Awal awal pagi lagi Syuhada sudah siap menyediakan sarapan khas buat Haikal.
Berkat tindakan Syuhada untuk meminta maaf dan berbaik, alhamdulilah hubungan mereka sudah erat walaupun masih banyak persoalan yang tergantung tanpa jawapan. Walaupun hati seorang isterinya sangat terganggu akan hubungan perempuan bernama Ainnur, dan juga Ainni.
Yang Syuhada pasti, cepat atau lambat kebenaran akan terbongkar juga. Sampai bila nak sembunyi? Hal sebegini tak mungkin bisa disembunyikan dari 'naluri' seorang isteri. Bukan dia tak cuba, puas dia memaksa Haikal menceritakan semua. Namun Haikal hanya diam.
Nasi goreng kampung, popia goreng and kopi pekat panas cepat dia susun diatas meja sebelum menunggu Haikal turun. Apron yang dipakai dibuka, dia melabuhkan punggung disalah satu kerusi.
Sekadar ingin membuang kebosanan, telefonnya dibuka. Membelek apa apa mesej penting sementara menunggu Haikal turun untuk sarapan nanti.
Dan matanya tertumpu pada satu nombor tidak dikenal dalam inbox mesejnya. Pesanan ringkas berupa teks dibuka.
1 new message
0111367673Wanna know about Ainni and Ainnur? House Cafe Mega mall
12 tengahari.Setahu dia, dia tidak mengenali sesiapa yang menggunakan nombor ini. Agak pelik juga bila Ainni dan Ainnur diperkatakan sebagai isi kandungan mesej tersebut. Apa ini satu prank? Jadi siapa sebenarnya yang mengirimkan pesanan ringkas ini?
" sayang? are you okay? "
Teguran Haikal melenyapkan segera lamunannya tadi. Persoalan yang menebar dalam fikiran hilang serta merta. Rupanya dia benar benar fokus pada hal pesanan ringkas tadi. Haikal yang sudah pun hampir selesai bersarapan memandangnya pelik. Mungkin bingung dengan kelakuannya.
" Okaylah, abang pergi pejabat dulu ya? Sayang jaga diri okay. Jaga anak anak kita baik baik. Awak tu dah 4 bulan. Jaga diri Syu untuk abang.."
Setelah meneguk kopi, jam ditangan dikerling. Segera briefcase dicapai dan dahi Syuhada dikucup sebaik sahaja wanita itu selesai mencium tangannya. Kunci kereta dikeluarkan dan dia mula melangkah ke muka pintu diiring Syuhada dari belakang.
" Hm, abang... Syu nak balik rumah mama petang ini boleh? "
Ayat disusun kemas, diutarakan sebaik mungkin agar Haikal tidak meragui aku.
" Kita balik sekali? Tunggu abang balik petang nanti.. "
" tak-tak apa. Syu boleh pergi sendiri
eh tak, Hanis datang ambil Syu nanti. Tiada apa yang serius, hanya saja Syu rindukan mama.. "Tangan Syu turut dirapatkan. Dia hanya perlu mendapatkan kebenaran Haikal. Maafkan kak Ifa, Hanis. Namamu terpaksa digunakan.
Wajah Haikal berkerut. Sikap keras Syuhada menolak pelawaannya seakan pelik. Seakan ada sesuatu yang isterinya sembunyikan
" Sayang okay? Ada apa apa yang abang tak tahu? " Kening sebelah kanannya dinaikkan. Seolah cuba mengorek rahsia yang Syuhada sembunyikan.
" Tiada.. Tak mengapalah kalau abang tak izinkan. Lain kali saja Syu melawat mama.. "
" Ya sudah. Pergilah.. Jika ada apa apa, segera call abang "
Syuhada tersenyum. Sekali lagi tangan suaminya dicium. " Terima kasih abang.. Syu sayang abang!"
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romantik" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...