JASMIN
Shila akhirnya keluar dari bilikku. Aku tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini Shila agak senang beralah denganku. Bebelannya sudah berkurang sebanyak 3 peratus. Kalau dahulu, selagi aku tidak turun untuk makan, dia akan memaksa sehingga aku keluar dari bilik ini.
Aku memandang tong sampah yang sudah penuh dengan sampah sarap. Aku mendekati tong sampah itu dan mengambil foto yang dibuang Shila sebentar tadi.
Foto berkeronyok itu aku betulkan. Sekali lagi aku menatap wajah pemuda yang berada di sebelahku di dalam foto ini. Tidak tahu mengapa, aku rindu akan dirinya. Pada masa yang sama, rasa bersalah.
Amir.
Lelaki yang tidak pernah meninggikan suaranya sepanjang kami bersama. Kami juga tidak pernah bertengkar walaupun sekali. Malah setiap hari kami akan berbincang tentang fasa perkahwinan. Tidak pernah walau sehari pun aku berasa tidak gembira bersamanya.
Namun pada malam itu, semuanya berubah. Aku melihat sisi Amir yang berbeza. Sangat jauh berbeza. Seolah-olah Amir yang aku kenali tidak pernah wujud.
Shila sangat benci dengan Amir. Mungkin dia merasakan Amir adalah punca kehidupan aku menjadi seperti ini. Gila dan anti-sosial. Ya, aku sedar semua itu. Setiap hari Shila mengatakan bahawa aku gila. Budak botak juga sering memanggil aku kakak sewel. Huh, ingat aku tak dengar?
Namun aku yang membuat keputusan untuk lari daripada masyarakat sejak empat tahun dahulu. Aku mula membenci manusia. Bagi aku, manusia ini tidak boleh dijangka. Contohnya, Amir. Aku tidak pernah terfikir dia boleh membunuh Liana seperti itu. Bahkan kadangkala aku benci dengan diriku sendiri kerana aku pernah mencintai lelaki seperti itu.
Aku keluar dari bilikku untuk menuju ke dapur. Air masak yang berada di dalam botol sudahpun habis. Aku terlalu haus.
Sebaik sahaja aku keluar, aku melihat anak gadis Mak Nab sedang menari-nari sambil menggoyang punggungnya. Dia juga sedang menyanyi sumbang. Inilah antara faktor aku enggan keluar dari bilikku.
“aduh aduh dududududududu..”
Anak gadis Mak Nab tidak menghiraukan aku. Dia masih dengan dunianya sendiri. Lantas aku menuju ke dapur. Aku mengambil cerek dan menuangkan air ke dalam botol dengan berhati-hati.
“Tak habis lagi budak ni?! Aku bantai kau dengan penyapu, baru kau tahu?!” kedengaran suara Mak Nab di luar. Marah betul dia.
“alah, mak..rilekslah! orang tengah seronok ni!” jawab anak gadis Mak Nab.
“Kau keluar! Keluar dari rumah aku!” jerit Mak Nab yang pasti membuatkan satu flat boleh mendengar suaranya.
“yelah-yelah! Orang keluar lah ni! kecoh lah orang tua ni!” balas anak gadis Mak Nab dengan suara yang tinggi juga. Elok lah tu, anak dengan mak sama je. Pagi-pagi dah buat pencemaran bunyi.
Botol 250ml sudah diisi penuh dengan air masak. Cukuplah untuk stok seminggu. Aku tutup botol itu dengan penutupnya.
“ini sorang lagi! Dahlah haritu main pisau aku! Ingat ni rumah bapak dia?” kata Mak Nab yang baru muncul di dapur.
Aku memandangnya. Rambutnya yang sudah mula memutih agak serabai. Tetapi memang hari-hari rambutnya seperti itu. Baju kelawarnya juga entah sudah pakai berapa kali tanpa dibasuh.
“kau tengok aku macam tu kenapa?!” Mak Nab bengang.
Aku masih memandangnya sambil memeluk botol air. Menunggu untuk dia beralih kerana dia menghalang laluanku untuk menuju ke bilik.
“mulai hari ni, aku nak kau bayar 10 ringgit setiap kali kau nak ambik air. Faham?” kata Mak Nab apabila dia melihat botol air yang dipegang aku.
“hah?” soal aku terkejut. Tiba-tiba pula nak cas. Tiga tahun aku menyewa di sini, tidak pernah pula dia kenakan cas apa-apa. Semuanya sudah dicas di dalam duit sewa rumah yang aku bayar setiap bulan.
“kau ingat air tu free ke? Dahlah aku yang masak! Lagipun, kakak tiri kau kan dah masuk TV. Mestilah dapat banyak duit!” ujar Mak Nab masih dalam nada yang tinggi.
Maya yang masuk TV, bukan aku.
“dahlah, kau masuk bilik kau! Sakit mata aku” arah Mak Nab. Dia pergi ke cerek air dan menuangkan ke dalam cawan. Banyak membebel, pastilah haus.
Ya, memang aku nak masuk bilik pun.
YOU ARE READING
JASMIN
Mystery / ThrillerKehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rah...