KYTG - 30

39 5 2
                                    

Enjin kereta dimatikan lalu dia melangkah keluar dari kereta. 'Butik Irna'. Rindu? Mestilah rindu. Bukan manusia namanya kalau takde rasa rindu dalam hati. Wait Addin Hainis, kau rindu Kak Irna atau Afif?  Ahh pedulilah

IPhone 6s dicapai dari dalam beg tangannya. "Patutlah kau diam je dari tadi rupanya aku lupa nak on.  Hehe sorry sayang. " Pantas punat on ditekan untuk menghidupkan semula telefonnya. "Mesti Afif call"

14 missed call from Mr. Harimau
26 chats from Mr. Harimau
1 voicemail from Mr. Harimau

Addin menjeling. "Apakah?  Semua nama dia ni. Takde nama lain ke cari aku?  Eh apa kau ni Addin? " Pantas satu persatu mesej Afif dibaca. Kemudian Voicemail Afif didengar. "Call back?  No! " bebelnya sendiri sambil melangkah menuju ke bangunan milik Kak Irna.

Bush!

"Auch! Sorry sorry.. Saya tak perasan tadi" Pinta Addin rasa bersalah. Aduh kau ni Addin cuai lah. Tu lah kau jalan mata tu melekat dekat skrin phone kan dah langgar orang.

"No it's okay. I yang patut mintak maaf sebab jalan tak hati-hati. " Pinta gadis itu.

"Saya min" Addin terdiam setelah melihat wajah gadis yang dilanggarnya. Kak Azi? No no tak mungkin. Kak Azi dah takde. Mungkin muka aje sama. Dalam dunia ni kan kita ada 7 orang yang mempunyai wajah yang mirip.

"Dik? " Tegur Zihaa mematikan lamunan Addin. Addin berkelip beberapa kali sebelum mengukir senyuman.

"Ye? Sorry ya pasal tadi. Addin" Jawab Addin lalu menghulurkan tangan ingin bersalam. Zihaa hanya tersenyum.

"Oh Addin. Saya Ama" Balas Zihaa lalu menyambut huluran Addin. Ya Allah aku mohon padamu. Kuatkan hati aku kali ini. Sungguh aku tak sanggup untuk lama-lama menatap wajah sayu yang dirindui ini Ya Allah.

"Oh..." Lama Addin meneliti setiap inci wajah milik gadis yang dikenalinya sebagai 'Ama' . Sama macam arwah Kak Azi. Mahu saja dia memeluk tubuh milik gadis ini namun ditahannya.

"Eh takpelah, saya pergi dulu. In sha Allah kita jumpa lagi. Assalamualaikum." Pinta Addin sopan. Tidak mahu lama-lama menatap wajah dihadapannya kini.

"Wa'alaikumussalam " Balas Zihaa perlahan sambil memerhatikan langkah Addin yang semakin jauh meninggalkannya. Wajahnya dialihkan pada kereta milik Addin yang diparking. "NAS 3110"

Afif POV.

Afif meraup mukanya berkali-kali sambil menatap skrin telefon ditangan. "Mana awak ni Addin. Punyalah banyak saya chat awak, bluetick je , bukan setakat bluetick je dia bagi, siap pakej dengan last seen." Omelnya sendiri. Pantas nombor Addin didail sekadar mencuba nasib.

"Hello awak" Jawabnya setelah panggilannya berjawab oleh Addin.  Hatinya lega.

"Yes?  Ada apa? "

" Look,  saya nak minta maaf pasal dekat Hospital tu. " Kata Afif sedikit tergagap. Dia tahu Addin terasa hati dengannya.

"Oh it's okay. Never mind. Tak ambil hati pun. Ada apa saya ada hal ni" Jawab Addin sedikit kalut. Bukan dia dingin tapi otaknya yang masih memikirkan tentang kejadian tadi membuatkan dirinya sedikit terganggu.

"Saya ada benda nak bincang. Can we meet?" Soal Afif gelisah.

"Pukul 2:30 okay? " Balas Addin setelah melihat jam ditangannya.

"Okay. See you there" Panggilan dimatikan. Oh my rasa bersalah kenapa kau singgah dihatiku?

De'Mirulina Cafe..

Arfan&Fina POV..

Fina melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Arfan. Arfan yang sudah duduk pantas membuat tanda untuk memanggil pelayan di Cafe tersebut.

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now