- 15

2K 216 8
                                    

"Sorry lambat tau, jalan sesak tadi," kata Kyun lalu duduk di tepi Wujin yang tersenyum manis ke arahnya itu. Wujin menggeleng perlahan. "It's okay."

"Hmm. Awak nak aiskrim? Saya boleh belikan," Kyun memandang ke arah van aiskrim yang diparkir tidak jauh dari mereka lalu memusing ke tepi untuk memandang Wujin semula.

"Eh tak pelah. Susahkan awak je," tolak Wujin sambil menggeleng pantas dengan kedua-belah tangannya diangkat paras dada lalu digoyang-goyangnya tanda 'tidak'.

"Tak susah pun. Awak tunggu sini," Wujin yang tadinya hendak menghalang mendiamkan diri. Kalau itu yang Kyun nak, suka hati dialah.

Selepas beberapa minit, Kyun pun kembali semula bersama dua con aiskirm ditangannya sambil tersenyum. "Nah awak punya."

"Gamsahabnida," ucap Wujin lalu menunduk sikit tanda berterima kasih. "Cheonmayo," jawab Kyun lalu memandang sekeliling. "Erm... Boleh saya tanya sikit tak?"

"Just ask," jawab Wujin lalu menjilat aiskrim berperisa coklatnya. Kyun menarik nafasnya dalam-dalam lalu memandang mata Wujin yang sedang memandang aiskrim coklatnya. "Kawan awak tu kan, erm... Siapa nama dia? Je-jen?"

"Ya. Jennie Kim. Waeyo?" akhirnya mata mereka bertembung dan dengan pantas Wujin mengalihkan semula matanya. Dia memang tidak suka pandang mata orang lama-lama especially time orang tu tengah pandang dia juga.

"Dia... Erm... Sing- Ehem. Sorry, janggal pula saya nak tanya soalan ni," Kyun menggaru belakang tengkuknya lalu ketawa janggal. Wujin menggeleng dan turut ketawa kecil. "Tanya jelah. Nak tanya dia single pun boleh, haha."

"Ya, sebenarnya. Tulah saya nak tanya," kata Kyun lalu tersenyum memandang Wujin. Nasib baik Wujin dapat teka apa dia nak tanya.

"Yang dia single ke tak tu eh? Hmm... Dia memang single. Kenapa? Nak tackle?" soal Wujin, memberikan Kyun senyuman sinis.

"Ani... Just tanya," Kyun memandang ke arah lain lalu menjilat aiskrim mint nya. Lama-kelamaan, dia tersenyum.

Wujin disebelah yang sempat menjelingnya mengerutkan dahi. Pelik dia, apasal pula Kyun tiba-tiba senyum sendiri?

Sewel kot.

~|||~

"Jen!" Jennie hanya menjawab dengan renungan kosong lalu sambung berjalan menuju ke arah kantin. Dia lupa hendak bawa air mineral dari rumah.

"Jen, kau ni kenapa? Nampak macam sakit je?" Wujin mengerutkan dahinya lalu menggenggam lembut pergelangan tangan Jennie. Jennie menepis geram. Matanya memandang mata Wujin dengan penuh kebencian. "Kau pergi lah dengan orang lain. Jangan asyik berkepit dengan aku!"

Jennie pantas berlari ke kantin meninggalkan Wujin yang berdiri kaku di situ. Terkejut dia dengan kelakuan pelik Jennie itu. Dia ada buat salah ke?

"Tentang Kyun ke? Oh Jennie, please move on."

"Girl nowadays. Jealous... Jealous... Jealous... And then, putus persahabatan. Selidik dulu lah, bodoh. Because of that new stupid boy, my Wujinnie kehilangan kawan dia yang bodoh tu."

~|tbc |~

+Vomment lah. Dah tiada orang komen dah, takpelah. Aku tau korang tiada idea untuk komen kan? "(
+Abaikan typo, please.
+Sorry ff ni makin merapu dan membosankan. Kalau bosan, takpa. Komen je bawah, aku boleh je delete ff ni ;")

Ⓒ the nerd is a pycho ↬ jungkook btsWhere stories live. Discover now