Bab 20: Dia lebih pelik daripada aku

1.1K 99 1
                                    

JASMIN

Sepanjang petang dan malam itu aku hanya duduk terperap di dalam bilik tetamu yang aku tumpang atas belas ehsan Megat. Aku hanya menghabiskan masa dengan tidur dan menulis. Ya, aku tidak dapat nafikan menulis telah menjadi hobi aku selama ini. Jadi, walaupun setelah apa yang terjadi, aku tidak dapat berhenti menulis begitu sahaja.

Aku memandang ke arah pintu bilik. Megat sekalipun tidak menjengukku, tetapi aku tidak kisah semua itu. Aku pun masih sangat kekok dengannya dan aku lebih selesa begini. Bagi aku, tiada interaksi luar menenangkan aku.

Namun begitu, tekak yang terasa haus memaksa aku untuk keluar menuju ke dapur. Perlahan-lahan aku keluar untuk melihat jika terdapat sesiapa di luar. Aku tidak kisah jika terserempak dengan Megat, tetapi jika bertemu dengan kakaknya mungkin akan lebih kekok.

Aku melihat sekilas di ruang tamu, dan tiada sesiapa di situ. Hanya kipas siling sahaja yang berpusing dan lampu yang terpasang. Aku membuat tekaan mungkin mereka adik-beradik di dalam bilik masing-masing.

Langkahku laju menuju ke dapur yang terletak berhadapan dengan bilik tetamu. Aku agak kaget apabila melihat lampu dapur terpasang dan terdapat bunyi air paip menunjukkan ada seseorang di sini.

Aku melihat kakak Megat sedang membasuh sayur di sinki. Wanita ini lah yang tidak menghiraukan aku dan Megat langsung sewaktu kami tiba di sini pagi tadi.

Ketika itu aku sedang berfikir sama ada mahu meneruskan niatku untuk meminum air atau berpatah balik dan kehausan sepanjang malam.

“eh, dah keluar?” tiba-tiba wanita itu menoleh memandang aku tanpa aku sempat untuk memutuskan keputusan.

Aku tidak faham maksud soalannya namun aku tidak peduli.

“saya nak minum air” kata aku. Berasa kekok pula bertentang mata dengannya.

Wanita itu tersenyum manis. Dia meletakkan sayur yang dibasuhnya di dalam sinki sebelum dia bergerak ke satu sudut. Dia mengambil segelas cawan dan mula menekan punat mesin air Coway. Dia menyuakan cawan yang berisi air itu kepada aku.
Aku mengambil cawan itu dan mula meminum rakus. Tekakku mula terasa sejuk dan segar. Sudah lama aku tidak minum air yang ditapis. Selalunya aku minum air daripada cerek buruk Mak Nab sahaja. Silap-silap selama ini aku meminum air karat.

“nama siapa?” soal wanita itu sambil masih memerhatikan aku.

“Jasmin” jawab aku ringkas. Air di dalam cawan sudah habis aku minum.

Wanita itu tersenyum, “Jasmin… sedap nama. Nama akak Kak Beb”

Aku mengangguk perlahan.

Kak Beb merapatkan dirinya untuk melihat wajahku lebih dekat. Dia mengerutkan dahi, “macam familiar…”

Tahniah kepada Wendy nama akaun Youtube sebab kau dah buat aku popular. Terima kasih banyak-banyak lah.

“adik ni… yang dalam video viral tu kan? Kes Ayma Ibrahim?” soalnya.

Bingo.

Cawan yang telah kosong aku letak di dalam sinki. Aku memalingkan badanku kerana aku rasa tidak mendatangkan kebaikan sekalipun jika aku mengiyakan. Bukan mahu berkurang ajar, tetapi aku mahu segera masuk ke dalam bilik.

Namun langkahku terhenti apabila Kak Beb memegang tangan kanan aku. Aku menoleh ke arahnya.

“Jasmin ni… kawan dia ke?” soalnya separuh berbisik.

Dahiku berkerut. Dia?

“Dia tu…” kak Beb menggerakkan dagunya ke arah pintu dapur.

“Megat?” soal aku.

JASMINWhere stories live. Discover now