Matanya tidak lekang menatap kad berpetak berwarna ungu yang dari tadi berada kemas dalam genggaman.
Sepatutnya nama dia yang menghiasi kad ini. Hari ini, abang Haikal akan menjadi milik wanita lain. Akan bergelar suami kepada seorang wanita yang pasti memilikinya.
Tapi aku? masih memikirkan secebis pengharapan. Pengharapan yang setipis peluang. Rasanya terlalu susah untuk dia buang perasaan ini. Sungguh Syuhada tidak bisa. Dia tahu yang dia akan menjadi pendosa, mencintai suami ataupun lebih tepatnya, jodoh orang. Namun, dia cinta pertamanya. Haikal Amirul itu umpama dunianya.. Dan pada akhirnya hanya aku yang tersakiti. Ya, Hanya aku.
" Ifa, Nanti aku nak kahwin dengan kau. Kita akan ada anak.. Ada cucu dekat rumah kita nanti.. Dan, mencipta bahagia seperti mama papa kita ya..! "
Ada senyuman yang terbit dari bibir gadis cilik itu mendengar luahan berani Haikal ketika itu... Dan hatinya berbunga...
" Kenapa abang mahu menikah dengan Ifa? "
Tangannya menyelit helaian rambut yang menutupi sebahagian mukanya. Wajah Haikal yang sedang sibuk memasang blok mainan lego ditatap malu.
" Semestinya kerana aku menyayangimu... "
Kata kata yang tidak menjamin apapun. Ayat tanpa berfikir panjang yang keluar dari mulut Haikal berusia 5 tahun tidak siapa tahu apa ada kesungguhan. Mungkin, lelaki itu sudah melupai peristiwa kecil itu. Peristiwa yang membuat Syuhada benar menunggu satu keputusan dari hati lelaki itu. Namun sehingga hari ini, semuanya lenyap tanpa pengetahuan sesiapa.
Kalau sayang tak mungkin adanya Ainni. Haikal meletakkan tali gantung yang membuat dia masih begini, memegang janji dulu yang tak pasti.
" Sayang, apa yang dimenungkan? dah siap belum ni? " suara mama menghentikan lamunan. Aku sekadar menjongket bahu. Puan Faridah mengambil tempat disisi katil.
" Ifa, anak mama ni kuatkan? Ifa sendiri tahukan yang semua yang terjadi sekarang bersebab? ada hikmah terbaik menanti kamu .." Tangan Puan Faridah naik mengelus belakang anak tunggalnya itu.
" Memang betul ma, cuma Ifa belum tentu mampu hadap semua ini. Ifa, tak sanggup.."
" it's okay,, you have me right?
sekejap sahaja sayang? demi maklong kamu.. "" i will...."
dia mengangguk sebelum mencapai beg tangan hitam jenama Dior dan terus keluar, membuntuti langkah mamanya.
Ya tuhan, aku mohon. Berikanlah aku kekuatan.
Rumah banglo 3 tingkat milik mak saudaranya yang tersergam indah kelihatan legang saja. Tidak terlihat sebarang manusia yang sibuk, berbeza benar dengan suasana majlis pernikahan yang sepatutnya meriah dan berseri. Biarpun begitu, tetap juga kakinya menjejakkan kaki ke dalam ruang tamu. Wajah sanak saudara yang kebingungan menimbulkan tanda tanya dalam benaknya.
" Kak Syu! Finally sampai pun! "
Termengah mengah seorang Hanis datang menerpanya dalam keadaaan kalut ribut.
Manik manik peluh yang berada didahi sedikit sebanyak menganggu keserlahan seri wajahnya yang dioles pelbagai jenis alat mekap." chill girl, kenapa ni? "
Jemarinya disatukan dalam kegelisahan.
" Gawat kak Syu. Ni, kak Ainni dah hilang! gone, missing!"
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...