JASMIN
Aku sedang menunggu Megat di ruang tamu rumah sewanya. Sebentar tadi dia baru menelefon aku untuk memaklumkan bahawa Maya sudahpun sedar daripada koma dan dia berhasrat untuk berjumpa dengan aku.
Aku tidak tahu apa niat Maya yang baru terbangun daripada tidur panjang selama sembilan hari itu. Mungkinkah dia sudah bermimpi tentang azab kubur semasa koma, lantas dia mahu bertaubat?
“pemalas betul budak ni. Surat sendiri pun tak nak ambil. Dah cukup baik dah posmen letak kat peti surat, dia ingat posmen tu nak tampal surat tu kat dahi dia? Orang lain pun busy juga, tapi tak adalah sampai nak menyusahkan orang lain” bebel Kak Beb apabila dia masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan beberapa pucuk surat yang bertulis nama Megat di atas meja kopi.
“Min nak keluar ke?” soal Kak Beb apabila dia melihat aku. Bebelannya terhenti.
Aku mengangguk, “Maya nak jumpa Min”
Dia terus duduk di sebelah aku, “jadi betul lah Maya dah sedar? Min tahu, kecoh betul kat internet sekarang ni. Semua orang bercerita pasal tu”
Aku hanya tersengih kekok. Tidak tahu mahu memberi respon apa. Aku sedar Maya telah menjadi tumpuan masyarakat sejak daripada kes viral tempoh hari dan Maya hanya memburukkan lagi keadaan apabila dia cuba membunuh dirinya.
Pinn! Bunyi hon kereta kedengaran di luar menunjukkan Megat sudahpun tiba.
“Min pergi dulu” kata aku lalu berdiri.
“nanti cakap kat dia, kalau malas sangat nak ambik surat kat peti, lain kali guna je burung hantu. Menyusahkan orang je” Kak Beb sempat berpesan sebelum aku berlalu keluar.
-------------------------------
Kami tiba di hospital tempat Maya menghabiskan masanya dengan koma selama sembilan hari. Namun kami tidak terus keluar daripada perut kereta apabila Megat memberikan baju sejuknya berwarna kelabu kepada aku.
“pakai baju tu dan tutup kepala awak” arah Megat.
“kenapa?”
“Safwan kata, kat situ ramai reporter. Diorang mesti gila bila nampak awak. Lagipun, memang diorang sekarang ni tertanya-tanya awak kat mana. Sebab tu Safwan biarkan awak tinggal kat rumah saya” terang Megat.
Aku mengikut arahan Megat dan memakai baju sejuknya yang lusuh itu. Kami keluar daripada kereta dan menuju ke lobi hospital. Megat sempat membetulkan hud kepala yang aku pakai apabila melihat terdapat beberapa wartawan yang sedang menunggu. Namun aku harap mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana pakaian ini seperti sengaja mengundang syak. Sudahlah baju sejuk dia ni besar gabak.
Aku mengekori Megat memasuki ke dalam lif. Aku sedikit kagum dengan Megat kerana dia sangat tenang seperti sangat professional.
Tidak lama kemudian, kami tiba di bahagian wad ICU dan melihat tiga orang lelaki sedang berada di luar wad. Seorang daripada mereka sedang duduk di bangku.
“Megat!” sapa salah seorang lelaki yang berjaket kulit apabila melihat kami.
“macam mana dengan Maya?” soal Megat.
“Allah tak benarkan dia mati lagi. Dia stabil sekarang dan boleh bercakap dah. First thing yang dia cakap adalah dia nak jumpa Jasmin. Lepas tu dia cuma berdiam diri” jawab lelaki itu berjaket kulit itu.
“So, this is Jasmin? Ingat saya lagi tak?” tanya lelaki itu apabila dia melihat aku.
Aku hanya merenungnya. Mukanya agak familiar.
“ini Safwan. Assistant saya masa siasat kes Amir dan Liana dulu. Sekarang dia incharge kes Maya” kata Megat.
Ohh patutlah.
YOU ARE READING
JASMIN
Mystery / ThrillerKehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rah...