KYTG-26

34 2 0
                                    

Cafe Himalayan..

Addin menarik kerusi yang bertentangan dengan Irhal. Gugup? Yes dia gugup untuk berdepan dengan lelaki ini. Apa sahaja dia boleh buat. Wajah Irhal ditatap tajam. So, kau lah pakwe kakak aku? Nice but psycho.! Shit !

"Ada apa nak jumpa saya?" Soalnya sebaik sahaja Irhal melihat ke arahnya pantas dia mengubah pandangannya. Irhal tersenyum.

"Saya nak awak boleh?" Balas Irhal selamba membuatkan Addin menoleh. What the heck!

"Serius please" Balasnya sepatah. Irhal tergelak kecil.

"Actually, saya nak jumpa awak ni sebab saya nak lepaskan rindu saya. Tak salahkan?" Kata Irhal sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi , bahu diangkat.

"Rindu pada siapa ? Zihaa?" Soal Addin serius. Irhal tergamam.

"Wait, apa awak sebut tadi? Ulang balik." Irhal mendekatkan mukanya tanda mahu mendengar dengan lebih jelas. Macam tak percaya dia sebut nama Zihaa.

"Zihaa Amalin. My twin." Balas Addin ringkas. Irhal terkedu. What ?! Twin?

"Awak twin dia? Mustahil. " Balas Irhal tak percaya. "No, tak mungkin. You know how I miss her so much Addin !"

"Yes I know. And saya pun rindu dia lah. Tapi tulah, dia dah mati. Kecewa dengan sikap BOYFRIEND dia sampai bawak diri ke London and accident kat sana then meninggal. And saya baru tahu yang awak ni boyfriend dia. Do you feel macam mana sakitnya saya kehilangan kakak kembar saya sendiri?" Luah Addin panjang, Irhal hanya mampu diam dan menundukkan kepalanya.

"Saya taktahu dia kakak awak. " balas Irhal perlahan. Addin mendengus perlahan.

"Lagi sakit hati saya bila saya dapat tahu yang dia meninggal tapi saya tak ada kat sana dengan dia. Sakit rasanya tu. " Air matanya gugur teringatkan kembali saat dia mahu ke London tapi terikat dengan Exam di Kolej.

"And bagaimana rasanya kalau awak ditempat saya, rapat dengan kakak sendiri, tak ada sikit pun rahsia antara kitaorang tapi tak sangka pula dia sorokkan tentang hubungan awak dengan dia selama ni. Sakit bukan ? Haa Irhal Asdan? Answer me." Luahnya lagi. Apa yang dipendamnya dilepaskan sehabisnya kali ini. Rasa bersalah semakin menebal dalam diri Irhal.

"Cukup lah Irhal,  saya tahulah saya nak benci awak atau just maafkan awak. And saya tahu awak tak boleh terima hakikat yang dia dah tak ada.  Just move to forward Irhal. Saya yakin dia tak suka tengok awak macam ni. Cukuplah jadi macam ni. Saya pergi dulu." Addin mengambil begnya lalu bangun untuk keluar dari cafe itu sebelum sabarnya hilang.

"Addin, saya suka awak! Tu je cara saya boleh lepaskan rindu saya pada Zihaa." Balas Irhal
membuatkan langkah Addin terhenti seketika.

"Stop it! Saya tak suka awak and takkan suka awak pun. " balasnya lalu dia kembali melangkah meninggalkan Irhal. Gila!

Afif POV

"What ?! Dia jumpa Irhal. Ni ke kawan yang dia kata. Irhal?" Sakit hatinya melihat Addin duduk semeja dengan lelaki yang paling dia benci.

"Sial!" Bentaknya sendiri lalu melangkah meninggalkan tempat dimana dia menyembunyikan dirinya untuk mengawasi Addin. Hatinya panas.

Hospital..

Tubuh Arfan ditatap sayu. Tidak sampai hatinya melihat Arfan terbaring lesu begini. Airmata lantas diseka takut Arfan ternampak dia sedang menangis.

"Fina.." Panggil Arfan perlahan membuatkan Fina pantas mengangkat kepalanya.

"Ya"

Arfan tersenyum. "Awak okay?" katanya perlahan. Airmata Fina jatuh lalu dia menggenggam kemas tangan Arfan meski hatinya sedih namun dikuatkan diri.

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now