28 | 🌸- Brand Ambassor

5.8K 158 5
                                    

" Abang?! There was someone out-----"

"The one who resemble kak Syuhada? Yes i know. Let her in..."

Hanis yang bingung hanya mengangguk. Dia keluar setelah Haikal benar benar okay. Setidaknya abangnya, Haikal tenang dan malah tersenyum girang.

Fail tebal berwarna hitam yang berada berdekatan dengannya dicapai pantas. Kerusi yang menghadap meja tadi dipusing ke posisi belakang. Membelakangi sesiapa saja yang baru masuk ke pejabat milik Haikal Amirul.

Sekejap lagi aura pelakon handal miliknya akan terungkap.

Dan.... Action!

Bunyi pintu diketuk dan dibuka perlahan setelah suara yang sengaja digaraukan oleh Haikal memberi izin.

Rasanya ingin saja dia ketawa saat ini juga. Namun ditahan sehabis baik. Bunyi hentakan tumit tinggi semakin hampir. Sebelum wanita itu menghenyak, menduduki kerusi.

"Er, ehem Encik Amirul..?"

"Yes..? Puan or Cik Afiya"

Afiya sempat berdehem kecil, sebelum menjawab dengan tenang. "Puan. Encik, saya tak mahu berbasa basi, saya mahu kita batalkan kontrak. Saya tidak mahu jadi duta ataupun main model untuk rekaan terbaru encik."

" Kalau saya tak mahu batalkan? Kontrak sudah termaktub sejak minggu lalu. Lagipula apa salahnya design terbaru kami? "

"Baiklah, saya straight to the point. As you know, i tak bertudung. Apatah lagi pakaian i dengan design company encik sangatlah jauh berbeza."

Andai saja boleh terlihat dengan mata kasar, pasti sekeliling wajah, hidung dan telinga Afiya sudah berapi dengan api kemarahan.

" Jadi tukar sajalah, pemakaian Puan Afiya. Senang kan? Puan Afiya cantik dan manis, pasti lebih banyak tawaran jubah dan design islamic yang jauh lebih baik.."

" Encik Amirul, saya datang sini bukan hendak mendengar dakwah percuma dari anda. Saya ingin hentikan semua ini!"

Haifa mengusap dadanya. Mahu aja dia tumbuk muka lelaki ini. Tak ada muka ke jadah? Tak reti pandang wajahnya sewaktu berbicara?

" Jadi saya minta diri dulu, pihak encik tidak perlu bayar pampasan pun, anggap kita jelas disini..."

"Bagi saya belum selesai."

Haifa Arissa sudah menggulingkan biji matanya. Ah lantak! dia perlu keluar dari sini!

"Apa kata, 30k? Selepas setiap kali shoot? Come on, also, 5% of monthly sales for you?" Haikal cuba berkompromi secara serius. Jangan sampai wanita itu menolaknya.

Haifa mengeleng. "Tak encik Amirul..."

"Pre-trial, 3 months only? Ya?"

" fine.. Okay i agreed.."

Sebaik saja wanita itu bersetuju, kerusinya terus dipusing menghadap Afiya. Fail yang tadi menutupi wajahnya dicampak ke tepi. Memperlihatkan senyuman sinis yang menusuk dalam hati Arissa Afiya.

"What the actual f*ck....."

" Yeah lady, that me. Haikal Amirul. Your new boss. Surprise!"

Haikal hanya mampu ketawa melihat riak wajah tak puas hati Afiya. Yang penting dia gembira telah mengenakan wanita yang kini sedang memandangnya tajam.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now