KYTG-20

41 5 0
                                    

Johor...
Azizul&Raisya POV...

"Awak, esok kita pergi KL tau. Saya nak jumpa Kak Irna. Rindulah." Kata Raisya sambil menyedut air. Azizul hanya mengangguk.

"Okay jugak tu. Sebabnya kawan saya buat Reunion kat KL. Kita pergi ok." Kata Azizul lagi. Kebetulan Arsyad beritahunya dua hari lagi dia buat majlis Reunion kawan-kawan lama. Mesti ramai geng yang aku dah lupa.  Hahaha...

"Lagi satu. Saya nak cari kawan saya kat KL. Dah lama tak jumpa dia." Jawab Raisya sambil menundukkan kepalanya. Ainis, aku rindu kau.  Dah lama kau tak call aku.

"Siapa? " Tanya Azizul. 

"Adalah. Seboklah awak ni. Nanti kalau saya jumpa, awak tahulah. Kalau kita jumpalah. " Jawab Raisya pantas lengannya dicubit kecil Azizul membuatkan dia memuncungkan bibirnya.

"Okay fine. "

Kuala Lumpur..
Addin&Afif POV..

"Uhuk uhuk" Addin menepuk dadanya kerana tersedak. "Aduh siapa pulak sebut nama aku ni? Aku tengah syok layan K-Drama ni. Kacaulah ! Hilang feel aku. " Bebel Addin sendiri.

Dia menggapai telefonnya yang berada di atas meja lalu ditekan berkali-kali. "Patutlah kau diam je harini. Takde bateri rupanya." Dia bangun lalu melangkah menuju ke arah suis dan menyambungkan USB ke telefonnya. "Mesti Afif call aku ni. Hahaha"

Telefon dihidupkan. "Mak aih 39 missed call from Mr. Harimau. Haha sorry sayang." Pantas nombor Afif didail.

"Hello." Jawabnya tidak bersalah.

"Hello makcik ! Tak reti nak jawab call ke ? Kalau dah tak reti elok baling je phone tu dalam tong sampah tak guna lagi ada phone. Aih panas pulak aku kat sini." Bebel Afif panjang lebar. Addin hanya diam sambil ketawa. Hahaha Mr. Harimau kita tengah bebel ni. Dengar tak?

"Hello! Diam pulak dah." Kata Afif lagi setelah tiada sahutan dari Addin.

"Ye ye. Dengar ni. Dah habis ke bebelnya tu Mr. Harimau? Ke nak sambung lagi? Alah, sorrylah tak tahu pulak phone saya takde bateri. Tadi baru saya tengok dia mati. Patutlah dia diam je dari pagi tadi. Sorry daddy" Jelas Addin sambil memujuk Afif.  Dia tahu Afif marah.

Afif diam. Daddy? She called me daddy. Hahaha. Alahai, cair... Pertama kali dengar dia panggil aku daddy. Selama ni bukan main payah lagi. Asyik awak saya je. "Okay. Siap-siap kejap lagi saya sampai. Teman saya fotoshoot boleh ?" Jawab Afif lembut. Marahnya hilang serta merta.

"Okay.  Saya nak mandi. Bye.  Jumpa kejap lagi. " Addin mematikan panggilannya. Nasib baik Afif ajak keluar kalau tak mereputlah aku sorang-sorang kat rumah.  Nak lepak dengan Fina? Dari tadi Minah tu keluar dengan Arfan.

2jam kemudian....
Tempat Shooting...

Addin menguap beberapa kali. Bosannya. Sesekali dia menyedut starbucks yang dibelinya tadi sesekali dia menekan telefonnya. Sis bosan! Dia mengeluh. Matanya dialihkan ke arah Afif yang sedang bergambar. Bajet poyo lah! Tapi handsomelah!

Usai Afif mengambil gambar. Dia melangkah menuju ke arah Addin yang sedang duduk di satu meja yang berada di satu sudut yang berdekatan dengan kipas. Kerusi ditarik lalu air milik Addin ditarik dan disedutnya. Addin menjeling. Selalu macam tu suka minum air aku !

"Awak bosan ke? " Soal Afif sambil membetulkan baju yang digayakannya tadi.

"Takdelah. Saya tengah seronok ni. Tak nampak ke?" Perli Addin. Afif tersenyum. Alahai...

"Alah, awak kenalah biasakan diri dengan kerja saya. Macam ni lah kerja saya. Kejap lagi kita pergi makan ok." Kata Afif. Dia tahu Addin bosan duduk di sini. Sorry sayang...

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now