Bab 32 (Akhir): Hidup yang baru

2.2K 133 11
                                    

JASMIN

2 tahun kemudian

Tahun demi tahun sudah berlalu dan semuanya menjadi lebih baik bagi aku. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku tidak menyesali keputusan yang aku buat. Berubah menjadi lebih baik bukan dalam rancangan aku, tetapi itu sahaja cara yang aku ada untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.

Kini aku menetap bersama kak Beb di dalam rumah sewa yang sama. Aku juga sudah bekerja dengannya sebagai penulis blog bagi produk kesihatannya. Rupa-rupanya selama ini kak Beb adalah usahawan bagi produk kesihatan dan ketika aku menemuinya dua tahun lalu, dia baru sahaja menceburi bidang tersebut. Lantas kak Beb menggunakan khidmat aku untuk menulis blog bagi memasarkan produknya dengan lebih meluas. Buat masa sekarang aku terpaksa berhenti menulis novel fiksyen walaupun sekadar hobi atas nasihat doktor.

Megat pula semakin sibuk dengan perniagaan restorannya selepas beberapa cawangan lain telah dibuka. Dia sudah berpindah dan menyewa rumah bersama Izzat. Benar kata Izzat, Megat seorang yang gentleman kerana dia tidak mahu menetap bersama ajnabi seperti aku. Namun begitu, hubungan kekok Megat dan kak Beb masih lagi tidak banyak berubah.

Oh ya, Izzat kini telah menjadi pengurus di salah sebuah cawangan restoran milik Megat. Kata Megat, Izzat juga kini agak sibuk sehingga dia tidak sempat memuat naik gambar hipster di Instagram. Namun, dia rajin juga menjenguk aku dan mengajak berbual-bual. Bagi aku, dia antara orang yang boleh membuatkan aku selesa dan ketawa.

Selain Izzat, anak gadis Mak Nab juga antara insan yang rapat dengan aku. Kadang-kala, apabila rindu akan masakan mamak di flat Sri Permai, aku pergi ke situ untuk merasai nasi gorengnya. Kini mamak bermisai sudah mengenakan bayaran kepada aku setelah dia mengetahui aku sudah semakin sembuh.

Berbalik kepada anak gadis Mak Nab semula, sebenarnya kami sering berjumpa di kedai mamak itu untuk mendengar dia meluahkan perasaan. Aku sedar, kadangkala kata-katanya itu ada juga benarnya, cuma dia harus kurangkan bercakap. Selain itu, dia juga telah bekerja di sebuah syarikat swasta setelah beberapa temuduga. Oleh itu, akaun Youtubenya dengan username Wendy tidak aktif buat seketika. Oh, dan sehingga kini aku tidak mengetahui nama sebenarnya.

Mak Nab dan budak botak pula masih lagi dengan love-hate relationship mereka. Mak Nab semakin tertekan apabila sehingga kini, lebih 50 orang penyewa keluar masuk dari bilik sewa yang aku tinggal dahulu. Semua penyewa tidak tahan disebabkan sikap Mak Nab yang bising dan kedekut itu. Kata Wendy, kebelakangan ini Mak Nab sering meracau sambil menyebut nama aku kerana aku satu-satunya penyewa yang dapat bertahan lama.

Budak botak pula sudah berumur 10 tahun dan masih lagi malas ke sekolah. Ketika aku terserempak dengannya tempoh hari, aku sangat terkejut apabila melihatnya yang masih botak dan pendek. Langsung tiada perubahan. Dia juga masih lagi memandang aku dengan pandangan semacam. Aku harap aku dapat mengetuk kepalanya dengan siku walau sekali apabila dia memandang aku sebegitu.

Di samping itu, kata Megat, Safwan sudah dinaikkan pangkat polis. Pangkat apa? itu aku tidak pasti kerana aku sedang mengelamun semasa Megat bercakap tentang hal itu. Pastinya, duit gajinya semakin banyak dan tanggungjawabnya juga meningkat. Lebih-lebih lagi dia baru sahaja berkahwin pada dua bulan lepas.

Shila? Sejak aku mendapatkan rawatan dengan bantuan Megat, aku sudah tidak melihatnya lagi. Kali terakhir aku melihatnya adalah ketika aku mahu membuang sampah di luar rumah pada setahun lepas. Dia hanya merenung aku sebelum dia berlalu pergi. Wajahnya sangat sugul tetapi dia masih lagi tersenyum kepada aku. Bagi aku, perpisahan seperti ini agak memuaskan hati.

--------------------------------

“cepat sikit! Apa ni, tak ada stamina pun!” Megat tersengih melihat aku yang baru tiba di atas puncak bukit Broga ini.

JASMINWhere stories live. Discover now