Bab 2: Hidup saya tak pernah baik

2.3K 136 1
                                    

JASMIN

Aku duduk berseorangan di kedai mamak di bawah flat yang aku duduki. Kebiasaannya aku turun ke sini 2 kali seminggu. Selebihnya aku lebih banyak menghabiskan masa di bilik sewa. Aku lebih suka begitu.

Aku yang duduk di meja di penjuru memandang pengunjung kedai mamak yang semakin ramai. Aku melihat jam dinding di kedai mamak itu. pukul 1.15 petang. Aku mengeluh. Waktu yang salah bagi orang seperti aku. Aku berharap mamak ini akan menyediakan bilik yang khas bagi aku kelak. Aku sanggup bayar berapa pun.

Mamak bermisai meletakkan nasi goreng dan secawan air suam di atas mejaku. Aku tidak terus makan, sebaliknya aku memandang sekumpulan pekerja pejabat berdasarkan cara pemakaian mereka sedang bergelak tawa di hadapan mejaku. bergelak tawa? Sudah lama perasaan itu tidak muncul dalam hidup aku. Berapa lama aku tidak ingat. Dan aku tidak mahu ingat.

Tumpuanku beralih ke arah nasi gorengku. Walaupun aku tahu itu nasi goreng, tapi lidahku hanya terasa seperti nasi putih biasa. Lidah aku yang mereng atau mamak ini yang tidak pandai masak?

Namun aku makan juga mengenangkan perutku yang lapar. Keropok udang tadi tidak mengenyangkan aku langsung. Bercakap tentang keropok itu, Shila tidak tahu keropok itu sudah tamat tempoh lima hari yang lalu. Nasib baik dia tidak tahu. Kalau tidak, bebelannya sampai esok pun tidak berakhir.

Lima suapan nasi goreng ke dalam mulutku. Aku akan berhenti pada suapan yang kedua belas. Aku tahu suapan ketiga belas akan membuatkan aku tidak berselera lagi. Aku sangat kenal dengan diriku.

Baru suapan keenam, tiba-tiba seorang lelaki duduk di hadapanku tanpa rasa malu. Aku meneruskan suapanku seolah-olah tidak sedar akan kehadirannya.

Walaupun aku tidak melihat wajahnya, aku tahu siapa di hadapanku ini. Dia sama juga seperti Shila. Selalu menyibuk perihal hidup aku. Cuma bezanya dia lebih banyak bertanya daripada membebel.

4 tahun dahulu ketika aku mula-mula kenal lelaki ini aku lebih banyak mendiamkan diri apabila lelaki ini mengajak berbual. Tetapi sejak kebelakangan ini ringan pula mulut aku bercakap dengannya. Atau istilah yang lebih tepat, melawan cakapnya. Aku tidak suka keadaan itu. Aku harus mengawal diri aku.

“hai, tak sangka awak tepati janji awak nak jumpa saya hari ni” kata lelaki berkulit bersawo matang itu.

Walaupun aku tidak memandang wajahnya, aku tahu dia tersengih melihatku. Aku meluat dengan senyumannya itu. Begitu palsu sekali bagiku.

Selepas suapan ketujuh, aku berkata masih tanpa memandang wajahnya, “saya kat sini bukan nak jumpa awak”

“oh ya? Kalau macam tu kebetulan lah ni?” soalnya.

Kebetulan atau dia sudah tahu aku di sini? Hanya dua tempat yang aku akan berada. Di kedai mamak ini atau di bilikku.

Aku hanya diam. Lantas memasukkan suapan kelapan dan kesembilan. Aku mahu segera naik ke bilik.

“makan nasi goreng lagi? kenapa tak makan lauk ayam ke, ikan ke? Manalah tak kurus badan tu” kata lelaki ini tanpa menghiraukan jika aku tidak memberi respon sekalipun.

“badan saya” jawab aku. Nah, ini lah yang aku maksudkan dengan melawan cakap tadi. Biasanya aku lebih mendiamkan diri walau apa yang lelaki ini cakap.

