"Heo Wujin... Heo Wujin... Hah! Ini dia," pengetua tersenyum memandang Wujin lalu menutup semula file tersebut dan meletakkan tangannya ke atas meja.
"Ini peta sekolah untuk kamu. Dan, cikgu dah tulis kelas kamu kat atas peta ni tau, sekali dengan bilik asrama kamu," kata pengetua lalu menghulurkan sehelai peta kepada Wujin.
Wujin tersenyum melihat peta itu lalu menunduk hormat ke arah pengetua sebelum dia menuju ke kelas barunya. "Gamsahabnida. "
Pengetua tersenyum nipis sambil mengangguk perlahan. Wujin pun memulas tombol pintu bilik pengetua itu lalu menuju ke arah Blok C dimana kelasnya terletak.
~|||~
"Baiklah, sila perkenalkan diri kamu, Wujin," Wujin memandang ke arah pelajar pelajar kelas barunya itu. Dengan perlahan lahan, dia tersenyum nipis memandang mereka.
"Naega Wujin. Heo Wujin. Tempat asal saya di LA tapi sebab kerja kedua-dua orang tua saya, kami terpaksa pindah ke sini."
"Baiklah, itu sahaja kan? Kamu boleh duduk di mana mana tempat yang kosong," arah Yuji saem.
Wujin pun mula menuju ke arah tempat kosong yang terletak di tengah tengah kelas itu. Dia pun mengheret kerusi ke belakang dan melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut.
Wujin mengetap bibirnya. Lelaki yang duduk di belakang sekali tu, dia macam kenal sahaja.
Tapi tak mungkin lah, lelaki yang dia kenal itu sekarang ditahan di hospital sakit jiwa. Kalau itu lelaki tersebut, apa dia buat disini?
Bukan kah itu bahaya?
Wujin mengeluh seketika. Dunia ni ada 7 kembar jadi tak hairan lah.
Kan?
~|||~
"Wujin!"
Wujin mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah belakang dimana datangnya suara itu. "Nae?"
Perempuan itu tersenyum memandang Wujin. "Hai! Nama saya Jennie. Panggil je Jen."
"Oh. Nice to meet yo..u?" kata Wujin teragak agak. Mungkin kerana baru dekat sekolah ini, jadi dia masih tidak dapat biasakan diri.
"Ya! Awak belum fasih bercakap Korea ke?" soal Jennie membuatkan Wujin memandangnya, pelik namun pandangan nya tajam.
Mungkin agak terasa.
"Kenapa? Saya bercakap dalam bahasa ni, teruk ke? Sebutannya tak jelas? Ada yang saya salah cakap ke? Minta maaf lah kalau begitu," kata Wujin dan hendak berdiri namun dihalang.
"Ta-tak. Mianhae kalau saya sakitkan hati awak. Saya tanya je, memandangkan awak... Awak kan sebenarnya orang LA, mesti agak sukar untuk belajar Korea dalam masa yang singkat. Kan?" kata Jennie meredahkan sedikit amarah Wujin.
"Kalau awak teragak agak nak cakap Korea, cakap je dalam bahasa Inggeris dengan saya. Saya sebenarnya asal New Zealand tapi saya orang Korea. Pindah ke New Zealand pun ada sebab," terang Jennie sambil tersenyum lebar.
Wujin mengangguk tanpa sebarang senyuman. "Oh."
"Awak rehat sendiri ke? Join saya nak?" ajak Jennie, senyuman tidak hilang dari bibirnya yang berwarna light red itu.
"Boleh juga. Thanks sebab sudi," Wujin mula mengukir senyuman di bibirnya yang jarang memberi senyuman itu.
"Dae, my pleasure."
~|tbc |~
+Vomment
+Typo jangan ditegur especially when I'm not in my mood. Abai je typo tu.
YOU ARE READING
Ⓒ the nerd is a pycho ↬ jungkook bts
Mystery / Thriller" Dia, seorang nerd yang amat DIGERUNI, bukan nerd yang selalu DIBULI. " ©levright || 2017