Dua jam perjalanan..
Addin & Fina POV.
Addin menggosok-gosok belakang lehernya berkali-kali mungkin boleh hilangkan rasa ngantuknya. Dia berpaling ke kiri tadi Si Fina ni duk bebel sekarang senyap. Patutlah senyap.. lenanya dia tidur. Aku jugak yang penat drive dari KL sampai sekarang ni. Rambut di dahinya diselitkan dibelakang telinga, Rayban dibetulkan.
"Wey, bangun" Kejut Addin sambil memandu. Fina mula menggeliat kecil matanya yang terselindung disebalik kaca mata hitamnya dicelik perlahan.
"Kat mana ni? " Soalnya setelah kedudukannya dibetulkan.
"Ipoh kut." Jawab Addin ringkas. " Fina, kau drive jap lagi ek, aku penatlah badan aku dah lenguh." Pinta Addin sedikit merayu.
Fina mengangguk kemudian dia menghidupkan handphonenya. Mak aih.. 34 chats 17 missed call. Abaikan.. Nama Irma didail.
"Hello, ada apa call aku tadi? Aku tidur." Jawabnya setelah panggilannya disambut.
"Aku balik dengan kawan aku Addin. Lagi beberapa jam aku sampai kut. Kenapa?" Addin hanya diam tumpu pada pemanduannya. jarum meter sengaja disampaikan hingga 140km/j.
"Apa?!!" pekik Fina membuatkan Addin menekan brek mengejut.
Eh dia ni kalau aku hempuk dengan kasut ni koma 30 hari. Bebelnya dalam hati.
"Kenapa ta bagitahu aku hari tu? " Fina bertanya tidak puas hati. Kenapa kau tak cakap Irma hoi. Ni aku malas ni kalau ada Afif.
"Hmm nantilah kita jumpa kat rumah nenek. Aku nak drive. Bye." panggilan dimatikan handphone diletakkan dalam beg.
"Hoi! Nak aku drive tak?" Sergah Fina membuatkan Addin terkejut.
"Oi aku drivelah ni!" Latah Addin lantas lengan Fina dicubit. Fina mengadu kesakitan. "Nak.. Kejap aku berhenti tepi."
Fina hanya mengangguk. Rambutnya diikat kemas.
Afif POV.
Afif menoleh ke kanan melihat Arfan yang sedang nemandu lalu dia merebahkan kerusinya. Selesa! Dia pejamkan matanya perlahan.
Ting..
Iphone7nya berdeting. Afif mencebik. Aku baru nak tutup mata hish memang lah. Dia mencapai phonenya lalu whatsApp dibuka. 'Unknown'
Unknown : sampai mana dah?
Afif : Lagi sejam aku sampai. Ada apa?
Nombor itu disave 'Irma kampung' done!
Irma kampung : tak. Nak bagitahu kau yang Fina pun balik jugak harini. Dia balik dengan kawan dia. Kau balik dengan sape?
Afif membuntangkan matanya. What?! Fina pun balik? Ni aku nak marah ni apasal dia tak bagitahu aku hari tu. Benci lah aku kalau hari-hari nak kena hadap muka minah yang suka cari pasal tu. Urghh!!
Afif : dia balik dengan spe?
Irma kampung : kawan dia. Tak salah aku Addin nama dia.
Afif : oh dah pandai bawak pakwe rupanya. Oklah nanti aku sampai. Tak lama dah. Masaklah sedap sikit. Aku dah lama tak balik kan.
Irma kampung : ok
Alasan sengaja diberi agar dia dapat memejamkan matanya. Dia menutup handphonenya lalu mata ditutup rapat. Nak tidur!
Irhal POV..
Gambar Afif dilekatkan didinding biliknya kemudian diconteng dengan pen merah hingga rupa lelaki itu tidak kelihatan. Tanganya terketar-ketar menahan geram matanya kemerahan. Sesekali dia menjerit nama Afif sesekali dia ketawa sendiri.
Gambar Zihaa Amalin ditatap sayu. "Malin, Iyal rasa tak lama lagi Iyal akan jumpa Afif and dendam kita terbalas. Dah lama Iyal cari dia sayang. Sayang sabar ok. Dendam sayang akan Iyal balas." Ngomongnya sendiri airmatanya jatuh tanpa sedar. Sungguh dia menyesal kerana mempertaruhkan orang yang dia sayang dalam race dulu. Dia tidak menyangka dia akan kehilangan wanita itu. Dan kini, wanita itu telah pergi buat selama-lamanya. Hutang wajib dibayar Afif Hairul. Sungguh dia menyesal!
Dia duduk di meja.. Lampu meja dibuka lama dia berdiam. Sesekali dia mengetuk meja sesekali dia menangis melihat gambar Zihaa Amalin.
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kau dan laguku
Kau irama terindah tak lagi ku dengari.. Kau pergi... Pergi...Telefonnya dicapai lalu nama 'Nabil' didail. Tak angkat. Di dail lagi sekali. Tak angkat juga. Dia mencebik lalu telefonnya dibaling ke dinding. Berkecai! Kunci kereta digenggam kuat lalu melangkah keluar dari biliknya. Serabut!
Afif POV..
Matanya dicelik luas jantungnya bagaikan terhenti seketika. Nafasnya turun naik. Mimpi apa tu?
Arfan yang terkejut lantas berhenti di bahu jalan. "Ok tak?" Soalnya risau.
Afif berdiam. Lama. Peluhnya disapu kemudian dia mengangguk. "Takpe, kau drive aje. Aku ok"
Arfan hanya mengangguk. "Kau penat kut."Afif termenung teringat kembali mimpinya tadi. Kenapa ada darah? Aku macam kenal aje muka orang tu tadi. Desis hatinya. Otaknya masih memproses rupa lelaki dalam mimpinya tadi. Namun gagal. Tapi kenapa ada darah? Kenapa ada perempuan menangis? Siapa pula perempuan tu? Terlalu banyak tanda tanya dalam benaknya kini. Dia mengeluh berat. Matanya dipejam rapat lalu dicelik kembali mukanya diraup berkali-kali.
Arfan berasa pelik sekaligus risau. Apa yang Afif mimpikan tadi? Tak apa nanti aku tanya.
"Kat mana dah sekarang? " Soal Afif setelah lama mereka berdiam.
"Lagi 10 minit sampai. " Jawab Arfan tenang. Afif hanya mengangguk.
Addin POV.
Dia memandang ke luar tingkap tiada lagi bagunan yang tinggi mencecah langit kelihatan. Kini dia semakin hampir dengan padang sawah yang luas terbentang. Semakin lama semakin banyak dia melihat sawah padi yang terbentang luas. Hatinya berasa tenang. Dia tersenyum tawar.
Fina menyanyi perlahan. Mungkin happy sebab dapat balik jumpa nenek dia.
"Lama lagi ke?" tanya Addin sambil membetulkan rambutnya. Serabai sikit.
"Dalam 30 minit sampai. Sabarlah! Kau ni." Marah Fina. Ganggu mood aku nak nyanyi betul lah.
Addin hanya mengangguk tanda faham. "Cantik tak kampung kau?" Soalnya lagi nembuatkan Fina mencebik geram.
"Secretlah! Lagi satu cousin aku dari KL balik jugak tau. Dia balik dengan kawan dia. Tak silap aku nama kawan dia Arfan. Macam familiar aje kan nama tu." Jawab Fina panjang.
Arfan? Macam pernah dengar aje nama tu. Jangan-jangan Arfan yang langgar aku haritu tak? Alamak!
Tbc....
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...