Butik Irna..
Irna kehulu kehilir memikirkan sesuatu. Sesekali dia mengetuk pen di permukaan meja kaunter butiknya beberapa kali tanda memikirkan sesuatu. 'Mana awak Ainis, lama akak cari kamu' bicaranya dalam hati. Raisya di sofa butiknya dilihat lama. Kesian Raisya, lama dia mencari sahabatnya itu. Mungkin silap dia kerana merampas Azizul dari Ainis dan mungkin salah Ainis juga kerana hanya berdiam diri. Haih.. Keluhnya.
Raisya sedari tadi hanya melayan facebooknya seperti cuba mencari seseorang. Nama ADDIN ditaip lalu butang cari ditekan. Lama dia menunggu. Keluar beberapa nama Addin di skrin telefonnya. NUR ADDIN HAINIS ditekan laju.
"Kak, Isya dah jumpa akaun facebook Ainis kak." Kata Raisya membuatkan Irna segera melangkah ke arahnya.
"Mana?" Soal Irna ingin tahu sambil melabuhkan punggungnya disebelah Raisya.
"Kolej Kuala Langat" Segaris nama kolej meniti dibibir Irna. Keningnya berkerut seperti memikirkan sesuatu.
"Kolej ni tak jauhpun dari sini. Dan akak ada kawan disana. Nanti akak tanya kawan akak" Balas Irna lagi sambil menggosok bahu Raisya perlahan. Raisya tersenyum.
Cafe..
Azizul POV
Azizul menyedut airnya sambil melihat Nabil yang leka menyedut asap vape sedari tadi. Sesekali dia mencebik seperti ingin menanyakan sesuatu namun takut.
"Kau nak apa Zul?". Nabil yang sedari tadi perasan bahawa Azizul memerhatikannya terus bertanya. Azizul pantas mendongak.
"Tak de lah, aku cuma pelik" Balas Azizul.
"Pelik? Apa yang pelik?" Soal Nabil sambil menghembus asap vape ke langit.
"Pasal orang nama Afif." Azizul memberanikan diri untuk bertanya. Dia harus tahu. Nabil tersenyum lalu meletakkan vape diatas meja. Mata Azizul ditatap lalu tersenyum senget.
" Afif? Kau kenal ke?" Kata Nabil.
"Aku pernah dengar nama dia kat Johor. Famous sangat ke ?" Jawab Azizul jujur. Memang betul dia ada terdengar nama Afif sering disebut oleh kawan kolejnya. Nabil sekali lagi tersenyum.
"Well, dia musuh aku." Jawab Nabil ringkas. Azizul menjongketkan keningnya. Macam menarik je.
"Aku benci dia. Yes benci ! Aku sanggup buat apa saja asalkan dendam aku terbalas" Kata Nabil geram. Azizul hanya mengangguk.
"Kenapa kau taksuka dia?" Soalnya ingin tahu.
"Dulu, aku kalah race dengan dia. And disitu aku benci dia. Apa dia buat semua berjaya. Apa aku buat tak menjadi ! Dia raja race ! Kau tahu tak dia ambik gelaran aku! " Gertak Nabil sambil mengetuk meja dengan kuat. Azizul menelan liur. Dahsyat..
"Ohh. So, siapa pula Addin?" Tanya Azizul buat-buat tak tahu tentang Addin.
"Nur Addin Hainis ? Dia awek Afif and perempuan tu buat Afif happy kau tahu tak aku taknak tengok Afif senyum? Senyum dia buat aku sakit Azizul !" Jawab Nabil keras. Azizul diam.
"Dan, Irhal?"
"Irhal.. Dia kawan aku. Dia dendam dengan Afif sebab Afiflah yang buat dia kehilangan orang yang paling bermakna bagi dia. Zihaa Amalin." Jawab Nabil lagi.
Zihaa Amalin?! Azizul terdiam. Zihaa.. Kenapa aku rasa macam pernah dengar nama ni? Aku kena siasat, demi Ainis dan Afif.
"Okay lah, aku pergi dulu. Semak otak pikir pasal Afif tu." Pamit Nabil meninggalkan Azizul sendiri di meja. Azizul hanya diam.
YOU ARE READING
Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]
Short StoryAfif Hairul seorang yang hot temper. tahu nak marah. player. ego tinggi. Ramai musuh. Popular. Akhirnya tunduk dengan cara Addin Hainis mengawal emosinya. Sejak itu, Afif Hairul seorang yang penyabar, setia, popular? Tetap popular. ego? Sudah dita...