- 30

3.4K 199 34
                                    

"Kau..." jari tua itu menunjuk tepat ke arah Wujin sambil memandangnya penuh kemarahan. Bibirnya berketar akibat tidak dapat menahan kemarahannya.

"Kau bukan anak aku!" jeritnya. Hampir saja tangan tua itu menampar pipi milik Wujin, suaminya menahannya daripada berbuat sedemikian.

"Yeobeo, dahlah tu," pujuk Encik Heo. Diusap lembut belakang isterinya. Puan Heo seperti tidak percaya apa yang didengarinya. Dipandang Wujin yang sedang mengalirkan air mata itu.

"Dia dah kahwin dengan budak Jungkook tu, so takpe lah tu. Kita ada bukti supaya nama keluarga kita tak dibusuk kan," kata Encik Heo lembut untuk memujuk isterinya yang hilang arah itu.

Puan Heo menggeleng perlahan lalu menarik nafasnya dalam-dalam. "Betul ke?"

Encik Heo mengangguk. "Ya, saya dah tahu dari Wujin semalam." Puan Heo memandang tajam anaknya itu. Nafasnya dihela perlahan. "Syukurlah kalau macam tu."

"Tapi, tak ke malu kita dapat menantu gila macam Jungkook tu?" sambung Puan Heo sambil menggoyang-goyangkan bahu suaminya.

Encik Heo mengeluh. "Kita carikan dia suami baru." Terkejut Puan Heo dengan cadangan suaminya itu. Dada dipegang seketika. Matanya memandang ke arah anaknya yang memandang mereka itu. Akhirnya, Puan Heo pun mengangguk. "Baiklah. Itu lagi bagus."

"Ok so, siapa lelaki tu?" soal Puan Heo perlahan. Matanya memandang si suami yang masih mendiamkan diri itu. Encik Heo mengusap dagunya sambil berfikir. Matanya dibesarkan selepas terfikirkan jawapan.

Sengihan ditayang. "Anak kawan saya, saya pasti dia boleh tolong kita."

~|the end |~

Finally, ff "The Nerd Is A Psycho" dah sampai ke penghujungnya :) And, korang rasa memang dah habis sepenuhnya ke?

Nope.

Not yet ;)

Ada sambungannya dibuku seterusnya iaitu My Cold Husband(Book 2).

So, Rene hope korang support ff seterusnya sama macam korang support ff ni! ;)

Lop lop, Rene💖

Ⓒ the nerd is a pycho ↬ jungkook btsWhere stories live. Discover now