Aku tersungkur merunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Ohh sakitnya
hati ini...Jika kau tak mampu
memberiku senyum
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Ohh biarlah hidupku
Dengan caraku..Air mata Addin gugur, kakinya terasa lemah. Hidupnya bagaikan musnah dalam sekelip mata. "Kak Azii" Nama itu disebut berkali-kali. Irna disisi dipeluk erat. Sungguh dia tidak kuat. "Mama, Ainis nak balik, Ainis nak tengok Kak Azii" Pohon Addin sambil memeluk Irna kemas. Hanya kakak angkatnya yang dia ada sekarang.
Telefon di dalam beg dicapai lalu nama 'mama' didail.
"Hello ma, ma, betul ke Kak Azii dah accident ? Mama, Ainis nak balik. ." Bicara Addin dalam sendunya. Sungguh dia tidak menyangka kakak kembarnya ditimpa kemalangan. Ya Allah baru malam tadi dia chat aku...
"Okay, apa-apa bagitahu Ainis." Panggilan dimatikan. Airmatanya diseka oleh Irna. Dia tahu adik angkatnya tak kuat sekarang ni.
"Boleh balik tak? " Tanya Irna perlahan. Hatinya sebak melihat Addin Hainis yang dikenalinya adalah seorang yang kuat tapi hari ini jatuh dengan air mata. Mana gelak tawa kau Ainis. Addin menggeleng air matanya bertambah laju.
"Sekarang ni Ainis exam kan? Mestilah mama Ainis tak bagi Ainis balik. Ainis sabar ok, In Sha Allah Zihaa akan ok. Don't worry. Mama dengan papa Ainis ada kan dekat London. Jangan risau ok" Pujuk Irna menenangkan Addin.
Addin diam. "Macam mana kalau mama call cakap Kak Azii dah takde?" Kata Addin perlahan. Irna memeluk Addin kemas. Allah, tolong kuatkan aku, hanya dia kakak yang aku ada.
"Shuuu takmau cakap camni. " Irna memujuk lagi. Addin tiba-tiba diam. Tak bergerak. Aduh, pengsan la pulak adik aku ni. Ni mesti sebab terlalu stress ni.
London...
Hospital...Puan Azila berulang-alik dari kanan ke kiri menunggu doktor keluar dari pintu kecemasan. Hatinya resah tiada apa dia dia rasa kali ni selain takut. Yes, takut, Ya Allah aku takut kehilangan anak aku.
Suaminya yang sedang duduk dikerusi dilihat sayu lalu dia memeluk kuat meminta kekuatan. Encik Hazril mengeluh sambil mengusap bahu isterinya.
Pintu bilik kecemasan dibuka lalu keluar seorang lelaki mat saleh menghampiri Puan Azila dan Encik Hazrul. "Your daughter save but she still critical, be patient. "
"Alhamdulillah" Syukur Puan Azilaa. Nafas legs dihembus. Hatinya legal anaknya selamat.
Wad....
Wajah Zihaa diusap lembut. "Sayang, dah dua hari sayang tak sedarkan diri. Buka mata tu sayang. Mama dengan papa rindukan Azii sangat. " Airmatanya gugur ke pipi lalu diseka pantas.
"Mama rindukan Azii sangat. Azii tak rindukan Ainis ke kat Malaysia? Dia mesti rinduka Azii, bangunlah nak" Katanya dalam sendu. Rambut anaknya diusap lembut. Wajah anaknya ditatap sayu.
"Ma, " Kata Zihaa mula sedar. Air mata Puan Azila mengalir deras. Syukur Ya Allah.
"Yes sayang. " Jawabnya lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Zihaa. Encik Hazrul menghampiri mereka sambil bersyukur kepada Allah.
"Tolong rahsiakan tentang Azii, bagitahu semua dekat Malaysia yang Azii dah mati. " Kata Zihaa perlahan. Puan Azilaa terkejut dengan permintaan anaknya. Kenapa?
"Kenapa? " Soalnya pelik.
"Please ma.. Azii mohon sangat-sangat. " Rayu Zihaa. Puan Azila melihat wajah suaminya.
"Ainis? " Soalnya lagi. Zihaa menganggukkan kepalanya lagi. Sungguh dia mahu mama dan papanya merahsiakan tentangnya kali ni.. Mungkin ini saja cara dia dapat lupakan Irhal dan dia juga akan balik Malaysia bila dia sudah bersedia. Ainis maafkan akak. Akak terpaksa. Oneday akak akan balik pada Ainis. Akak janji.
