8:00 pagi...
Addin mengikat rambutnya gaya 'pony-tail'. Ringkas namun kemas. Alah sesuailah untuk ke kolej. Bukan nak pergi mana pun.
Telefon bimbitnya berdering membuatkan dia terhenti dari menyikat rambutnya. 'IRHAL'. Pantas panggilan itu disambut.
"Helo"
'Hello awak, kelas pukul berapa? ' Soal si pemanggil.
"Pukul 10:30 . Tapi saya dah siap nak keluar. Kenapa yer? " Soal Addin pelik. Pagi-pagi dah call dia ni. Apa masalah lah.
'Kalau tak keberatan, jom lah breakfast em saya hantar awak ke kolej sekali. Boleh? '
Addin terdiam seketika. "Em boleh lah. Saya tunggu awak. Bye" Panggilan dimatikan lalu dia menggapai beg sandang dan mengemas apa yang patut. Adeh..
Tangga rumah itu dituruni berhati-hati lalu menuju ke ruang dapur. Kelibat Fina dicari. Mana pulak pompuan ni? Takkan dah keluar kut. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung. Kopi dituang separuh gelas.
"Fin!?" Panggilnya. Tiada sahutan. Eh? Takde ke?
"Apa? Awal kau bangun" Sahut Fina dari dapur sambil membawa dua pinggan nasi lemak ringkas.
"Macam beli je" Balas Addin sambil memerhatikan nasi yang dibawa oleh Fina.
"Dah tahu beli tanya lagi buat apa? " Balas Fina tak puas hati. Untung aku beli. Kalau tak? Addin tersengih dengan ayat Fina. Kekeke.. Marah la tu..
"Marah cik Fina kita ni. Aku cakap je by the way thanks sbb beli kan makanan ni. Aku makan sikit je lah eh? Sebab kejap lagi aku nak keluar breakfast dengan... "
"Irhal? " Potong Fina membuatkan Addin terdiam lalu mengangguk. Fina menjeling.
"Eh aku tak berapa percayalah dekat Irhal tu Ddin. Jangan rapat sangat dengan dia boleh tak? " Sambung Fina membuatkan Addin mengeluh. Fina Fina.. Nurafina sungguh lah dia ni.
"Kau tak percaya apa? Aku tengok okay je Si Irhal tu. Kau lupa ke dia kan ex kakak aku." Jelas Addin. Kali ni Fina pula terdiam.
"Aku kenal kakak aku. Dia takkan bergaul dengan orang bukan-bukan. " Sambungnya lagi sambil menyuap nasi lemak yang terhidang di hadapanya. Tak elok membazir.
"Aku tahu. But, who knows kan? Mana tahu dia ada niat tak baik ke disebalik baik dia dekat kau ni. Kau taknak dengar aku takpe tapi aku still nak kau berhati-hati dengan dia. Boleh? "
"Em sedap nasi lemak ni. Kau beli dekat kedai Mak Timah depan tu eh? Makanlah Fina. Hargai sikit penat lelah Mak Timah buat nasi lemak ni tapi kau tak makan." Balas Addin sengaja menukar topik. Bosanlah asyik cakap topik ni je dibahaskan pagi-pagi ni.
Fina menjeling. Mula lah tu asal aku cakap sikit ada je alasan dia nak ubah topik. Ee sabar je lah dengan kawan yang macam ni. Bebelnya dalam hati lalu menyuap nasi ke mulutnya. Makan lagi bagus.
Afif & Arfan POV..
Afif merapikan rambutnya sambil berlagu kecil. Harini nak bawak Addin keluar. Dashing digapai lalu disembur dua kali pada bahagian kanan dan kiri lehernya. Wangi!
"Amboi wanginya pakcik. Nak ke mana? " Soal Arfan. Afif tersenyum lebar dengan pujian Arfan. Aku memang wangi sejak kecil lagi. Desis hatinya.
"Jemput Addin. " jawabnya ringkas membuatkan Arfan terkedu. Alamak!
"Fif, aku rasa kita ada hal lain lah. Lain kali je lah kau jemput Addin. Dia kan boleh keluar dengan Fina. " Balas Arfan mahu mematikan niat Afif namun tidak diendahkannya.
"Haha apa kau ni? Hari ni kita takde apa-apa job pun lah. Aku rasa aku takde photoshoot hari ni. So? Aku free. Kalau kau ada hal sokay lah kau settlekan hal kau. " Balas Afif panjang sambil menyarungkan kasut Nike pada kakinya. Arfan mencebik. Aa sudah.
