PavilionMall
Cinema...
8:30 malam...Addin & Afif POV...
Addin memaut lengan Afif sambil berjalan di mall megah itu sambil menyedut air. Sesekali dia mencubit lengan Afif membuatkan Afif mengadu kesakitan bila Afif mengusiknya. Memang sah awek aku ni spesies ketam. Sakit wey!
"Citer start pukul berapa ?" Tanya Addin.
"9:15 lambat lagi. Kita jalan-jalan dulu. Boleh lah biy cuci mata. Hehehe" Usik Afif lagi, kali ni telinganya pula menjadi mangsa Addin.
"Okay okay, sorry sayang. Biy gurau je." Pohon Afif. Addin mencebik.
"Padan muka tu." Jawab Addin seakan merajuk. Afif tersenyum. Comel la , aku suka usik dia ni. Aku suka tengok dia marah. Aku suka tengok dia merajuk. Aku suka tengok muka dia bila dia memuncungkan bibir tu. Haih.. Addin Hainis kau betul-betul istimewa. Aku mengaku tiada perempuan yang boleh ubah hati aku untuk kau. Desis hati Afif.
"Okay la. Ayang nak pergi tandas kejap. " Pinta Addin sambil menghulurkan begnya kepada Afif. Afif mengangguk sambil menyambut beg yang dihulur.
"Nak ikut. " Canda Afif. Addin menjeling lalu menjelir lidah ke arah Afif.
Raisya & Azizul POV..
"Awak, datang sini nak buat apa? " Tanya Azizul. Raisya yang sedang melihat baju-baju yang terpamer disitu. Rambang mata.
"Awak... Saya tanya ni." Kata Azizul sebal. Mana tak sebal aku macam cakap dengan tunggul je. Ni la perempuan kalau datang shopping complex.
"Entah. Tengok wayang nak?" Cadang Raisya. Azizul mengangguk. Boleh juga!
"Okay jom." Ajak Azizul sambil menarik tangan Raisya. Langkah disusun ke arah panggung wayang.
"Awak tunggu sini, saya beli tiket. Citer apa nak tengok?" Soal Azizul sambil mengeluarkan dompetnya dari poket belakang.
"Ikut awak lah. Saya ikut je." Putus Raisya. Azizul mengangguk lalu dia melangkah menuju ke arah kaunter.
Afif&Azizul POV..
"Aduh! " Adu Afif kesakitan. Aku berdiri kat sini dari tadi takkan tak nampak? Ihh!
"Sorry.. Tak sengaja." Pinta Azizul bersalah. Salah dia kerana berjalan sambil melihat dompetnya. Apa yang dicari dia pun tidak tahu.
Afif menggosok bahunya. "Sokay takpe. lelaki kan.." Jawabnya poyo sambil membetulkan beg Addin di bahunya. Cakap pasal Addin, dah berjanggut pakcik tunggu makcik ni pergi tandas. Sesat ke apa?
"Azizul" Azizul menghulurkan tangannya tanda ingin bersalam. Huluran disambut oleh Afif.
"Afif." Jawabnya ringkas.
Azizul tersenyum. "Okaylah bro. Aku gerak dulu. Bye" Pamit Azizul. Afif hanya tersenyum sambil mengangguk. Langkah Azizul dihantar oleh matanya. Lalu bahunya ditepuk Addin membuatkan dia beralih pandangan.
"Aih.. Tengok siapa?" Soal Addin curiga. Tengok awek la tu! Pantang tinggal kejap je.
"Tengok apa, apa? Ayang , tadi ada orang langgar biy. Sakit... " adu Afif manja sambil menggosok bahunya lalu beg Addin dihulur. Padahal dia malas nak pegang beg Addin yang berat tu. Addin buat muka menyampah.
"Dah jom. Lagi lima belas minit nak start. Ingat ya sayang perjanjian kita." Afif bangga. Addin buat muka selamba. Kita tengok...
Dalam panggung...
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...