Selepas aku mencuci mangkuk dan sudu garpu ku gunakan tadi, aku mula mengorak(?) langkah ke tingkat atas. Setelah tiba di depan pintu bilik yang Jungkook beri padaku, tanganku memulas tombol pintu dan niatku terhenti.
Mataku memandang ke arah pintu bilik Jungkook. Perlahan ku mengeluh. "Apa agaknya dia nak eh?"
Aku mengeleng lalu menampar pipiku perlahan. "Euw," Aku merengus kasar lalu menuju ke depan pintu bilik nya dan mengetuk perlahan pintu tersebut.
"Come in," selepas mendengar arahan dari dia, aku mengeluh perlahan dan perlahan-lahan aku memulas tombol pintu itu lalu menolak pintu biliknya.
Dia tersenyum sinis ke arah ku lalu bangun dari baringnya. Aku hanya berinya pandangan tajam. "Well, tak sangkah kau datang juga kan?"
"Yelah, ni rumah kau. Bukan rumah aku. Ceh," kataku berani. Like I said, I don't care. Kalau dia nak bunuh aku, whatever.
"Wow. Semakin hari, semakin berani kau dengan aku eh!" katanya dengan nada yang semakin meninggi lalu menuju ke arahku. Jarak kami semakin dekat dan matanya memandang mataku tajam.
Aku meneguk air liurku. Perasaan takut semakin membuak-buak. Aku mengetap bibirku untuk mengelakkan bibirku dari bergetar akibat ketakutan.
Tiba-tiba, daguku diangkatnya lalu didekatkan lagi wajahnya ke arahku. Dia membuka kaca matanya lalu dicampak ke arah katil nya. Dia tersenyum sinis, tawa sinis nya keluar halus dari mulutnya. "Baru boleh nampak muka awak yang cantik ni dengan lebih jelas."
Tanpa ku sedar, gigitan di bibirku semakin kuat mengakibatkan bibirku berdarah. Aku merengus kecil. "Sh-."
"Lain kali lapar tu, bukannya gigit bibir. Tu tak membantu," kata Jungkook lalu melepaskan daguku dan melangkah ke arah bilik air.
Aku dengan pantas keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Belum sempat aku nak pulas tombol pintu, tanganku direntap kasar. "Kau nak pergi mana? Aku nak ubat kau je. Tch."
"Tak perlu!" jeritku lalu menepis tangannya kasar namun apakah daya, kudrat seorang lelaki lebih kuat dari seorang perempuan.
"Kau jangan nak berlagak sangat lah! Nanti kalau bibir kau tu bengkak, siapa juga yang susah? Aku juga," katanya sinis lalu menarik tanganku untuk ke biliknya semula.
"Kau siapa nak kesah tentang bibir aku, duh," aku memutarkan bebola mataku lalu merengus geram.
"Aku suami kau, jangan pura-pura lupa," katanya dingin. Tangannya yang menggenggam tanganku tadi dilepaskan. Matanya memandang mataku tajam.
Aku terdiam. Mataku yang memandangnya tadi ku ahlikan ke arah lain. "Tu-tu perkara lama. Ki-kita dah la-lama ce-cerai."
"Itulah aku kata, mari kita ulang semula hubungan kita. Aku janji takkan buat perkara yang sama lagi macam dulu," kata Jungkook dengan nada rayunya.
Aku menggeleng pantas lalu memandang nya dengan wajah ketat. "Jangan harap Jungkook, jangan harap!"
"Then I will make you agreed to marry me once again."
~|tbc |~
Once again? *blackmoon* Teringatkan aku lagu NCT 127 pula LMAO . Again and again again again again~
+Vomment
+Sorry late update
+Abaikan typo
YOU ARE READING
Ⓒ the nerd is a pycho ↬ jungkook bts
Mystery / Thriller" Dia, seorang nerd yang amat DIGERUNI, bukan nerd yang selalu DIBULI. " ©levright || 2017