"Annyeonghaseyo, Wujin."
Wujin mendongak untuk melihat orang yang menyapahnya itu. Dari suara, macam lelaki.
"Erm, annyeong? Nuguseyo?" soal Wujin dengan dahi berkerut. Tangan lelaki yang dihulurkan itu tidak disambut.
Lelaki itu tersenyum lebar lalu memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. "Daniel ibnida. Takkan awak tak kenal saya kot? Saya kelas ni kot."
Wujin mengangguk perlahan, senyuman masih tidak diberi. "Apa awak nak?"
"Saja nak jumpa awak. You're cute tho," kata Daniel lalu tersenyum sinis. Dalam fikirannya, mahu sahaja dia menerkam Wujin sekarang juga.
"Terima kasih tapi kalau dah tiada apa apa, boleh awak pergi?" Wujin mengangkat tangannya lalu menunjuk ke arah pintu kelas sambil memandang Daniel dingin.
Daniel ketawa sinis. "Awak ni sombong lah. Kenapa? Awak takut dengan saya ke? Awak ingat saya ni apa? Lelaki murah?" Wujin meneguk air liurnya tatkala Daniel menarik kerusi tepi Wujin lalu meletakkan kedua belah kakinya ke atas meja dan meletak tangannya ke atas perut.
Dia menoleh ke tepi untuk memandang Wujin dengan pandangan sinis. "Dah lah duduk macam bos kurang ajar, boleh pula kau bagi aku pandangan bodoh kau tu." kata Wujin perlahan namun dapat ditangkap oleh Daniel.
"Haih. Wujin... Wujin... Macam ni lah." Daniel meletakkan kakinya ke atas lantai lalu meletakkan tangannya ke atas lutut sambil memandang Wujin.
Dia tersenyum.
"Be my girlfriend."
Pipi Daniel ditampar. Wujin mencapai buku bukunya yang terletak di atas mejanya dan pantas berlalu.
Daniel merengus geram. "Bodoh betul lah perempuan tu. Baru aku nak test dia."
"Berani betul kau sentuh dia kan, Kang Daniel?"
~|tbc |~
+Vomment
+Typo jangan ditegur especially when I'm not in my mood. Abai je typo tu.
+Sorry sebab ff ni makin bosan.
YOU ARE READING
Ⓒ the nerd is a pycho ↬ jungkook bts
Mystery / Thriller" Dia, seorang nerd yang amat DIGERUNI, bukan nerd yang selalu DIBULI. " ©levright || 2017