Matanya tidak berhenti menilik penampilan Ainni dari segenap inci tubuhnya.
Ainni sudah bertudung?
Sekali lagi wajah bulat wanita itu dia tatap lama. Pandangan Syuhada tertumpu pada kanak kanak lelaki disisi Ainni. Anak kecil itu sedang asyik menghirup jus mangga. Tanpa mengetahui situasi tegang ini.
" Jadi kau yang balas mesej aku tadi? "
" Ya..... "
Wah, jadi dia belum berubah sepenuhnya lagi rupanya. Jadi untuk apa tudung dan baju yang menutup segala tubuh itu? sekadar hiasan? Perempuan licik sebegini tak akan berubah dengan mudah. Pasti, wanita dihadapannya ini mempunyai agenda tersendiri.
" Aku lakukan semua ini untuk dapatkan kebenaran. Jadi.. apa hubungan kau dengan Kal sekarang? "
" Kau benar mahu tahu? "
Senyuman sinis terukir dibibir Ainni.
sebelah keningnya diangkat memandang wajah tegang Syuhada yang menanti jawapan darinya. Sengaja mempermainkan wanita polos itu." Rasanya kita belum berkenalan dengan baik kan? Perkenalkan, aku Nur Ainni Zakaria. Bakal isteri Haikal, merangkap madu kau dan ibu tiri kepada anak anak kau nanti... "
Pandangan Syuhada tajam namun, lirikan serta ekspresi diwajah Ainni langsung tidak gentar. Biasa saja. Dia seolah yakin dengan pernyataan sendiri tadi.
" Ainni, aku mohon, jangan ganggu Haikal lagi. Dia sudah benar bahagia dengan aku... "
" Heh, bahagia? itu semua hanya lakonan semata. For your infomation, kau benar benar terlihat menyedihkan. Kau terlalu polos. Kalau Haikal benar bahagia kenapa pada akhirnya dia cari aku kembali? Bukan salah aku, suami kau sendiri yang mencari aku semula. Lalu apa aku harus lakukan? "
Syuhada mengetap bibir. Baru tahu maruahnya direndahkan semata kerana merayu, dan kini rasanya seakan dipijak pijak setelah mendengar pernyataan dari Ainni.
" Mundurlah Syuhada. Kau itu hanyalah pilihan kedua. Tapi jangan risau, sekarang aku kembali untuk mengambil Haikal semula. "
Demi apa, wanita ini langsung tidak malu padanya? Malah dia kelihatan bangga boleh merampas suami orang. Benar benar wanita murahan.
Ketawanya terletus, melihat wajah kelu Syuhada.
" Sekarang aku kembali, jadi Haikal sudah tidak perlukan kau lagi.. Sebab apa? Oh, kau tidak boleh puaskan nafsu dia macam aku. Yang paling penting, you are not even at my level Syuhada. Terima kasih ya sudi gantikan tempat aku, sekarang aku kembali. Buat menuntut kembali hak aku. "
Setiap lontaran kata menusuk hati dalam Syuhada. Pertahanan hatinya benar benar runtuh. Ingin saja dia menangis, menyalahkan semuanya pada wanita dihadapannya ini. Namun..... tidak boleh.
Sabar. Didalam kepalanya sendiri berperang hebat. Antara mempercayai ataupun goyah. Ingin tahu sejauh mana kebenaran dari kata kata Ainni.
" tengok Adam, hidungnya, kening, mata dan semuanya benar benar jelas, yang dia anak aku dan Haikal. Bagaimana? pandai tak Haikal buat? Aku rindu, sentuhan hangat darinya.." kata katanya diakhiri dengan ketawa bahagia. Syuhada tergamam. Mendengar kata kata yang meluncur keluar dari mulut manusia dihadapannya.
Seorang Ainni Zakaria yang hanya tersenyum sinis, sambil mengusap lembut rambut seorang anak kecil ditepinya. Wajahnya buat Syuhada sedikit ragu. Apa dia benar benar anak Haikal?
Wajahnya, wajahnya begitu mirip dengan suaminya. Begitu mirip sehingga timbul keresahan dalam hatinya.
Kepalanya berdenyut, mulai perlahan retak hati disaat mendengar penyataan dia sebentar tadi.
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...