Bab 11: Terlalu hodoh bagi aku

1.2K 101 0
                                    

JASMIN

Aku berdiri tegak sambil menundukkan kepala. Anak gadis Mak Nab yang sedang duduk di sofa juga menundukkan wajahnya memandang lantai.

Kami berdua tidak mahu memandang wajah Mak Nab yang seperti bila-bila masa akan membaham kami. Terlalu hodoh bagi aku.

“korang ingat aku tak ada kerja lain ke selain nak ajar korang? Ada je yang sakitkan hati aku!” Mak Nab menengking.

Mak Nab marah. Sudah tentulah kerana kes aku curi-curi keluar tanpa pengetahuannya. Kenapa anak gadisnya juga dimarahi? Kerana dia juga terlibat.

“sorang sewel, sorang pulak kaki mabuk! Mana lah darah tinggi aku tak naik?!” Mak Nab membebel lagi. Keadaan ruang tamu itu hanya ada suaranya sahaja. Budak botak pula menyengih di sebelah Mak Nab.

“mak marah je lah si sewel ni. Kenapa orang pulak yang kena?!” anak gadis Mak Nab membalas. Dia memandang aku sekilas.

“tanya aku pulak? Yang kau pergi biarkan dia keluar rumah tu dah kenapa?” Mak Nab menjegilkan matanya.

“manalah orang tahu! Dia kata nak pergi buang sampah. Orang bagi jelah. Takkan orang pulak nak buangkan sampah dia?!”

“kau ada nampak dia pegang plastik sampah?”

“tak” anak gadis Mak Nab menggeleng.

“dah tu macam mana kau boleh percaya?! Bodoh sampai kena tipu dengan orang sewel!” marah Mak Nab lagi. Bingit telinga aku.

Anak gadis Mak Nab memandang aku. Dia menolak lenganku kasar, “hei! Yang kau tipu aku tu kenapa?! Dah tahu tak boleh keluar, kenapa kau keluar?!”

Heh. Dia yang bagi aku keluar.

Kejadian berlaku semasa satu jam yang lepas. Masa aku baru sahaja memasukkan kunci ke dalam lubang kunci pintu grill, tiba-tiba anak gadis Mak Nab keluar. Dia terkejut melihat aku, tetapi setelah aku mengatakan aku mahu membuang sampah, dia hiraukan aku. Bak kata Mak Nab, dia memang bodoh.

“kau tu sama je! Tak boleh harap langsung! Semua orang dalam rumah ni tak boleh harap! Hidup asyik menyusahkan aku je!” bebel Mak Nab. Adil dan saksama sekali Mak Nab.

“eh, mak. Boy tak buat salah pun” budak botak terasa. Sengihannya pudar. Daripada tadi dia cuma menjadi batu api. Cukup seronok dia melihat aku dan kakaknya ditengking.

“tak salah? Habis tu kenapa kau tak tarik dia balik rumah masa nampak dia kat kedai mamak tu? Buatnya dia pergi lari, macam mana?!” tengking Mak Nab. Perhatiannya beralih kepada budak botak.

“takkanlah Boy nak tarik dia? Boy kecik lagi!” Boy a.k.a budak botak membela dirinya. Memang kecik pun, kecik macam toyol.

“menjawab eh kau?! Aku pulas telinga kau baru tahu!” kata Mak Nab. Itu bukannya gertak. Betul-betul Mak Nab menarik telinga kanan budak botak. Berkerut muka budak itu menahan sakit.

“dahlah, rimas duduk dalam rumah ni!” ujar anak gadis Mak Nab lalu dia menuju keluar daripada rumah ini.

“pergilah! Tak payah balik pun tak apa!” kata Mak Nab tak nak kalah. Tangannya masih memulas telinga budak botak.

“sakit mak! Sakit!” budak botak menjerit. Berusaha dia mahu melepaskan diri.

“lain kali jangan nak menjawab lagi!” kata Mak Nab sambil melepaskan budak botak. Budak botak terus berlari menuju ke biliknya. Merajuk lah tu.

Aku masih berdiri di ruang tamu itu. Keadaan agak kekok kerana hanya aku dan Mak Nab sahaja di situ. Aku mahu lekas masuk ke bilik.

“aku kurung kau dalam rumah ni dah cukup baik lah. Kalau aku kurung kau kat bilik kau, baru kau tahu?!” Mak Nab menukar target amarahnya. Sekurang-kurangnya dia tidak memulas telinga aku.

JASMINWhere stories live. Discover now