Bab 27: Liana adalah aku

1.2K 95 0
                                    

SHILA MARLIANA

Ya, nama aku ialah Shila Marliana.

Liana adalah aku, begitu juga dengan Shila. Memang Liana sudah lama mati, tetapi aku cuba hidup atas nama Shila. Kehidupan yang baru, jadi tidak salah kan kalau aku menggunakan nama Shila? Lagipun, Shila itu juga sebahagian daripada nama aku. Nama yang ibu bapa aku yang entah dimana berikan.

Nama yang berbeza tetapi aku masih tetap kawan baik Jasmin yang sama. Jasmin adalah sebab sebenar aku masih hidup. Aku hidup menerusi fikirannya tetapi aku tetap bahagia kerana aku masih dapat bersama Min.

Pada malam kejadian empat tahun lepas itu aku cuma bertindak seperti yang diminta Min. Dia perlukan bantuan, jadi aku menyediakan solusi. Selebihnya dia yang perlu selesaikannya.

Sebagai kawan, aku sedar hanya itu sahaja pilihan yang ada. Min tidak akan selamat selagi Amir masih hidup. Jadi, janganlah anggap aku ini kejam, kerana kejadian itu berlaku atas sebab yang munasabah. Aku hanya mahu Min terus bertahan, dan hasilnya, sehingga kini Min masih dapat meneruskan kehidupannya.

---------------------------------------

4 tahun lalu (5 November)

Dari jauh aku dapat melihat seorang gadis yang sedang duduk di bangku yang diletakkan di hospital lama ini. Gadis itu hanya duduk sambil menundukkan kepalanya. Wajahnya dihalang oleh rambutnya yang hitam itu. Dia tidak hiraukan sesiapa pun yang keluar masuk hospital tersebut.

“Min…” sapa aku setelah berdiri di hadapannya.

Min mendongakkan kepalanya untuk melihat aku. Mukanya sangat pucat dan matanya bengkak akibat terlalu lama menangis.

“kau pergi mana selama ni?” soal Min.

Aku tersenyum lalu duduk di sebelahnya, “aku pergi sekejap je haritu. Sekarang ni aku akan teman kau sampai bila-bila”

“bila-bila?” soal Min. Mukanya penuh berharap.

“ya, sampai bila-bila, Min. Mesti kau rindu aku kan?” aku tersengih.

Min hanya diam. Sekarang ini Min sudah agak berubah kerana selalunya kalau aku cuba bergurau dengannya dia akan ikut ketawa. Tetapi itu semuanya hanya kenangan lama.

“tapi… kenapa kau suruh aku buat macam tu kat Amir? Aku rasa… aku….” Suara Min mula bergetar. Eyebag di matanya mula bergerak-gerak seperti dia mahu menangis lagi.

Aku memegang tangan Min lembut, “sebab dia jahat, Min. Dia bunuh aku”

“aku rasa bersalah… aku takut…” Min mula menitiskan air mata. Dia menundukkan kepalanya.

Tangan Min digengam aku dengan lebih kuat, “mulai hari ni, kau kena lupakan mamat psiko tu. Aku tak nak kau fikirkan pasal dia lagi. Aku tak suka”

“tapi Liana…”

“kan aku dah kata jangan panggil aku Liana! Panggil aku Shila!” tegur aku. Liana sudah mati, dan aku akan hidup dengan nama Shila pula.

“Sorry, Shila…” ujar Min perlahan. “tapi kak Maya kata kau tak wujud. Dia suruh aku lupakan kau juga”

“aku wujud untuk kau, so kau kena ingat tu. Lantaklah apa yang Maya nak fikir”

"tapi Maya yang tolong aku..."

"Aku pun dah tolong kau. Aku dah tolong kau daripada mati di tangan mamat psiko tu"

  




JASMINWhere stories live. Discover now