Kedah..
Irma menjenguk dari jendela melihat siapa yang datang ke rumahnya. Mewahnya kereta. Siapa ni? Banyak tanda tanya bermain dalam fikirannya sekarang. Dia mencebik.
Fina membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari perut kereta itu. Mata Irma terbuntang luas. Dia terkejut melihat sepupunya yang paling dia sayang kini sudah sampai! Pantas dia berlari menuju ke arah Fina lalu tubuh Fina didakap kemas.
"Sampai pun kau. Lama aku tunggu tau. " Kata Irma setelah pelukan itu dileraikan.
"Ye, aku dah sampai kan ni. " Balas Fina gembira. "Nenek mana nenek? " sambungnya lagi.
"Ada kat dalam..masuklah, ajak kawan kau. Mana dia?" Ajak Irma mesra. Fina menepuk dahinya. Lupa! Addin dalam kereta.
"Addin!" pekiknya dari luar menghentikan Addin dari bermain handphonenya. Ingat pun aku. Dia mematikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta. Huluran salam dari Irma disambut mesra.
"Irma." Irma memperkenalkan diri.
"Addin. Cantik kampung awak." Jawab Addin sambil melihat sawah padi yang terbentang luas di depan matanya kini. Tenang.
"Jom lah masuk.. Panas ni, korang mesti penat kan memandu dari pagi. " Kata Irma nematikan lamunan Addin.
"Jom. Kau masak apa? Aku laparlah." Jawab Fina sambil melangkah ke arah pintu diikuti Addin dari belakang.
"Asam pedas. "
Kedai Runcit Amran..
Afif POV..
Arfan yang sedang berjalan menuju ke kereta dilihat dari dalam kereta. Sungguh dia berasa tidak sedap hati teringatkan mimpinya tadi. Apa maksud yang tersirat dari mimpi tadi tu? Ahh serabut!
Arfan melangkah masuk ke dalam kereta dengan membawa dua tin redbull satu dihulur kepada Afif. Pantas huluran itu disambut.
"Fif," Panggil Arfan setelah meneguk airnya. Segar, hilang ngantuknya.
"Hmm. " Jawab Afif sambil meneguk air.
"Okay tak ni? " Soal Arfan risau. Dia tahu Afif sorokkan sesuatu darinya. Takkan pasal Irzaa?
"Okay, cepatlah. Aku lapar ni. " Afif menukar topik. Malas nak layan. Arfan hanya mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta dan beredar dari situ.
Afif mengeluh panjang.
Addin POV..
Usai makan dia duduk di kerusi kayu di bawah pokok di hadapan rumah itu. Angin yang bertiup menyapa dirinya lembut. Nyaman. Kehijauan sawah padi membuatkan hatinya terus jatuh cinta pada tempat ini. Cun! Buat aku rasa nak terus tinggal sini aje.
Fina melangkah menuju ke arah Addin lalu menepuk bahu Addin membuatkan Addin terkejut. Dia ketawa lucu melihat muka Addin yang kaget. Pantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah Addin.
"Syokkan kat sini?" Soalnya.
"Ha'aa, nyaman." Jawab Addin menunduk.
" hahaha memang kampung aku nyaman pun." Jawab Fina bangga. Addin menjuihkan bibirnya.
Kereta milik Afif masuk ke arah perkarangan rumahnya itu. Fina mendengus geram. Dia sampai dah!
"Kereta siapa tu?" Tanya Addin.
"Sepupu aku lah tu." Jawab Fina malas.
Addin hanya mengangguk. Arfan melangkah keluar dari kereta terlebih dahulu. Mata Addin terbuntang luas melihat lelaki itu. Pantas dia menutup mukanya dengan tangan. Arfan mengangkat tangannya lantas tersenyum.
"Alamak, kenapa dia ada kat sini jugak? " Bebel Addin sendiri. Fina sudah melangkah ke arah mereka meninggalkan Addin sendiri.
Arfan melangkah menuju ke arah Addin. Peluang untuk dia kenal lebih jauh lagi gadis satu kolejnya ini. Dia tersenyum senang. Baguslah kalau dia ada kat sini jugak taklah bosan sangat aku kat sini.
"Hai. " Sapa Arfan mesra.
Muka Addin mula merah. Aish.. "Err hai" Arfan duduk di sebelahnya. Rapat. Addin cuba untuk menjauhkan jarak dia dengan Arfan. Tak selesa.
