KYTG - 25

43 4 0
                                    

Rumah sewa Fina..

Addin mencelik matanya perlahan-lahan cuba sedar dari mamai. Sesekali dia mengeluh mengingatkan kejadian yang terjadi malam tadi. Sungguh dia kesiankan sahabatnya itu. Hati sahabatnya hancur kerana Arfan menyembunyikan tentang penyakit daripadanya.

Telefon di atas meja dicapai lama dia menatap skrin telefonnya. "Mama, papa, Kak Azii, Addin rindu" Perlahan dia bicara. Nombor mamanya didail.

Addin : Assalamualaikum ma, Ainis ni.. Mama sihat ?

Puan Azila : Waalaikumsalam sayang. Mama sihat je sayang.  Papa pun sihat.

Addin : Syukurlah.. Mama bila nak balik Malaysia?  Ainis rindu mama sangat.. 

Air matanya ditahan dari gugur. Mahu saja dia beritahu mamanya tentang kakak kembarnya namun pantas dia membatalkan niatnya itu bagi mengelakkan mamanya sedih.

Puan Azila : Insha Allah bulan 12 ni mama dengan papa balik Malaysia. Sabar ya sayang mama.

Addin : yelah . Dapat dengar suara mama pun Ainis dah bahagia. Kirim salam dekat papa. Ainis nak siap-siap ni ma. Kelas. Love you ma.. Assalamualaikum.

Panggilan dimatikan bibirnya mengukir senyuman. Rindunya pada ibunya terubat walaupun sedikit. Keluh berat dilepaskan lalu dia bangkit dari katilnya dan melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Fina? Kejap lagilah aku pergi bilik dia. Mandi dulu...

Irhal POV...

Nombor Addin di dail beberapa kali namun masih tiada sahutan membuatkan dirinya panas. "Mana kau ni pompuan !!"

"Aku call tak pernah nak angkat ! Jangan sampai aku sampai di depan rumah kau Addin ! " marahnya sendiri. Matanya tertumpu pada foto Addin yang dilekatkan di dinding biliknya. Mukanya merah menahan sebal.

"Hello Nabil ! Jumpa aku dekat tempat biasa lagi 30 minit !" panggilan dimatikan. Dadanya naik turun menahan marah. Sungguh dia serabut dengan semua ini.

Addin POV..

Addin melangkah keluar dari bilik air sambil mengesat sisa-sisa air mandinya di rambut lalu mencapai telefon yang berada di atas katil. 21 missed call dari Unknown? Siapa ni? Desis hatinya. Urgent kah? Atau ni nombor baru Afif ?

Pantas nombor itu didail kembali. Lama dia menunggu untuk disambut.

"Helo?" Garau suara yang menyahut.

"Bie ? Are you there ?" Soal Addin minta kepastian.

"Bie? What do you mean? Hey ni Irhal lah. Wah belum apa-apa awak dah panggil saya bie. Sweetnya awak." Kata Irhal. Jantung Addin berdegup kencang.

"Awak nak apa ? Dari mana awak dapat nombor saya?" Soal Addin bertubi.

"Woo woo sabar sayang. Banyak sangat soalan awak. Takde apa saje nak call bakal isteri. Hahaha.. By the way saya nak jumpa awak. Ada hal nak cakap. And only you and me.  Jangan risau saya takkan apa-apakan bakal isteri saya." Kata Irhal panjang.

"Baik.. Set tempat lepas kelas saya jumpa awak." Sahut Addin setuju. Mungkin ni peluang untuk aku tahu tentang Kak Azii. Dia bergegas siapkan diri untuk ke Kolej.

'Tok tok tok'...

Pintu bilik Fina berkali-kali namun tiada respon dari penghuni bilik tersebut. Addin mengeluh. "Fina. Dah siap belum?"

Diam tiada jawapan. Belum sempat Addin mengetuk pintu buat kali kedua Fina terlebih dahulu membuka pintu tersebut. Lantas tubuh Addin didakap kemas.

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now