Bab 17: Takkan seteruk tu?

1.2K 106 2
                                    

JASMIN

Sudah dua hari aku menginap di rumah Maya. Dua hari juga aku cuma makan dan tidur di ruang tamunya. Keadaan rumah teres miliknya ini jika dibandingkan dengan rumah Mak Nab, tidak jauh beza. Pakaian bergaya dan muka bermekap tebal langsung tidak menggambarkan keadaan rumahnya. Aku malas nak cakap banyak, sebab aku pun hanya menumpang di rumah ini.

Jam menunjukkan pukul 10 malam dan Maya masih belum pulang. Mengikut rutin selama dua hari ini, kebiasaanya dia akan pulang pada jam 12 tengah malam atau lebih. Kemudian dia akan keluar semula dengan bergaya pada waktu tengahari.

Aku pula seperti tunggul tidak bernyawa sahaja di rumah ini. Peti ais di dapur lebih berguna daripada aku kerana sekurang-kurangnya Maya ada juga menjengah. Kalau di rumah Mak Nab dulu, boleh juga aku keluar pergi ke kedai mamak. Oh ya, tiba-tiba aku rindu akan budak botak. Rindu melihat wajah curiganya terhadap aku. Suara nyaring menjengkelkan milik Mak Nab juga kadang-kala terngiang-ngiang di kepala aku.

Petang semalam Shila ada datang ke sini. Terjengah-jengah dia melalui pintu belakang menyebabkan aku fikir ia adalah pencuri. Walaupun aku sudah dapat jangka dia akan berjaya menjejaki aku di sini, namun aku tetap terkejut. Seperti biasa, dia masih memujuk aku untuk lari. Dia mengatakan Maya sekali lagi sengaja mengurung aku di sini. Aku terpaksa menolak kerana aku tahu Maya akan melindungiku di sini. Melindungi daripada apa? Aku pun tidak pasti.

Kedengaran bunyi enjin kereta di ruang parkir rumah menandakan Maya sudahpun pulang. Pelik juga kerana pertama kali dia pulang seawal ini.

Pintu dibuka kasar. Keadaan rumah yang gelap menghalang Maya daripada melihat aku yang sedang duduk bersandar di sofa. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi klik dan ruang tamu itu mula diterangi cahaya lampu.

“yang kau duduk dalam gelap ni kenapa?” soal Maya. Suaranya kedengaran keras seperti dia marah dengan aku.

Aku hanya diam. Selama ini pun aku duduk terperap di dalam bilik malap.
Maya menutup pintu dengan kuat sebelum dia berjalan ke arah aku. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

Dia duduk di sebelah aku di atas sofa. Aku duduk keras seperti batu kerana aku berasa kekok. Aku lebih gemar jika dia terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan aku seperti kebiasaannya.

Aku lihat dia mengeluarkan telefon pintar Iphone dari dalam beg tangannya. Dia menekan seketika skrin sesentuh sebelum dia membaling telefon itu di atas riba aku. Aku tersentak sedikit kerana agak terkejut.

“kau tengok apa yang kau dah buat” kata Maya.

Aku mengambil telefon Maya, dan terdapat satu video telah dimainkan di skrin. Beberapa saat aku menonton video tersebut, kemudian aku menoleh ke arahnya. Aku tidak faham.

“kalau kau tak terlepas cakap kat Megat haritu, benda ni takkan jadi” ujar Maya.

“Min tak faham…” balas aku.

Maya mengetap bibirnya sambil mengeluh kasar, “ya, aku lupa. Kau ni gila, sebab tu kau tak faham”

Aku mengerutkan dahi.

“sekarang ni semua orang kat Malaysia dah tahu aku ciplak kerja kau. Puas hati?” ujar Maya masih dalam tenang. Tenang yang dingin.

Aku melihat kembali video tersebut dengan sekilas. Aku menelan air liur kerana berasa takut. Takut akan Maya. Aku tidak berani melihat matanya.

Maya merampas telefon pintarnya. Dia berdiri sambil bercekak pinggang, “hidup aku dah musnah!”

“takkan seteruk tu?” soal aku sambil memandangnya takut.

JASMINWhere stories live. Discover now