09 | 🌸-Pantai

12.6K 374 21
                                    

Syuhada bangun perlahan, apabila pancainderanya sudah mulai normal, dia melihat sekeliling. Sudah pagi.

Pandangannya pula teralih pada tangan Haikal yang melingkar pada tubuhnya menimbulkan senyuman. Teringat peristiwa semalam. Iya, sebenarnya semalam sewaktu Haikal sejuk, lalu meminta satu pelukan dari Syuhada sebelum keduanya lena dalam keadaan begitu sehingga pagi ini.

Syuhada bangun dari katil perlahan, malas mahu mengejutkan Haikal lagi. Pasti suaminya itu letih selepas memandu selama 5 jam. Selepas mengusap pipi suaminya, Syuhada mengatur langkah ke kamar mandi, mahu membersihkan diri dahulu.

Langsir yang menutupi ruang hotel diselak perlahan, membenarkan sinar pagi memancar cahaya ke dalam bilik kami.

Wah sangat cantik! Sekarang Syuhasa berada dibalkoni hotel, tapi angin laut sudah terlihat begitu mengujakan. Dari semalam lagi dia sudah tak sabar untuk bermain main. Jadi ketika ada kesempatan ini tak boleh dilepaskan. Dapat rendam kaki sekejap pun jadilah. Dia yang sudah pun mandi mencapai shawl berwarna hitam. Perlahan, langkah berjengket diatur ke pintu hotel lalu menuju ke pantai. Yes! Haikal masih tidur lagi. Merayau sekejap pun jadilah.

Setelah berjalan dari bilik hotel, akhirnya air pantai menjamu mata. Pandanganku terhala ke arah pantai yang jernih kebiruan. Masya Allah,  Indahnya ciptaan Mu...

Tudung yang sedikit berantakan dikala ditiup angin dibetulkan. Angin pantai memang kuat tapi mendamaikan jiwa. Dia melabuhkan punggung dibatang kayu berdekatan. Haih, teringin benar nak datang sini dengan Haikal. Honeymoon atas dasar cinta dan bukan paksaan
Sekejap pun okaylah. Hm, nampaknya memang aku tak mampu nak dapat apa yang aku impikan.

Ketika memerhati sekeliling, pandangannya tertumpu pada pasangan yang sedang bermesra dihujung sana. Pasangan suami isteri mungkin..Dari wajah mungkin sebaya dengannya.

Kelihatan isterinya sangat bahagia dalam pelukan suami. Berpelukan sambil melihat sunset nak naik. Hm, what a warm moments.. Habis aku bila? bila diperhatikan, mungkin si isteri mengandung? Haih,bila aku nak macam tu jugak? Bestnya suami sayang.

Aku? ada suami atau tak ada suami sama saja. Sudahlah tak sayang aku hm . Sadlife. Kadang dia sendiri tak tahu apa betul atau tidak keputusan yang diambil. Perasaannya tak pernah berubah, tapi Haikal belum tentu mencintainya.

" Fiq tahu, Haifa tak bahagiakan? berhentilah menyeksa perasaan sendiri Haifa... "

Dia berpaling. Figura seorang Syafiq Idham yang tersenyum padanya diperhatikan.
Apa dia buat kat sini? Bagaimana dia menemuiku?
Dia menyusun langkah menuju ke arah sisi ku.

" berhenti buat andaian, Ifa happy.. "

Senyuman palsu aku ukir buatnya.
Ya, aku sangat bahagia walau dalam keadaan sebegini. Cukuplah ada Haikal disisi. I will not ask for more.

" Ifa menipu. Why you do this to me Ifa? Ifa sendiri tahu Fiq sayang Ifa.. Kenapa Ifa tak tunggu Fiq..? Ifa tahu yang Fiq ikhlas dengan Haifa..  "

Aku menekur. Memandang kaki. Syafiq Idham takkan faham.
Malah orang lain tak akan mengerti kenapa aku mahu terlibat dalam hal sebegini. Hal yang akan menyakiti aku.

" Yes, maybe dulu Ifa sukakan Syafiq, tapi itu semua dulu. Sekarang Ifa sayang Haikal. Now and forever.. Lagipula, Haikal suami Ifa sekarang. "

pandangan ku hala ke pantai membelakangkan Syafiq Idham. Mataku mula terasa panas. Entah mengapa rasanya terlalu sebak.

please Haifa, sedarlah cinta Haikal bukan pada Ifa. Bagi Haikal, Syuhada Haifa itu hanya pengganti, ekspress! Dan sampai masanya Ifa akan dilepaskan tanpa rasa sesal olehnya ..."

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now