Puan Azilaa menyeka airmatanya. Telefonnya yang berdering dicapai. "Ainis". Wajah Zihaa dilihat. Zihaa membuatkan muka merayu agar mamanya memberitahu adiknya tentang kematiannya. Panggilan diangkat.
"Hello sayang." Jawabnya dalam sendu. Addin risau, takut, kenapa suara mama seperti menangis. Semua ok ke?
"Macam mana Kak Azii ma?" Soal Addin.
Mamanya terdiam. Tak sampai hati mahu memberitahu anaknya. Tapi maafkan mama sayang. Mama terpaksa.
"Kak Azii dah tiada sayang. Sayang sabar ok." Jawabnya perlahan. Addin terkelu. Akak!!!
"Ma, Ainis nak pergi london.. Please.. Ainis nak tengok akak kali terakhir. " kata Addin menangis. Irna disisi didakap erat meminta kekuatan. Sungguh dia tidak kuat sendirian di Malaysia.
"Sayang, nanti mama call ok." Puan Azila tak sampai hati membohong Addin lagi lalu dia memutuskan untuk mematikan panggilan. Maafkan mama Ainis. Maafkan papa Ainis. Maafkan Kak Azii Ainis.
Malaysia...
Johor...Addin POV...
Addin termenung sendiri. Irna mengeluh melihat adiknya sudah seminggu begini. Makan tidak, minum tidak. Senyum tidak Bercakap? Lagi la tidak mahu. Ainis, Kak Ir rindukan gelak tawa Ainis. Mana kau dik..
Addin mengesat air matanya yang seakan tidak mahu berhenti. Sakit bila kembar sendiri sudah tiada. Kak Azii , maafkan Ainis sebab tak dapat tengok akak buat kali terakhir. Ainis harap oneday kita jumpa. Kalau Ainis jumpa akak, Ainis nak peluk akak kemas-kemas. Miss you sis. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama 'kak Azii senget' dibuka.
*last seen 6/8/2015
Satu persatu perbualan mereka dibaca. Air matanya mengalir setiap kali dia membaca senda guraunya bersama Zihaa.
Kak Azii Senget : hoi , kau tau tak, aku dapat study dekat London. Minggu depan aku nak pergi London dah. Kau jaga mama dengan papa kat sini tau. Kau study elok-elok kat JB tu. Kau kan nak jadi Photographer. Aku nak jadi Doktor.
Ainis Omel : Minggu depan? Alaa aku tak dapatlah nak hantar kau airport. Aku dah start exam. Alaaa going to miss you sis! Kau pun jaga diri kat sana. Aku nak kau balik nanti kau dah digelar doktor Zihaa. Cewah..
Kak Azii Senget : and kau pun, kau kalau free ajaklah mama datang sini jenguk aku. Okay.. Aloloo mesti jarang dah kita lepak2 nantikan ? Ahaaaa rindu...
Ainis Omel : eh ngok, kau dekat Malaysia sekarang ni, belum pergi London lagi lah! Jangan nak over lebih. Oklah aku nak siapkan assignment aku ni. Chau... Ily kak senget !
Kak Azii Senget : okay. Aku pun nak tidur dah. Bye night.... Ilyt twin paling aku sayang..
Airmatanya mengalir lagi pantas diseka setelah melihat kakak angkatnya sedang berjalan menuju ke arahnya.
"Dik, dah2 la tu nangis. Akak rindulah kau punya senyum. Mana kau punya perangai nakal tu? Mana Ainis yang suka kacau akak buat kerja? Mana? Akak rindu Ainis tu. Bukan yang ini" Kata Irna panjang lebar mengharapkan Ainis akan okay macam dulu.
Addin terdiam. "Buat masa ni, Ainis suka macam ni. Sorry Kak Ir. Bagi Ainis masa." Katanya pelahan. Irna mengeluh.
"Okay ,sabar okay" Tubuh Addin didakap erat.
Tbc.....
.
.
.
.
.Chpter ni author just throwback apa yang jadi dekat Zihaa.. Kesian Addin kan masa ni.. Bertahun masa dia ambik utk jadi ok, alih-alih bila dah jumpa Azizul, kena main perasaan pulak.. Kini, no more Ainis.. Kita ada Addin.. Okay.. Wait for next chpter ok... Enjoy guys.. Voteknlah sekli😣
-aizlorio--
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...