JASMIN
“Boy! Cepat sikit! Nanti terlepas bas sekolah!” jeritan nyaring Mak Nab mengejutkan aku dari tidur. Aku tersentak lalu aku bangun. Aku memandang ke arah pintu bilik dengan perasaan tidak puas hati. Pagi-pagi dah memekak.
“mak! Mana stokin Boy?!” balas budak botak pula. Jeritan dibalas dengan jeritan.
“carilah dekat bawah kerusi tu! Semalam kau juga yang campak kat situ!”
“tak jumpa pun!”
Aku bangun daripada katil dan bergerak ke meja studi. Suara Mak Nab dan anaknya masih lagi kedengaran. Kali ini sepasang stokin pula yang menjadi isu. Setiap pagi ada sahaja barang budak botak yang hilang. Botol air, beg sekolah, buku teks, pemadam, pembaris, baju sekolah, seluar sekolah, kasut sekolah dan yang paling tak boleh blah, tudung pun boleh menjadi isu. Padahal dia itu lelaki, tetapi dia berkeras juga mahu memakai tudung ke sekolah. Stress Mak Nab. Ini semua sekadar alasan budak itu untuk ponteng sekolah.
Butang On laptop ditekan aku. Menunggu beberapa saat sebelum skrin menunjukkan paparan. Folder bagi draft novel kelapan aku klik sebanyak dua kali sebelum aku membuka fail yang terdapat disitu.
Ingin Siti membunuh bunyi-bunyi itu. Gelombang itu sangat menyakitkan telinganya.
Jari-jemari aku berhenti menaip. Aku buntu. Mungkin benar kata Maya, aku harus keluar jauh untuk mencari idea yang lebih meluas. Shila pasti akan berasa jengkel terhadap aku kerana dia adalah orang yang mula-mula mengusulkan perkara itu kepada aku. Namun aku langsung tidak mendengar kata-katanya.
Tiga keping sampul yang berisi duit yang Maya beri pada setiap bulan aku ambil. Aku tidak tahu berapa jumlahnya. Namun setiap kali Mak Nab meminta duit sewa, aku terpaksa memberikan enam keping sampul sekaligus dan kadang-kala lebih daripada itu.
Tanpa terfikir untuk mandi dahulu, aku keluar dari bilik. Beg sandang lusuh yang berisi sampul duit dan telefon bimbit aku bawa. Ini kali pertama dalam tempoh beberapa tahun aku keluar dengan membawa barang-barang ini. Agak berdebar juga rasa.
“Boy nak stokin macam kakak! Yang panjang tu! Yang nipis tu!” kata budak botak kepada Mak Nab ketika aku melalui ruang tamu itu.
“itu kan stoking perempuan! Mana boleh bawa pergi sekolah!” kata Mak Nab bengang. Budak botak sudah buat hal lagi.
Mak Nab dan budak itu tidak memperdulikan aku yang hendak keluar dari rumah. Mereka anak-beranak masih lagi bergaduh.
Sebaik sahaja aku tiba di tingkat paling bawah flat itu, aku terserempak dengan Shila. Aku sudah jangka aku akan bertemunya kerana aktiviti wajibnya adalah pergi ke bilikku pada waktu-waktu begini.
Malah seperti yang dijangka juga, dia terkejut melihat aku.“Min! kau curi-curi keluar lagi ke?” soal Shila.
“tak lah” jawab aku ringkas. Langkahku masih diatur ke lokasi yang cuma aku sahaja tahu.
“kenapa kau bawak beg? Kau nak pergi mana? Lari?” beribu persoalan daripada Shila setelah melihat beg yang aku sandang. Tidak habis-habis dengan lari dia tu.
“cari idea” jawab aku.
“idea untuk novel kau?”
Aku mengangguk.
“kau bukan nak cari idea kau tu kat kedai mamak kan?”
“aku nak pergi tempat yang lebih jauh” jawab aku.
Pada mulanya Shila agak terkejut. Namun kemudian dia tersengih, “kenapa lately ni kau asyik ikut apa yang aku suruh?”
Kalau aku cakap Maya yang suruh, mesti dia akan kecewa. Tak apa lah, biar dia perasan sorang-sorang.
YOU ARE READING
JASMIN
Mystery / ThrillerKehidupan Jasmin berubah sejak peristiwa empat tahun dahulu. Menyaksikan rakan baik dan kekasihnya mati dalam keadaan tragis menyebabkan Jasmin mula mengasingkan diri dari masyarakat. Dia juga sanggup dikongkong kakak tirinya, Maya demi sebuah rah...