❤️
Hi! Terima kasih kalau korang dah baca sampai habis cerita JASMIN ni. Aku adalah seorang pembaca yang tak suka baca kata-kata penulis masa awal-awal bab, jadi aku tulis masa penghujung bab je haha. Jadi, BTS ni aku akan ceritakan serba sedikit macam mana JASMIN ni boleh wujud. Juga, apa kisah disebalik watak-watak dalam cerita ni.
Bila ditulis
Seingat aku, JASMIN ni ditulis pada dua tahun lepas iaitu masa cuti semester, sebelum aku masuk belajar dalam semester ketiga. Masa tu, aku tulis JASMIN dekat notebook lama aku(mini laptop) sebab laptop sebenar aku buat hal pula. So, untuk mengelakkan rasa bosan kat rumah, aku pun tulis cerita ni. Aku tak serius pun nak habiskan cerita ni, cuma nak habiskan masa lapang aku je semata-mata. Awalnya, aku tak ada idea yang spesifik, so aku cuma tulis ikut apa yang aku nak tulis je. Tapi lama-lama, idea tu datang sendiri masa kat toilet mahupun masa nak tidur.
Tapi, aku cuma tulis sampai bab 4 sahaja sebab aku dah dapat laptop sebenar aku balik, dan aku dah mula masuk belajar. Lagipun notebook tu aku dah tak guna, so aku cuma biarkan kat rumah je. Maknanya, cerita JASMIN pun dibiarkan berhabuk dekat folder desktop.
Bila dah habis belajar, aku mula baca balik JASMIN ni. Aku rasa idea tu masih berlegar-legar kat kepala. Dan aku rasa tak boleh jadi ni, so aku pun teruskan menulis sampai habis.
Watak
Kalau nak tahu, aku paling suka tulis watak Shila. Sebab dialog dia sangat selamba. Bagi watak yang aku tak berapa suka nak tulis pula adalah... Megat. Walaupun dia ni watak penting, tapi dialog dia ni agak serius. Boring! Hehe.
So kat sini aku akan terangkan beberapa watak dalam JASMIN ni:
Jasmin
Bagi aku, 70% perwatakan Jasmin sama dengan perwatakan aku. K tu je, tak nak terangkan lebih-lebih haha.Megat
Pada awalnya, watak Megat ni aku nak buat dia bekerja sebagai doktor psikologi yang merawat Jasmin lepas kejadian hitam tu. Tapi, bila aku fikirkan balik, aku malas nak research pasal medical term and so on. Sebab tu, aku jadikan Megat ni sebagai bekas polis je yang dah ada perniagaan dia sendiri. haha senang kerja aku.Maya
Well, watak antagonis tipikal. Kuat menipu dan tamak haloba. Cantik dengan makeup, tapi hati kotor. Dah banyak tengok orang macam ni. HahaKak Beb
Mesti korang rasa macam tak logik kan pasal hubungan kak Beb dengan Megat? Sebab aku pun rasa benda yang sama. Tapi, hubungan adik beradik yang aneh macam diorang ni memang wujud. Tak percaya, sila bukak youtube, Hello Counselor- 'Siblings didn't talk to each other for 8 years'. So, watak Kak Beb dan Megat ni aku ambik dari kisah 'adik beradik kat rancangan tu.Shila
Aku cuba jadikan watak dia ni sebagai seorang yang selamba dan cakap lepas. Sedikit sebanyak juga watak dia ni diinspirasikan daripada kawan lama aku. Kawan aku ni agak obses dengan kawan baik dia sendiri. Bagi aku, kawan baik atau kawan biasa ada limit tersendiri sebagai kawan sahaja. Pernah satu saat tu aku rasa dia ni lesbian sebab dia terlalu obses dengan kawan dia haha. Jadi, sebab tu Shila ni pula aku jadikan dia obses dengan Min sebagai kawan.Liana
Pada mulanya, watak Liana ni aku nak buatkan watak dia ni sukakan Amir, dan sebenarnya dia khianat Min ni. Tapi, macam tak best pula nak tulis pasal watak menggoda lelaki, so aku buatkan watak Liana ni as seorang yang licik tapi pada masa yang sama, dia sayangkan kawan baik dia sendiri.Anak gadis mak Nab/Wendy
Aku tak pernah terfikir pula Wendy ni ada dialog haha. Aku ingatkan dia cuma watak sampingan yang tak ada dialog. Tapi, aku gunakan dia untuk curahkan isi hati aku sendiri. hehe.Oh ya, dalam part Min baca komen kat YouTube dengan Wendy, selain nama Wendy, ada lima orang username lain yang komen. Kalau nak tahu, nama lima orang ni adalah berdasarkan nama kawan-kawan rapat aku. Cara diorang komen pun berdasarkan personaliti diorang #PIS 😉.
Safwan
Walaupun Safwan ni polis, tapi aku cuba jadikan watak dia ni dengan dialog yang kelakar. Sebab, semua babak dia adalah bersama dengan Megat. Watak Megat agak serius sikit, so aku tak nak babak tu jadi agak bosan. Sebab tu aku jadikan Safwan ni seorang yang suka bergurau.Nama watak
Bagi watak Jasmin, Shila, Maya, Liana, Amir, Mak Nab dan Megat, semuanya nama yang random yang aku terfikir kat kepala otak aku sendiri. So, semua nama watak cuma rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan orang sekeliling aku. Bila aku mula tulis balik cerita ni, aku mula perasan, nama watak utama semuanya ada huruf M. Haha aku sendiri tak tahu kenapa. Jadi, lepas tu, aku pilih nama watak yang tak ada huruf nama M.
Watak sampingan yang lain macam Safwan, Izzat, Wendy, dan Nizaq, aku dapat randomly dari Facebook. Aku buka FB, dan ambik nama pertama yang aku nampak kat timeline. Macam Wendy, dia memang member group Red Velvet, sebab article kpop keluar dulu kat timeline FB aku. Haha.
Tarikh
Tarikh Liana dan Amir mati, adalah tarikh hari jadi aku. Okay, tahu, tak ada sesiapa kisah. Haha.
Last word
Terima kasih kepada pembaca yang sudi baca sampai habis JASMIN mahupun yang cuma menjengah walau satu bab. Juga, aku sangat terharu bila ada yang sudi vote 🌟.
Aku minta maaf kalau cerita ni agak bosan atau melalut, tapi percayalah, aku sedaya upaya jadikan cerita ni tak melalut dan setiap babak aku cuba jadikan cepat. No putar-putar, just straight to the point haha.
Sebelum aku tulis setiap babak, aku cuba fikirkan signifikasi babak tersebut dan apa kepentingan babak tu. Aku sebagai pembaca pun, tak suka babak yang tak penting. Tapi ya, aku mengaku... masih ada babak yang aku tak puas hati dalam ni haha.
Akhir kata, aku puas hati dapat keluarkan idea dan habiskan tulis cerita JASMIN ni. Sebab selama ni aku tak dapat habiskan cerita yang aku tulis (kecuali travelog). So, nantikan my next project bila aku ada idea nanti! Hehe.
Okay, itu sahaja. Bye!
YOU ARE READING
JASMIN
Mystery / ThrillerKehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rah...