MEGAT
Keadaan restoran pada waktu petang seperti biasa agak tenang berbanding waktu tengahari dan pagi. Sempatlah juga untuk aku duduk lepak di kaunter dan menyemak perkembangan berita terkini di laman Facebook.
Aku adalah seorang yang tidak pernah mengemaskini status atau memuat naik apa-apa foto di laman sosial, tetapi aku sangat rajin menjadi silent reader. Kelakar apabila melihat orang-orang asing mengutuk sesama sendiri, terutama di ruangan komen. Masa itu lah semua orang mahu berlagak seolah-olah mereka betul hanya di papan kekunci.
‘Berita Tergempar: Ayma Ibrahim didapati tidak sedarkan diri akibat dadah berlebihan’
‘Penulis terkenal, Ayma Ibrahim kini kritikal akibat cubaan membunuh diri?’
Berita ini masih tidak surut sejak malam tadi. Heboh di laman internet tentang kes Ayma Ibrahim ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya sendiri dan sekarang kondisinya agak kritikal. Tiada perkembangan terbaharu tentang keadaannya dan tiada kenyataan kukuh untuk mengesahkan sebab sebenar perkara ini terjadi.
Namun orang ramai sudahpun membuat spekulasi mereka sendiri berdasarkan beberapa kejadian yang telah menimpa diri Ayma Ibrahim. Tentunya tentang kes mempergunakan adiknya sendiri dan pengakuannya yang membenarkan kesalahannya itu. Malah dia telah menghilangkan diri daripada wartawan sejak kes tersebut.
“bos, kawan bos datang” kata Izzat tiba-tiba.
“siapa?” soal aku.
“yo, bro!”
Aku menoleh dan melihat bekas rakan sekerja aku, iaitu Safwan menghampiri. Seperti biasa dia agak segak dengan jaket kulit hitamnya. Dia tersenyum seperti biasa kepada aku.
“kau buat apa kat sini?” soal aku. Pelik, selalunya dia akan singgah makan di restoran ini pada waktu malam.
“aku nak jumpa kau” jawab Safwan.
-------------------------------
“so, kau yang siasat pasal kes Maya tu?” soal aku setelah Izzat meletakkan dua gelas teh ais di atas meja kami.
Safwan mengangguk, “sekarang ni dia masih koma. Doktor kata, kondisi dia agak kritikal sekarang ni”
“betul ke dia overdose dadah?” soal aku berdasarkan apa yang aku baca di internet.
“yup. Overdose methamphetamine. Possibility untuk mati tu sangat tinggi. Peluang untuk hidup tu tetap ada, tapi dia terpaksa meringkuk dalam penjara lah ” balas Safwan.
“so, ini kes cubaan bunuh diri?”
“most likely. Boyfriend dia, Encik Nizaq pun tak nafikan kemungkinan tu. Dia sendiri tahu Maya sangat tertekan lepas kes viral tu”
“kemungkinan?”
“masih tak ada bukti yang Maya cuba bunuh diri. Kitorang tak jumpa surat atau apa-apa nota terakhir dia. Tapi, kitorang dah check notes dalam phone dia. Guess what, apa yang kitorang jumpa?” Safwan menaikkan keningnya.
“apa?”
“ada alamat rumah sewa kau kat phone dia” kata Safwan.
Aku mengerutkan dahi. Jadi inilah sebab sebenar mengapa Safwan ingin berjumpa dengan aku.
“baru-baru ni korang ada berjumpa ke?” soalnya lagi.
“tak ada. Dekat video tu kali terakhir aku jumpa dia” jawab aku tenang.
“tapi kenapa dia simpan alamat rumah sewa kau? Dia cari kau ke? Tapi dia dah ada nombor telefon kau, so kenapa dia nak cari rumah kau?” tanya Safwan bertalu-talu.
YOU ARE READING
JASMIN
Misterio / SuspensoKehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rah...