MEGAT
Kereta aku diparkirkan betul-betul di hadapan rumah teres dua tingkat milik Maya. Aku keluar daripada perut kereta dan sempat memasukkan surat Maya ke dalam poket baju.
Aku melihat keadaan rumah Maya yang jelas sudah tiada penghuninya. Rumah ini telah ditinggalkan kosong begitu sahaja sejak lebih seminggu lalu, setelah Maya dimasukkan ke dalam hospital.
Namun, firasat hati aku kuat mengatakan Jasmin ada di sini. Terima kasih kepada anak gadis Mak Nab yang bermulut becok kerana mengingatkan aku tentang tempat ini.
Pintu pagar ditolak aku perlahan dan terdapat bunyi berkeriut, menunjukkan pintu pagar ini tidak berkunci. Ini memberi peluang untuk aku masuk ke dalam.
Nasib menyebelahi aku sekali lagi apabila mendapati pintu utama juga tidak berkunci. Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam rumah yang kelam ini.
Kemudian lampu dibuka aku untuk menerangkan ruang tamu. Keadaan rumah Maya agak bersepah pada ketika ini. Aku tidak tahu jika memang sejak azali keadaan rumahnya bersepah begini. Betul kata mak, kalau perempuan cantik tak semestinya pembersih.
Baru sahaja aku merasakan firasat aku salah dan Min tiada di sini, tiba-tiba aku mendengar sesuatu daripada tingkat atas. Aku mendengar seperti suara seseorang bercakap di atas.
Lantas aku menaiki tangga untuk menuju ke tingkat kedua. Sepanjang di tangga, suara orang bercakap itu semakin jelas. Malah, aku yakin ia merupakan suara Min!
Aku tiba di bilik utama rumah ini yang aku agak merupakan bilik Maya. Aku lihat Min sedang duduk di sisi katil. Dia masih tidak perasan kehadiran aku di sini kerana dia membelakangi aku.
“apa patut aku buat sekarang? Kak Maya dah tak ada…” kata Min. Namun tiada sesiapa pun di dalam bilik ini.
“kau ni tak habis-habis dengan lari. Tak ada cara lain lagi ke?” soal Min kepada entah siapa di situ.
Namun aku dapat mengagak dengan siapa Min sedang berkomunikasi- Shila Marliana.
“kau ni mengarutlah, Shila! Aku tak nak buat. Aku tak nak bunuh sesiapa lagi…” Min masih berhalusinasi. Entah mengapa, aku gementar apabila mendengar perkataan bunuh daripada mulutnya.
“Min, awak okay?” soal aku sekaligus menyedarkan Min bahawa aku telah menjumpainya.
Min menoleh pantas. Dia bangun dan sangat terkejut melihat aku, “macam mana… macam mana awak tahu saya kat sini?”
“kenapa awak lari dari hospital?” soal aku sambil mendekatinya perlahan-lahan.
“saya… saya tak lari. Saya cuma balik ke tempat yang sepatutnya. Maya dah tak ada, jadi rumah ni adalah rumah saya” Min memberi alasan. Dia agak takut melihat aku.
“Maya ada cakap sesuatu dengan awak sebelum dia mati?” soal aku lagi.
Min menundukkan kepalanya sebelum menjawab perlahan, “tak ada”
“betul?”
“saya rasa awak perlu keluar dari rumah ni” arah Min.
“awak kena ikut saya. Awak tak boleh tinggal kat rumah ni seorang diri”
“saya tahu kenapa awak suruh saya ikut awak” kali ini Min memberanikan dirinya untuk memandang aku.
“maksud awak?”
“awak… awak tak baca lagi surat Maya?”
Aku terdiam. Jadi Min tahu akan surat yang dihantar Maya itu. Bermakna Maya telah memberitahunya sebelum dia mati.
YOU ARE READING
JASMIN
Mystery / ThrillerKehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rah...