"Tak sangka kan kita jumpa kat sini. Jodoh tak? " Arfan bercanda. Addin membuat muka tak berperasaan.
Afif di pintu rumah melihat gelagat Arfan dan Addin di sana. Siapa perempuan tu ? Cucu baru nenek ke? Takkanlah. Oh ya, aku nak tengok sangat sape pakwe Fina tu. Dia menjeling ke arah Arfan dan Addin. "Kau taknak masuk makan ke?! " pekiknya.
"Awak masuk lah makan dulu saya dah makan tadi." Jawab Addin mesra. Sebenarnya dia tak selesa duduk berdua dengan Arfan disini nanti apa pula kata orang kampung.
Arfan mengangguk lalu mula beredar dari situ sempat dia mengenyitkan matanya ke arah Addin lalu tersenyum menampakkan lesung pipit di pipinya.
Dalam rumah..
Afif POV.
Dia duduk di meja makan lalu pantas mencapai pinggan dihadapannya. Matanya tertancap pada lauk yang terhidang kemas di atas meja. Perutnya berlagu dangdut lagi. Kehadiran Arfan langsung tidak dipeduli apa yang dia mahu adalah memenuhi ruang yang kosong dalam perutnya. Dia menghulurkan pinggan ke arah Irma untuk disendukkan nasi. Pantas pinggan itu disambut Irma.
"Kebulur ke apa kau ni Fif ? " Tanya Irma sambil menghulurkan pinggan yang siap disendukkan nasi kepada Arfan.
Afif hanya diam dan makan. Soalan Irma dibiarkan tak berjawapan. Arfan menggeleng.
"Irma, nak tanya sikit. " Afif bertanya setelah air diteguk. Gelojoh!
Irma duduk dikepala meja. "Apa dia? "
"Mana pakwe Fina? Bukan ke dia balik dengan kawan dia? "
Irma pelik. Pakwe? Datang celah mana pakwe nye? " pakwe? Fina tak balik dengan pakwe pon."
"Tadi kau cakap dia balik dengan..." Belum sempat Afif menghabiskan ayatnya Arfan pantas memotong.
"Addin" Jawab Arfan menahan gelak. Ada ke dia fikir Addin tu lelaki. Kelakar lah kau ni Afif.
"Haa, mana dia? "
"Ada je kat luar tu. Bawah pokok, aku baru je sembang dengan dia tadi. " Jawab Arfan sambil menyuap nasi ke mulutnya.
"Jap, Addin ni lelaki ke perempuan? " Soalnya tak faham.
"Perempuan. " Sampuk Fina dari depan. Afif menoleh ke arahnya. Muka dia ni lagi. Takde muka lain ke? Dia mencebik hilang selera makannya melihat Fina.
"Kenapa? Kau ingat aku balik dengan lelaki? Aku bukan macam kau . Player!" Kata Fina sinis.
"Eh eh pompuan ni aku sumbat pinggan jugak karang. " Jawab Afif tak puas hati.
Arfan dan Irma hanya memerhati. Perang dunia dah nak start.
"Kau ingat aku hairan sangat ke pasal kau? Kau dengan kawan kau tu bukannya penting sangat. Bajet comel." Lawan Afif. Fina mendengus geram.
"Habis, kau ingat kau hensem sangat ke? Muka macam longkang." Addin melangkah menuju ke dapur setelah terdengar suara seperti sedang bergaduh. Laaa Fina rupanya. Gegar satu kampung suara diaorang ni.
Fina menghampiri Addin setelah melihat sahabatnya itu tiba di dapur. Addin menyelak rambut depannya ke atas. "Apa?"
"Kau tengok Afif tu. Dia kutuk kita." Adu Fina seperti kanak-kanak meminta mainan. Addin menjeling ke arah Afif. Ni ke sepupi dia?
Afif bangun lalu membasuh tangannya di sinki lalu merentap sisa air dari tangannya ke muka Fina namun terkena juga pada Addin. Dia berlalu selamba. Addin menghempaskan kakinya berkali-kali. Kurang hajar! Arfan kaget melihat kelakuan Afif sebentar tadi. Lucu pun ada. Dia tersengih sendiri.
"Siap kau! " Pekik Fina.Addin melihat Afif yang sedang berjalan keluar dengan rasa tidak puas hati. Tunggu kau!
Tbc....
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...