"Fif, Aku baru dapat chat dari Fina. Dia kata Addin dah pergi Kolej. Dan hari ni dia busy sangat. Kau tak rasa ke macam ganggu concentrate dia?" Jawab Arfan sedikit gelisah setelah Afif mula menekan suis keretanya. Afif berpaling.
"Kolej? Takpelah aku pergi sana lah nanti. Dah chau" Ujar Afif lalu meloloskan dirinya didalam kereta. Arfan menepuk dahi. Aduh...
Sorry Fan, Aku tahu niat kau tu and aku masih ingat apa yang jadi semalam. Mustahil Addin akan maafkan aku dengan senang. So, aku sendiri kena usaha untuk dapatkan kata maaf dari dia. Desis hatinya sambil menjeling ke arah Arfan yang gelisah.
Rumah sewa Afina..
Addin & Irhal POV..
Pon.. Pon..
Bunyi hon dari kereta Irhal mengejutkan Addin dan Fina di dalam rumah. Mereka saling berpaling. "Dah sampai dah agaknya. " Ujar Addin lalu bangun dan melangkah menuju ke pintu rumah.
Pintu rumah dikuak. Susuk tubuh seorang lelaki dilihat dari jauh. "Dari kereta aku rasa tu memang Irhal. " Katanya sendiri sambil membuka pagar rumah.
"Morning. Awal sangat ke saya datang? " soal Irhal setelah Addin berdiri berhampiran dengannya. Addin tersenyum tawar. Mukanya dikerutkan oleh kerana cahaya matahari yang terik memancar ke arah mukanya.
"Takdelah." Jawabnya sepatah. Irhal tersenyum. Fina melangkah menghampiri Addin dan Irhal dengan wajah yang serius. Irhal tertunduk.
"Nak bawak Addin pergi mana ?" Soalnya bernada sedikit tegas. Bukan apa, dia cuma berjaga-jaga. Lepas apa yang Irhal buat, kepercayaan pada lelaki dihadapannya makin tipis, eh tak ! Bukan tipis tapi takde langsung!
"going to send her to College. Just to College." Jawab Irhal tenang namun dalam hati terbit sedikit gusar.
"Okay. Promise me that you will send her back in condition how you took her before ? Can you ?" Soal Afina dengan nada sedikit tegas. Tegas? Yes dengan Irhal Asdan dia perlu bertegas kerana kepercayaannya terhadap lelaki ini langsung tiada dalam hatinya. Langsung!
Addin hanya terdiam tiada apa hendak menyampuk. Mungkin Fina mahu dia selamat. Baginya Fina tidak terlalu melampau kali ni.
"Okaylah beb, aku gerak dulu. Kau pergi kolej dengan Arfan kan? " Soal Addin. Fina mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan Addin.
"Okay. Bye" Ujar Addin sambil melangkah menuruti Irhal yang sudah berada berhampiran dengan kereta miliknya. Sempat dia mengerling ke arah sebuah kereta Ford putih milik Addin.
"It is your car? " Soal Irhal sebaik sahaja Addin memasuki kereta. Addin berpaling melihat apa yang dimaksudkan Irhal.
"Haa ye kereta saya." Jawabnya perlahan. Irhal tersenyum melihat kereta milik Zihaa masih digunakan Addin.
"Haha tak payah nak buat-buat tanya lah. Tu kereta Kak Azi lah." Ujar Addin lagi. Irhal tersengih malu.
"Saje tanya. So? Nak ke mana? " katanya sambil menarik tali pinggang keledar membaluti dirinya. Klik!
"Up to you" Ucap Addin pendek. Ikutlah.
Arfan POV..
Nombor Fina didail. Kakinya tak henti-henti melangkah dari hulu ke hilir. Boleh haus lantai tu kalau dia terus-terus berjalan begitu. Mukanya diraup beberapa kali.
"Hello awak," Jawabnya apabila panggilan yang dibuat disambut oleh Fina.
"Addin dah keluar?" soalnya lagi. Suasana suram seketika selang beberapa saat dia menghela nafas lega. Bukan dia mahu menyekat Afif berjumpa Addin tapi dengan keadaan gadis itu yang masih marahkan Afif dia tidak rasa mereka berdua patut bersua muka.
"Takpelah, awak siap-siap lah dulu. 30 minit dari sekarang saya akan jemput awak. Bye" Panggilan dimatikan lalu tuala yang tersangkut di tempat jemuran dicapai dan dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
To be continued....
Hai guys! Sorry Author lmbt update KYTG.. Kesalahan teknikal agaknya.. Hahahha sorry sesangat readers semua..
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...