atas tangan Afif. Lantas dia melangkah meninggalkan tempat ni. Baik aku blah dari aku tak boleh kawal diri nanti.
Afif ketawa seronok. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh lembut oleh seorang perempuan. So, inilah ganjarannya. Dia tersenyum.
"Selamat malam pertama bro!" pekik salah seorang kumpulannya setelah melihat Afif dan gadis itu menuju ke kereta. Afif hanya mengangkat keningnya. Bukan dia tidak biasa dengan hidup begini. Setiap kali menang race akan ada gadis yang datang. Hidup bersosial sudah sebati dalam dirinya.
Family? Aku dah biasa hidup tanpa family. Aku seronok disini, biarlah mereka kat London sampai bila-bila pun. Asalkan aku bebas kat sini. Makan pakai aku pandai jaga so, takde masalah bagi aku. Cinta? Aku tak rasa aku sedia untuk ada special girlfriend . Buat masa ni, aku nak enjoy! Kahwin? Ah! Lagi la aku malas nak fikir.
---
Pintu kereta dihempas kuat. Tidak cukup untuk menghilangkan rasa geramnya terhadap Afif. Dinding ditumbuk berkali-kali hingga tangannya mula luka namun tidak dipeduli. Sakit hatinya masih menebal! Kau tunggu Afif Hairul!
Pintu biliknya dikuak luas lalu dia terus meloloskan dirinya. Dia kembali menutup pintu itu. Penat. Badannya dihempas diatas katil. Butang 'on' pada Remote air-cond ditekan. Butang baju dibuka satu persatu . Matanya dipejam kemas. "Aku akan pastikan kau tak hidup senang Afif!" dia mengenggam cadar kuat. Hatinya panas.
Tok.. Tok..tok..
Bunyi ketukan pintu bertalu-talu menambahkan lagi bengang di hati Nabil. "Sape?!!" pekiknya bengang
Hish! Kenapa masa ni jugak nak ganggu aku? Tahu tak sekarang ni pukul tiga pagi tak reti-reti nak tidur ke? Dia mendengus geram."Ni mama lah, bukak pintu ni" sahut suara dari luar pantas Nabil bangun dan membuka pintu. Dia cuba buat muka selamba.
"Kamu dari mana? Waktu begini baru balik." Soal Puan Annur. Nabil mencebik.
"Jumpa kawan" jawabnya ringkas lalu menghempaskan kembali badannya di katil. Syiling bilik itu ditatapnya lama.
"Bukan race?" Tebak Puan Annur. Bukan dia tidak tahu perangai anaknya ini sudah berbuih mulut dia menasihati anaknya tapi masih degil.
Nabil hanya diam kaku. Liur ditelan perit renungan mata mamanya sangat tajam. Dia tersenyum kelat.
"Ma, Abil nak tidur lah. Mama pergilah tidur dah lewat ni." Puan Annur bangun lalu melangkah menuju ke pintu. Nabil mengeluh lega.
---
IPhone7 Afif berdering membingitkan telinganya. Kacau lah time aku nak tidur ni. Sekali tak kacau hidup aku memang tak sah! Dia menggapai telefonnya di atas meja sisi.
"Hello! Kau nak apa? " Jawab Afif bengang.
"Bagi aku 10 minit nanti aku sampai." Dia mematikan panggilannya terus menuju ke bilik air. Dia mendengus geram.
Usai mandi dia keluar dengan hanya sehelai tuala yang diikat di pinggangnya matanya tertancap pada gadis yang dibawa pulang olehnya semalam. Lena betul betina ni tidur. Aku takde buat apa-apa pun dengan dia ni. Berzina? Sangat jauh untuk Afif lakukan. Walaupun dia hidup secara bebas namun dia masih boleh bezakan antara dosa dan pahala. "Liana, wake up. I have to go" Kejutnya namun gadis itu tidak memberi respon.
"I said wake up ! Aku dah cakap kan semalam kau tidur kat bilik sebelah. Yang kau tidur sini kenapa? Sial." Tengkingnya keras. Lantas baju kemeja polonya di sarung. Gadis itu mula bergerak-gerak di dalam selimut. "Sial? You called me sial?" Soal gadis itu tidak puas hati.
"Yes you are. I have to go, so, I don't need you here and get lost! " tengkingnya lagi membuatkan gadis itu terkejut dan terus turun dari katil.
"Lepas apa yang jadi semalam, you boleh halau I macam ni? " Soal gadis itu lagi sambil mengikat rambutnya.
"Do i care? And one more thing Liana, I takde buat apa-apa dekat you. So, jangan nak ambil kesempatan ke atas I.!" Balas Afif sambil menyembur Perfume disekitar lehernya. "Tunggu apa lagi? Berambus lah! Menyemak jelah kau ni" Sambungnya lagi bila melihat gadis itu masih lagi berdiri di sisi katil dengan tenang. Sakit mata aje lah!
Liana membentakkan kakinya dan berjalan menuju ke pintu terus pergi. Sakit hatinya!
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Historia CortaAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...