Bab 15: Dia tak mabuk kan?

1.3K 111 0
                                    


JASMIN

Rutin aku kembali seperti dahulu setelah Yang Amat Berbahagia Kakak Tiriku Rambut Biru sudah menamatkan perintah berkurung di rumah Mak Nab. Seperti biasa, aku masih menghabiskan majoriti masaku di dalam bilik dengan menulis dan sekali-sekala turun ke kedai mamak untuk melegakan perut yang asyik berbunyi.

Shila juga sudah lama tidak berkunjung. Kali terakhir aku lihat dia adalah sewaktu dia menghantar aku pulang selepas kami pergi ke kubur Amir. Kemudian dia hilang macam itu sahaja. Namun aku tidak pelik, kerana dia memang sesuka hati memunculkan dirinya depanku macam hantu. Bagus juga, kalau tidak, pasti Maya akan marah setiap kali dia tahu Shila masih berhubung dengan aku.

Aku bangun dari kerusi setelah 12 suapan nasi goreng sudah selamat masuk ke dalam tekak. Namun belum sempat aku melangkah keluar dari kedai mamak, aku terdengar seseorang memanggil namaku dari belakang. Bukan Shila, kerana ia merupakan suara lelaki.

“Min!”

Aku menoleh perlahan dan melihat Megat. Maya menyuruh aku melarikan diri jika berjumpa dengannya, maka aku pun berlari meninggalkannya. Pertama kali dalam tempoh empat tahun aku berlari laju seperti ini.

“Jasmin!” jeritan itu semakin kuat. Semakin lama suara itu semakin dekat. Langkahku juga semakin perlahan.

Megat merentap lengan aku untuk memaksa aku berhenti berlari. Aku tiada pilihan lain. Stamina aku terlalu lemah.

“kenapa awak lari?” soal Megat tercungap-cungap.

Aku menundukkan kepalaku, “kenapa awak kejar?”

“sebab awak lari!”

Aku diam. Aku juga agak kepenatan. Tangan megat masih kemas memegang lengan kanan aku untuk menghalang aku daripada lari sekali lagi.

“Maya kan yang tak bagi saya jumpa awak?” soal Megat apabila semputnya sudah berkurangan.

Aku mengangguk.

“kenapa dia tak bagi saya jumpa awak? Dia ada buat salah ke?”

Aku memandang Megat. Aku juga tidak pasti apa jawapannya.

“okay, saya ada satu soalan. Novel-novel ni… awak yang tulis, kan?” Megat membuka beberapa buah novel di dalam begnya. Aku juga ada novel-novel ini di dalam bilik.

“awak kan yang tulis? Bukan Maya?” desak Megat lagi.

Mataku masih memandang novel-novel itu dan berkata, “kenapa kalau saya yang tulis?”

Megat terdiam. Aku tidak tahu apa jawapan yang dijangkanya daripada aku.

“jadi… awak yang tulis, dan bukan Maya? Awak tahu tak yang Maya gunakan nama dia, dan dia bolot semuanya yang patut jadi milik awak” kata Megat. Dia sudah melepaskan tangannya. Waktu yang sesuai untuk aku lari, tetapi aku tidak membuat demikian.

“saya tahu” jawab aku ringkas.

“awak tahu tapi awak tak kisah?”

“saya pun tak kisah, kenapa yang awak lebih-lebih?” soal aku pula.

“sebab benda ni tak betul! Maya gunakan awak!”

JASMINWhere stories live. Discover now