Bab 4: Resipi rahsia. Nak cuba tak?

1.6K 117 4
                                    

JASMIN

Aku terjaga. Kakiku terasa kebas yang amat. Bahuku juga terasa lenguh semacam. Aku menguap tanpa menutup mulut aku yang besar sambil cuba merengangkan badan.

Punggungku juga terasa sengal apabila mungkin terlalu lama duduk di kerusi. Berapa lama aku tidur, aku tidak pasti. Aku tidak pernah atau jarang melihat jam. Maksud aku, melihat waktu di jam. Yang aku tahu, siang dan malam.

Namun aku bukan terjaga disebabkan badanku yang sangat kebas dan kejang. Tetapi disebabkan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu.

Aku berjalan perlahan ke arah pintu. Daun pintu bilikku dibuka. Sebaik sahaja aku melihat insan yang mengetuk pintu macam nak pecah tadi, aku sendiri tidak tahu apa perasaan aku. Suka atau tidak. Perasaannya lain dari apabila aku bertemu Shila atau Megat.

Apabila aku berjumpa Maya, aku berasa selamat tetapi pada masa yang sama aku takut. Takut yang teramat sangat.

“apasal lambat sangat buka pintu?” soal Maya. Daripada riak mukanya, aku tahu dia marah. Namun aku tidak pelik, dia selalu memarahi aku setiap kali datang ke sini.

“Min tidur…” kata aku perlahan lalu bergerak masuk ke bilik. Aku duduk di atas katil.

Maya duduk di sebelahku. Aku lihat baju dia hari ini. Cantik bajunya. Aku malas sebutkan satu-satu warna baju, jenis baju yang dipakainya. Cukuplah jika aku cakap baju Maya lebih cantik daripada aku yang tiap-tiap hari memakai t-shirt. Aku tidak kisah itu semua. Langsung tak kisah.

“kau tidur? Novel kau dah siap ke sampai sempat tidur petang-petang macam ni?” soal Maya. Mulutnya yang bergincu merah ligat bergerak.
Petang? Oh jadi selepas ini akan malam.

“kau dengar tak aku tanya ni?” soal Maya lagi menyedarkan aku.

“belum siap..” kataku perlahan. Sebentar lagi aku pasti akan ditengking. Kalau Maya tahu aku lupa jalan cerita novel aku, pasti dia akan bertambah marah.

“kau tau tak deadline 2 minggu lagi? dah berapa peratus kau tulis?”

Aku diam.

Maya menyelak rambut kerintingnya yang terjuntai di dahi dan menyelitkan ke telinga. Kali terakhir aku jumpa Maya, rambutnya masih lurus. Mungkin dia ke salon.

“kau ni memang tak guna kan? Aku dah bagi kau masa, apa yang susah sangat? Kau cuma duduk dalam bilik ni je, bukan ada kerja lain pun. Sempat pula tu tidur petang-petang!” tengking Maya lagi. Aku tidak berani memandang wajahnya apatah lagi dengan rambutnya sebegitu.

Maya menolak kepala aku dengan jari telunjuknya yang panjang. Semakin gemuk jarinya aku rasa. Duit makin banyak, makan pun makin banyak agaknya.

“apa dalam kepala otak kau hah? Aku yang bagi duit kat kau selama ni,tapi kau buat perangai. Kalau aku tak ada, kau mesti dah mati *tuttttttt*!” kata Maya sambil masih menolak kepala aku. Perkataan carut terpaksa di censored atas kemaslahat bersama.

“nanti Min siapkan” jawab aku.

“nanti tu bila? kau tu kalau hidup tak menyusahkan aku, tak sah kan?” kata Maya. Tujahan di kepala aku sudah berhenti. Mungkin dia sudah penat dengan jari gemuknya itu.

“Min siapkan”

“penat aku cakap dengan orang gila macam kau ni. Cakap macam mana pun bukan kau dengar” bebel Maya lagi. Dia memeluk tubuhnya sambil menjeling aku.

“tadi Min nak buat, tapi Shila kacau” kata aku. Betul, Shila asyik kacau aku hari ini sehingga aku lupa novel yang aku tulis sendiri.

Maya memandang aku, “lain kali jangan layan Shila tu. Bukan ada faedah pun”

JASMINWhere stories live. Discover now