Lelaki itu ketawa kecil, “sebab badan awak lah awak kena jaga”

Aku meletakkan sudu di atas pinggan yang masih bersisa nasi goreng. Baru suapan kesepuluh, aku sudah tidak ada selera. Terima kasih kepada encik Megat.

Aku melihat lelaki ini. Hari ini dia memakai baju t-shirt berwarna hitam. Agak ketat sedikit mungkin mahu menunjuk yang dia sado kononnya. Rambutnya kemas seperti biasa. Tak dinafikan dia kacak. Aku harap dia bukan gay. Tetapi aku sudah tidak berminat dengan semua itu. Baik lelaki atau perempuan. Semua orang di dunia ini aku tidak berminat.

“Megat, jangan ganggu saya” kata aku. Ya, nama lelaki ini adalah Megat.  Aku kira umurnya mungkin di awal 30-an. Aku tidak tahu siapa dia yang tiba-tiba muncul dalam hidupku tanpa diundang. Yang penting, aku tidak suka dia.

“so, how is your day today? good?” soal Megat dengan senyuman masih dibibirnya. Jika Shila kata aku ini degil, dia silap. Lelaki ini lebih degil daripada aku.

“tak” jawab aku sepatah.

Megat mengerutkan dahinya, “kenapa?”

“sebab awak” jawab aku sambil merenungnya. Disebabkan dia datang berjumpa dengan aku pada waktu tengahari, maka dia telah berjaya merosakkan kesuluruhan hari aku.

“okay, kalau macam tu sebelum awak jumpa saya hari ni, hari awak baik lah?” soal Megat lagi.

“hidup saya tak pernah baik”

“apa awak buat hari ni? Novel awak dah berapa peratus siap?” soal Megat seolah-olah tidak mendengar jawapanku tadi.

Aku diam. Malas aku menjawab soalannya.

“awak tak cerita pun kat saya, novel awak pasal apa kali ni”

Macamlah selama ini aku cerita novel-novel aku yang dahulu tentang apa. Aku pun satu, bodoh kerana terlepas cakap yang aku bekerja sebagai penulis novel kepada dia tempoh hari. Kejap, novel aku kali ini pasal apa?

“Jasmin?” soal Megat yang menyedarkan aku. Aku memandang ke arahnya.

“saya tak tahu” jawab aku. Ya, aku tak tahu. Novel aku pasal apa?

Megat tersenyum, “tak tahu ke, tak nak bagitahu saya? Tajuk pun tak nak bagitahu saya?”

Aku teringatkan sesuatu. Idea! Aku ke sini untuk mencari idea untuk novel baru aku. Tapi idea untuk apa? Kenapa aku perlukan idea?

“idea” kata aku perlahan tanpa sedar.

“idea?” soal Megat. Cis! Tajam sungguh telinga lelaki ini.

“saya datang sini untuk cari idea. Tapi lupa novel saya tentang apa” lancar mulut aku berkata-kata.

“awak lupa?” soal Megat. Dia megerutkan dahinya memandang aku.

“ni semua Shila punya pasal” kata aku. Kalau bukan kerana Shila berleter tadi, pasti aku tidak lupa! Pasti aku mendapat idea untuk novel aku dengan tenang.

“Shila jumpa awak ke tadi?” soal Megat. Aku pernah bercerita kepada Megat tentang Shila. Namun sama ada mereka pernah berjumpa atau tidak, aku tidak pasti.

Aku mengangguk,”sekejap je”

“dia buat apa?”

“tak buat apa” jawab aku pendek.

Megat terdiam. Dia masih merenungku. Aku tahu masih ada soalan di benak fikirannya, “Shila macam awak juga. Suka masuk campur hal saya”

Megat tidak membalas. Aku suka itu. Lantas aku berkata, “saya nak balik”

Ketika aku bangun daripada kerusi, Megat berkata, “okay, jumpa awak lagi”

Tanpa berlengah aku meninggalkan lelaki itu.







JASMINWhere stories live. Discover now