KYTG - 33

45 4 3
                                    


Addin & Irhal POV...

Dulu walau raga kita terpisah jauh
Namun kini hati semakin jauh
Perlahan rapuh, terhapus ruang dan waktu

Kini Aishiteru tinggal lah cerita
Saat mimpi mu hanyalah denganku
Sampai ku sadari, aku telah kehilanganmu

Lagu yang bergema di corong radio membuatkan Addin semakin sakit hati. Time-time ni jugaklah kau nak putarkan lagu ni.  Perli ke apa?  Haha nak ingat kejadian tadi? Nak ingat nama Afif pun aku tak nak.  Buat sakit hati aje lah Addin Hainis!  Lupakan. 

Lelaki disebelahnya dilihat tidak puas hati. "So, ni lah apa yang jadi pada kakak saya dulu?" Soalnya sebaik sahaja mata Irhal tertoleh ke arahnya. Sudah lama dia memendam soalan ini namun ditahannya.

"Maybe. Saya tak rasa 100% sama dengan yang dulu" Jawab Irhal. Addin tersenyum senget. Bodoh punya jawapan.

"Sah lain. Bezanya saya dengan kakak saya dan satu lagi masa tu Afif menang bukan awak." Sindir Addin. Bukan aku tak tahu mainan kotor kau tu lah Irhal Asdan!

"Puas? " Soalnya lagi. Irhal terdiam.

"Puas?  Tak" Jawabnya ringkas.

"Apa lagi yang awak tak puas hati?  Race?  Awak dah kalahkan Afif. Jadikan saya sebagai taruhan. And I think dalam race tadi awak jugak berjaya tebus maruah awak . Am I right? So? Apa lagi?" Tengkingnya panas. Eee ikutkan hati nak aje aku bunuh-bunuh. Errr sabar je lah!

"Yes! Memang betul saya dah berjaya tebus maruah saya yang selama ni terletak bawah kaki Afif. Tapi ada satu yang tak mungkin saya dapat lah Addin." Balasnya sedikit tinggi. Awak tak faham lah!

"What? Apa benda yang tak mungkin awak dapat tu? Bagitahu saya."

"Zihaa Amalin" Jawabnya membuatkan Addin terkaku. Kak Azi...

"Awak tahukan dia dah takde. Stop berharap yang dia akan kembali lah Irhal. Tak mungkin terjadi pun!" Balas Addin. Kau dengan aku sama, rindukan orang yang sama.

"I know but..."

"But what? Look, I know that you love her so much! I know that. Awak tak boleh macam ni lah. Move on boleh tak?"

"Saya jumpa dia semalam" Balas Irhal membuatkan Addin terdiam buat kedua kalinya. Jumpa? Semalam?

"Kat mana?" Soalnya aneh. Wajah Irhal ditenung dalam menanti soalannya dijawab.

"Tasik. Her face 100% same like Nur Zihaa Amalin. I asked her name. She said her name is... "

"Ama! " Jawab mereka serentak.  Masing-masing saling berpandangan.

"But her fullname is Aisya Amalin.  So saya tak yakin 100% dia adalah kakak awak.  Sebab bagi saya kakak awak takkan kembali.. Saya sedar tu. " Tambahnya lagi lalu menunduk. Addin mengeluh panjang. Haih... Sabar je lah.

"Baguslah kalau awak boleh terima yang dia takkan kembali lagi. Stop harapkan dia kembali. Okay?? " Balas Addin. Irhal mengangguk tanda faham.

"Can I go home?  Or... " Soal Addin.

"Ikutkan plan awak kena stay dengan saya.  But It's okay saya hantar awak balik rumah awak. But,  ada satu syarat"

"Apa? "

"Selama seminggu,  awak kena keluar dengan saya. Boleh?" Jawab Irhal membuatkan kening Addin terjongket ke atas.  Baik jugak dia ni patutlah Kak Azi sayang.  Hahaha macam lah aku tahu tentang kisah cinta diaorang ni. Memandai je kau Addin.

"You know what?  Awak ni baik orangnya.  Tapi kenapa awak buat diri awak nampak jahat? " Soal Addin jujur membuatkan Irhal tersenyum tawar.

"Dendam. Sakit kehilangan orang yang kita sayang. Hahaha sape tak gila kalau orang yang paling bermakna hilang macam tu aje kan? " balasnya membuatkan Addin pula terdiam. Hmm....

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now