Matanya perlahan dibuka apabila mendapati susuk tubuh Haikal tidak ada disebelah. Rupanya dia tertidur sedari tadi. Matanya melilau sekeliling sudut bilik, mencari kelibat si suami. Apabila menyedari ketiadaan Haikal didalam bilik, laju dia membuka pintu dan menuju ke arah dapur bila telinga menangkap bunyi periuk dan sudip berlaga kedengaran.
Tapi langkahnya terhenti bila terdengar suara Ainnur. Oh, perempuan itu belum pulang?
" kal, you tak rindu Ainni? "
Jap, Ainni? nama tu, nama tu terlalu misteri. Seakan baru mengingati, Ainni. Gadis itu sepatutnya menjadi isteri Haikal. Yang hilang tanpa khabar berita pada hari pernikahan.
Syuhada, dia tak sepatutnya mencuri dengar, tapi sebagai seorang isteri. Dia berhak untuk tahu." why should i? "
Dingin Haikal menjawab. Tangannya yang terhenti tadi kembali lincah membersihkan ayam.
" you know, she still loves you.."
" aku tak. Aku sudah ada Syuhada Haifa. It's more than enough.. "
" then how about me Haikal? I died everyday waiting for you. It's more than 15 years but you don't care. You know my feeling but you choose to not see me. Tell me, where did i lack? tell me Haikal.... "
Kal hanya diam. Syuhada yang mencuri dengar tersentak. Apa semua ini? Seakan ada sesuatu diantara Haikal dan Ainnur yang lebih hanya sekadar teman. Ada sesuatu yang dia tidak tahu.
" auch! " Jeritan kecil dari Ainnur buatkan Haikal berpaling, memastikan Ainnur baik atau tidak. Tindakan segera jari manis Ainnur yang terluka akibat hirisan dibawa ke singki, bertujuan membersihkan darah.
Namun dia seakan terhenti. Tubuhnya kaku bila tangan milik Ainnur dirasakan memeluknya dari belakang, menempelkan tubuhnya erat dibelakang tubuh Haikal.
" Haikal, i sayang you, i sanggup jadi isteri kedua, i sanggup Kal "
Suasana hening. Haikal seakan membeku. Manakala Syuhada yang terkejut sudah mulai mengeluarkan airmata. Mulut ditekup, mengelakkan bunyi esakan didengari.
Bamm!
Haikal segera melepaskan pelukan tadi. Segera dia berlari ke tangga, ingin mencari punca bunyi kuat tadi. Hatinya kurang enak, seakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.
" Ya Allah, sayang! "
Haikal kaku. Tak semena mena air matanya mengalir melihatkan isterinya sudah terbaring tidak sedarkan diri bersama tompokan darah segar disekelilingnya. Segera tubuh itu dipangku.
" Syu, bangun sayang! Tokwan, Opah. Tolong Kal! "
Pipi Syuhada ditampar lembut, mengharapkan isterinya bangun namun hampa. Yang dia sedari, ada air mata jernih dipelupuk mata Syuhada. Ainnur yang baru tiba terpaku.
" Ya Allah. Ifa.. kenapa ni. Ya Allah cucu aku.. "
" tokwan tolong ambikkan kunci kereta Kal sekarang. Syu-Syuhada berdarah! "
————————
" Tubuhnya keletihan, ataupun ada sesuatu yang membuatkan puan Syuhada shock. Disebabkan itu berlaku pendarahan sebegini. Dalam usia kandungan pertengahan iaitu 12- 13 bulan, kandungannya masih lemah. Dia berisiko untuk keguguran. Tapi puan Syuhada memang kuat, Alhamdulilah dia dan kandungan dia selamat. Nothing serious. She need a plenty rest, Kalau boleh jangan bagi dia stress.. "
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...