Bab 9: Kali ini dia lebih terdesak

1.1K 100 0
                                    

JASMIN

Malam ini aku menghabiskan masa dengan hanya duduk termenung di lantai. Bunyi perutku berbunyi kuat tetapi aku tidak peduli. Keropok udang yang sudah tamat tarikh luput ternyata tidak mengenyangkanku.

“Ingat! Kau jangan nak keluar daripada rumah ni!”

Kata-kata Maya petang tadi terngiang-ngiang di kepala. Rambut kerintingnya juga agak berserabut menunjukkan dia seperti mempunyai masalah besar.

Aku sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba dia menerjah bilikku, dan terus memarahi aku. Dia marah kerana aku tidak pernah memberitahu tentang Megat. Aku tidak tahu perkara itu boleh menjadi hal yang besar baginya.

Maya juga sempat berpesan supaya aku tidak berjumpa dengan Megat lagi. Sama seperti dia menasihati supaya tidak berkawan dengan Shila. Namun, kali ini dia lebih terdesak. Aku tidak pasti kenapa.

Dan… akhirnya aku dikurung.

Dikurung tidak membawa apa-apa kesan kepada aku. Aku lebih gemar duduk di dalam bilik ini seorang diri. Aku keluar pergi ke kedai mamak cuma untuk mendiamkan perutku yang asyik berbunyi. Itu sahaja.

Pintu bilik aku tiba-tiba dibuka perlahan. Tidak mungkin Shila kerana Shila akan mengetuk pintu sebanyak tiga kali dahulu sebelum masuk.

Kepala budak botak adalah perkara pertama yang aku lihat sebelum wajahnya. Budak botak itu melihat aku dengan wajah yang takut-takut. Dia sering melihat aku seperti itu, jadi aku tidak pelik lagi.

“makan ni untuk seminggu” budak botak itu membaling sebuku roti potong jenama murah. Roti itu jatuh mengenai kepala aku sedikit. Tak guna betul.

Budak botak itu menutup pintu dengan pantas. Aku pula melihat roti yang jatuh tergolek di sebelahku dengan tanpa perasaan.

Memang… betul-betul aku sedang dikurung.

-------------------------------

Sudah enam hari aku dikurung di dalam rumah ini. Setakat ini, aku tiada apa-apa masalah namun perutku semakin kerap berbunyi. Ia seakan-akan meminta makanan dari kedai mamak yang aku selalu kunjungi. Kadang-kala aku terpaksa bangun di tengah malam kerana sakit perut.

Roti potong hanya tinggal sekeping. Aku menghabiskan potongan roti terakhir, namun perut ini masih berbunyi. Jadi, aku membuat keputusan untuk pergi ke dapur kerana aku lihat terdapat sebuku roti milik Mak Nab di situ.

“Min!”

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik, aku terdengar seseorang memanggil namaku. Suara itu tidak terlalu kuat, tetapi aku masih dapat mendengar.

“Min! pandang sini!”

Aku menoleh ke arah pintu masuk yang sedang terbuka. Kemudian aku melihat Shila sedang berada di luar. Dia tidak boleh masuk memandangkan pintu grill dikunci rapat. Baru-baru ini sahaja Mak Nab rajin pula mengunci grill rumahnya sejak Maya mengeluarkan arahan untuk mengurung aku.

“Min! ambik kunci tu!” arah Shila sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah segugus kunci yang tergantung berdekatan pintu.

“kau tunggu apa lagi? Ambik lah kunci tu!” kata Shila lagi, terdesak.
Aku masih memandangnya.

“Min, dengar sini. Ini masanya untuk kau lari. Kau ambik semua barang kau… aku tolong kau lari” hasut Shila.

Aku tidak berganjak. Aku tidak tahu hendak membuat apa pada ketika itu.

“yang kau pandang aku macam tu kenapa? Jangan jadi bodoh, Min! dengar cakap aku” rayu Shila. Dia masih terdesak. Suaranya sedikit kuat kali ini.

Tiba-tiba terdengar sesuatu bunyi yang datang daripada bilik anak gadis Mak Nab. Wajah Shila menjadi semakin cuak.

Dia berkata, “suka hati kau lah Min! peluang dah ada, tapi bodoh!”

Shila pergi daripada situ dengan perasaan marah.

Aku lapar.

JASMINWhere stories live. Discover now