De Apple Cafe..
Afif POV...
Nombor Addin di dail sekali lagi. Sudah pukul 2:35 mana dia ni? "Hello, awak kat mana?" Soal Afif sebaik saja panggilan disambut oleh Addin. Wah soalan macam lagu Taufik Batisah kan? Awak kat mana awak awak kat mana. Hahaha okay (Author merapu - -💧)
"Saya dah sampai, sabarlah baru nak matikan enjin kereta ni. Yang awak kalut sangat ni kenapa? " Soal Addin. Takdelah tak pernah pernah dia kalut macam ni. Macamlah aku ni dalam tahanan sekarang nak tanya setiap masa. Serabailah.
"Yelah saya cuma tanya je. Cepat sikit tau. Saya tunggu."
"Tunggu buat apa? Awek awak ada kan? Buat apa tunggu saya? Buang masa awak je" Bidas Addin membuatkan Afif terdiam. Terasa hati? Tadi kata tak ambil hati pun. Ni lah perempuan luar cakap lain dalam rasa lain. Apadaaa...
"Saya taknak cakap pasal Irzaa. Saya ada hal yang lagi penting. See you soon." Panggilan dimatikan. Keluhan berat dilepaskan. Jealous? Yes Addin tengah jealous.
Nabil & Irhal POV...
Irhal ketawa kuat membuatkan Nabil mencebik. Hak elah bahagia lah tu sebab Afif join race malam ni. "Janganlah seronok sangat giler, aku takut seronok kau sekarang jadi air mata untuk kau malam ni je Ir"
Ketawa Irhal mati. "Apa? Air mata malam ni? Haha kau buat lawak ke Nabil? Weh Bil meh aku nak bagitahu kau satu benda"
"Apa dia?" Soal Nabil ingin tahu. Irhal tersenyum sinis.
"Afif akan kalah malam ni. Percayalah kata aku ni Nabil" Kata Irhal yakin. Dia tahu dengan rancangan yang sudah siap diatur Afif Hairul akan kecundang dan Nur Addin Hainis akan jadi miliknya dalam masa yang sama, dia akan pastikan yang Afif rasa apa yang dia rasa dulu. Adilkan? Macam kopi 3 in 1.
"Hahaha yakin sangat kau ni Irhal. " Balas Nabil masih ragu dengan kata-kata Irhal. Irhal ketawa lagi.
"Kau tengoklah sendiri Nabil, aku tak nak cakap lebih-lebih nanti kau kata aku ni macam yakin sangat pulak kan? " Kata Irhal selamba.
"Aisya Amalin... " Segaris nama meniti di bibirnya. Entah kenapa tiba-tiba nama itu muncul dalam benaknya kini.
"Siapa pulak kau ni? " Soal Nabil. Kening Irhal terjongket ke atas.
"Hm? Tak, tadi aku pergi satu tempat ni. Terlanggar sorang awek ni muka dia sebijik macam Zihaa, Bil. " Luah Irhal. Nabil mendekatkan dirinya dengan meja makan ingin mendengar kata-kata Irhal.
"Lepastu? Zihaa ke? Takkan lah dia kan dah takde" Nafi Nabil.
"Entah. Dia pakai spek mata. Comel je. Bila aku tanya nama dia, dia gagap. Sama macam mula-mula aku kenal Zihaa dulu. Kalut. Hahaha" Air mata mula bertakung di bibir matanya. Rindu.
Nabil diam. Pertama kali dia nampak Irhal menangis kerana seorang perempuan. Hebat kau Zihaa, Irhal Asdan yang dulunya aku kenal sebagai Si Hati Batu kini menangis kerana kau.
"Andai lah itu betul Zihaa Amalin. Satu je aku nak buat, aku nak mintak maaf sebab paksa dia pada malam tu. Aku tahu aku terlalu ikut emosi waktu tu. Aku akan berjanji dengan dia yang aku takkan buat dia macam tu lagi." Luah Irhal perlahan. Nabil terdiam mati kata.
Jaga dirimu sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
DihatimuJadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...