Akhirnya!
Ada jugak masa rest aku untuk lari dari dunia penuh kekusutan ini. Hm, jaranglah tak drama, ceh.
Ya, kusut! Dari hari aku bertukar menjadi isteri orang, ditolak ke dalam kolam, bertemu dengan wanita gedik dan sebagainya. Dan secara tiba-tiba kami bakal bertolak ke destinasi tak disangka, honeymoon...
Tanganku lincah melipat baju baju yang ingin dibawa nanti. Haih baju "malaun" itu pun aku tolong kemaskan nanti. Jadi tukang bibik dia. Lipat baju seluar, singlet... boxer aduh.
Nasib baik dapat wife yang baik lagi mithali macam aku. Huhu riak sedikit. Baju baju Haikal ku capai. Better aku selesaikan baju Haikal duhulu sebelum dia datang komen. Itu salah ini salah. Cerewat dia tahap langit ketujuh! Baju yang terakhir aku lipat dan susun kemas. Zip beg. Done!
Now, barulah baju aku. Sengaja aku pilih baju baju yang warnanya sedondon dengan baju Haikal. Mana tahu tiba tiba sedondon? hmm gatal!
" kau kenapa senyum sorang sayang? Dah gila ke? "
Dah terpacul figura Muhd Haikal di muka pintu bersama mug maroon ditangan.
Hah? sayang?
Kata katanya tidak aku hiraukan. Fokusku lebih pada aktiviti aku sekarang. Cuba buatkan Haikal yang statik disitu seakan tidak wujud.
" kau memang nak goda aku kan? Kang tak pasal pasal free je ni... "
Perempuan ni memang suka seksa jiwa kelakian miliknya, itu khas dari desis hati Haikal. Syuhada yang baru sedar akan ayat yang Haikal katakan tadi tunduk memerhati dirinya yang hanya memakai baju singlet putih bersama dengan skinny hitam. Patutlah.. Mata Haikal tidak berhenti memandangnya.
" Abang sex maniac! Keluar sana!"
Segera aku capai tuala yg tersidai dekat kerusi, menutupi tubuhku. Nasib dekat. Haikal yang melihat hanya ketawa sakan.
Aku jeling dia tajam seolah menghantar isyarat
"abang-berambus-sekarang"" Okay sorry. Tapi jangan lupa.. bawa yang itu banyak banyak. Senang aku mahu menyambar nanti hahahahah "
Tangannya naik menunjuk ke arah dada Syuhada. What? Gila punya suami.
" Muhd Haikal Amirul! Abang jangan nak macam macam! "
Dan sewaktu dengan itu berkumandanglah suara ayu Syuhada Haifa dikuti lemparan bantal padu ke tubuh Haikal. Haih nasib engkaulah dapat suami begini.
Maka berlari anaklah sepasang suami isteri itu dengan bahagia hingga ke ruang tamu.
" abang! sejak bila jadi miang eh? "
Haikal mendekat. Menarik tubuh kecil Syuhada ke dalam pelukan seterusnya menempelkan kucupan didahi Syuhada.
" sejak kau ada dalam hati ini, muah!"
Dag Dig Dug .
Haikal bodoh. Tindakan refleks Haikal tadi buat jantung aku berdebar semacam? Sejak aku ada dalam hati dia? sejak aku... Ya Tuhan, aku kaku... Aku tak tahu harus memberi reaksi yang bagaimana...
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...